Salam semua…
Aku cik bunga. Ni yang keempat aku confess. Aku sihat. Hubungan aku ngan family aku semakin baik. Sudah berkumpul time raya. Sudah boleh call each others. Tadi pun adik aku baru datang lepak makan kat rumah aku. Rumah adik aku ngan aku kan lain blok. Parents aku pun duk depan umah aku. Semua jadi paranoid so duduk la dekat2.
Aku cancer fighter. Breast cancer tahap 3. Doktor diagnose aku mungkin tak boleh bertahan setahun sebab ni kali kedua aku kena cancer breast tahap1. Sebab kurang patients survive selepas cancer datang semula.
Alhamdullillah aku survive lagi sampai bila aku bertahan aku xtahu. Tapi dalam masa aku menghitung masa aku dan kadang aku beruntung aku diuji begini sebab Allah sayang aku.
Dalam bulan may haritu. Aku sudah okay sedikit dan sihat. Aku join parents aku pergi umrah tapi aku xpergi bertiga tapi kami pergi berenam dengn cousin aku dan parents dia
Cousin aku nama Seri. Dia pernah berkahwin tapi suami dia meninggal dalam tidur. Dia macam aku ank perempuan tunggal dalam adik beradik. Kami berdua sebaya jadi semua benda share. Yela mana ada adik beradik perempuan lain. Tapi dia beruntung sebab parents jenis ambil berat dan penyayAng. Dulu aku selalu pergi rumah mak pak Seri time sekolah kalau aku teringin nak rasa masakan mak .
Dan Mak Yang aku lagi hapal apa makanan kesukaan aku banding ngan mak aku. Hahhahaaa
Kitaorang pergi la umrah time ramadhan selama sebulan sebab parents aku and mak yang dan pak yanh memang setiap kali ramadhan akan pergi makkah sebulan dan ambk kursus bahasa arab. Yela orang pencen kan nak wat apa lagi
Jadi aku dan Seri memang join la. Seri ambik cuti tanpa gaji.
Owh Seri lecturer kat kolej. Family aku memang ramai jadi pendidik mungkin nak dapat pahala secara tak langsung kot.
Seri lah orang yang kuat kan semangat aku tuk lawan cancer semua. Dia selalu ckp kau untung tau. Kau tahu bila masa kau akan hidup memang doc bukan tuhan tapi kurang2 kau ada masa nak luangkan masa ngan ibadah. Tak macam Syah dia meninggal time tidur. Dan secara tiba- tiba. Syah tuh arwah suami Seri. Seri kawin 2013 tahun yang patut aku kawin ngan ex fiancee aku. Tapi mak dia putus kan tunang bila tau aku dulu pernah ada cancer. Sepatutnya kitaorang kawin bulan yang sama tahun yang sama.
Seri orang paling seronok pergi mekah madinah kitaorang memang enjoy. Aku rasa beruntung aku sakit sebab aku lebih kenal Allah. Aku sebenarnya sebelum ni tidak la menutup aurat dengan sempurna. Aku memang free hair. Aku memang well prepared pergi umrah. Dapatkan kebenaran doc bawak ubat. Contact hospital di Mekkah dan Madinah takut aku tersakit di sana. Bawak wheel chair.
Tapu alhamdullillah Allah permudahkan aku mampu puasa dan terawih tapi untuk hujung2 ramadhan aku banyak buat terawih sendiri sebab orang arab berdiri baca qunut tuh lama. Aku pernah pengsan sebab terlampau lama. Mujur bawak wheel chair.
Tapi di Mekah ada benda paling tak sangka berlaku.
Aku memang masih tidak dapat terima kenyataan even Syawal pun dah berlalu.
Lagi 3 hari sebelum kami pulang ke Malaysia, Seri tak sihat dia batuk dan demam. Waktu ni dh Syawal kami raya di Mekah
Memang cuaca Mekah kering panas jadi Seri pun ambik mudah dan makan panadol tapi malam tuh Seri mintak nak tidur sekali ngan aku 1 katil. Buat pengetahuan, kami ambik pakej yang 2 orang sebilik. Jadi aku pun tak kisah lah berpillow talk la dengan Seri. Dia cerita dia paling sayang arwah Syah. Kalau boleh dia nak ikut Syah. Dia rasa tiada sapa boleh replace Syah. Dia cakap aku beruntung sebab aku boleh dekatkan diri dengan Allah.
Aku waktu aku xpikir bukan2 aku cuma pikir Seri demam dan rindukan Syah.
Malam tuh aku dan Seri tidur bersama di katil single yang tidak la kecil mana. Dan kami pun tinggi dalam 165-170cm dan berat around 60kg . Aku berat sekarang 49kg ja. Hahahhahaaa.
Esoknya aku bangun dalam keadaan Seri sebelah aku tapi aku rasa tangan Seri sejuk. Sejuk yang bukan sebab Seri sejuk aircond. Tapi sejuk yang mungkin nyawa tiada di jasad. Aku bangun tepuk muka Seri tapi tak dak respons. Aku cari denyut jantung tak jumpa. Waktu tuh aku lari keluar bilik ketul pintu bilik parents dan mak yang & pak yang.
Waktu tuh aku memang doa Seri tidak apa2 aku tak nak hilang Seri. Dia orang yang aku ada .
Aku yang sakit tapi napa Seri yang pergi dulu.
Selepas beberapa minit, doktor semua datang dan sahkan Seri meninggal dalam tidur.
Waktu tuh aku rasa nyawa aku hilang dari jasad. Aku yang sakit napa Seri yang pergi dulu.
Dan aku sampai sekarang masih tak dapat terima Seri tiada .
Dia pergi ke pangkuan Syah.
Betul lah jodoh, ajal , maut rezeki semua kat tangan Allah.
Dan sampai sekarang aku terbayang Seri baring sebelah aku dan meninggal sebelah aku dalam pelukan aku.
Mati itu pasti.
Doakan aku sihat dan berubah lebih baik.
Terima kasih untuk semua komen di post aku yang lepas2. Aku baca semuanya.
– Cik bunga
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit