Hai assalamualaikum. First of all sorry kalau confession aku ni tak panjang mana. Cuma aku nak dapatkan sedikit sebanyak pendapat dari otai dalam ni.
Cerita macam ni. Aku dan suami dah kawin masuk 5 tahun. Ada anak sorang.
Aku perasan 2 tahun akhir2 ni suami aku dah jarang nak sentuh aku. Bermesra tu ada tapi nak sampai ke berat tu jarang. Paling² pun seminggu sekali macam tu je.
Dan aku pun tak tahu kenapa lately aku rasa gatal semacam lagi2 nak datang bulan memang rasa nak bersama tu lebih tapi sadly aku selalu kena rejek macam tu je. Alasan penat dan mengantuk.
Aku selalu dah goda, pakai baju seksi, wangi2 siap bersolek nipis lagi tapi laki aku macam tu jugak.
Time dia nak je baru dia on. Time aku nak dia tak layan.
Oh ya aku wangi dan bukan punca dari bau private part ke apa sebab laki aku selalu cakap tak pernah berbau.
Laki aku kerja ofis tapi shift 12 jam sehari. Kadang2 siang kadang2 malam. Bergilir. Aku tahu dia penat tapi kadang2 aku selalu kecik hati bila kena tolak. Rasa terseksa tau sampai pagi.
Lastly sebulan lepas masa tu dia ada kat rumah malam jumaat. Aku masa tu dah excited dari siang lagi sebab jarang sangat dia tak kerja malam jumaat.
So malam tu aku dah settle tidorkan anak lebih awal sebab nak bermesra dengan dia. Kau tahu? Bila aku nak mula je dia dah cakap penat nak tidor. Lepastu dah dibuai mimpi. Aku memang tunjuk protest malam tu.
Malam tu jugak aku berdoa sungguh dalam hati mintak Allah buang segala rasa nak bersama dengan suami lagi. Sebab aku tak nak dera hati dan perasaan aku lagi. Sakit sangat bila ditolak berkali kali campur malu macam aku ni terhegeh sangat.
Surprisingly, doa aku tu macam dimakbulkan. Sejak lepas kejadian malam tu sampailah sekarang dah sebulan aku takda rasa bernafsu kat suami lagi.
Sepanjang tu ada la dia sentuh aku 2 kali tapi aku macam tak berapa ada hati. Layan macam biasa tapi takda rasa feel macam sebelum ni. Aku tak tahu la. Dia cakap dah lama tak bersama, aku pun bidas dulu kita nak dia selalu tolak.
Aku pun tak tahu nak sedih ke apa sekarang tapi aku rasa macam hambar je hubungan kami walaupun takda gaduh.
Dia peluk atau dia sentuh point2 tertentu pun aku takda rasa apa. Ibarat macam sebelum kawin tak pernah ada perasaan nak itu.
Kadang2 terfikir aku ni dah tak normal ke? Rasa takut la jugak kan.
Ada tak yang senasib atau ada sedikit sebanyak nasihat baik2 untuk aku? Terima kasih..
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit