Mati Putik Versi Wanita

Assalamualaikum dan hi. Confession ni straight forward saja la eh. Ni reply kepada confession (https://iiumc.com/semakin-hambar/).

Aku cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri. Jadi lepas aku bersalin. Mula² takut nak bersama sebab takut sakit jahit tak elok lagi,

Lama² jadi malas dan asyik cari alasan nak elak. Sebulan sekali pun aku rasa terpaksa sangat sangat sampai kadang tu aku pura² tidur. Kesian suami aku, huhu.

Suami aku ni baik, tip top serba serbi aku bagi 9.5/10. Benda ni aku tahu punca dari aku. Tapi aku anggap benda tu hal kecik saja so berlanjutan sampai 2 tahun juga.

Yang aku perasan bila waktu “bersama” tu kurang, relationship kami pun jadi panas saja. Suami cepat marah, aku cepat merajuk, sentap.

Aku cepat sentap maybe sebab deep down dalam hati aku, aku tahu aku salah. Aku tak kata s3ks ni tak penting, tapi bagi lelaki yang dah kahwin sebenarnya benda ni agak penting bagi dorang.

Punca kenapa jadi mati putik ni aku pun tak sure. Tiba² jadi hilang nafsu. Dan lepas ada anak hidup aku pergi kerja balik kerja, pam susu, menyusu anak, masak untuk anak dan suami.

Kerja rumah yang lain banyak saja suami aku tolong. Yang aku list down ni memang dia tak dapat la nak tolong dia mana ada susu.

Tu lah aku kata, nak salahkan suami aku pun tak boleh. Botol susu, pam susu aku pun dia yang cucikan.

Hubungan suami aku start baik macam biasa, maybe better lepas aku start buat bisnes sendiri dan jadi side income.

Bukan riak tapi sebenarnya gaji aku banyak dah tapi lepas ada bisnes tepi ni aku “feel alive, rasa hidup” balik. Aku seronok tengok bisnes makin maju, benda yang aku buat ni menjadi.

Macam sense of achievement orang putih kata. Aku jadi happy, confident, dan jadi macam diri aku yang dulu.

So confessor maybe boleh cari satu aktiviti yang boleh buat u rasa happy, alive. Tak semestinya buat bisnes macam aku. Ada orang suka extreme activities, hiking, zumba. Ikut masing² lah.

Aku rasa pergi spa, saloon, facial pun membantu juga masalah aku dulu. Spa bagi aku sedap kejap saja. Aku prefer saloon. Buat rambut style cantik² walaupun pakai tudung.

Boleh saja melawa dekat rumah. Aku siap beli iron rambut, curling iron bagai. Aku start melaram dekat rumah.

Bukan untuk suami pun mula² tu, tapi lebih pada untuk diri aku sendiri. Bila tengok cermin dan aku rasa aku lawa tu cukup dah, hahaha.

Lagi satu, aku start beli lingerie dekat shopee yang lawa². Bila pakai tu automatik confident level naik.

Bila pakai cantik², rasa diri tu cantik, husband pulak puji, kembang kempis terus rasa gembira, terharu dan rasa nak peluk suami tu. Lepas tu faham² saja lah haha.

Aku ni nasib baik saja suami tu sabar. Kalau tak sabar dia dah cari lain agaknya. Tapi alhamdulillah kami dah nak sedekad dah, hubungan makin baik.

Bila isteri tu happy, perkahwinan pun happy saja aku rasa. Tu saja la nak share.

Aku doakan orang yang alami benda ni cepat² cari jalan settlekan dan semoga perkahwinan kita semua bahagia hingga ke akhir hayat, aamiin.

– Mrs HM (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *