Mati, Tua dan Jodoh

Salam semua dan terima kasih buat admin kerana siarkan perkongsian saya ini.

Apa yang saya nak terangkan ini berkaitan dengan kehidupan manusia.

Dalam hidup ini bukan sekadar jodoh semata – mata tapi ada juga hari mati dan hari tua.

Jadi eloklah letak persiapan ke hari mati itu yang pertama. Letak persiapan ke hari tua itu yang kedua dan persiapan ke alam perkahwinan itu yang ketiga.

Bagi memudahkan lagi kehidupan yang ada. Juga untuk memastikan setiap masa yang ada dalam hidup terjual dengan pahala. Binalah perancangan dalam hidup.

1. Persiapan untuk bertemu hari mati diusahakan sepanjang hayat di dunia.

-Tingkatkan kefahaman dalam ilmu agama.

-Tingkatkan amal ibadah.

-Bina akhlak yang baik.

2. Persiapan untuk bertemu hari tua contoh diusahakan sehingga umur 50.

-Bina kerjaya

-Bina pendapatan hidup

-Belajar ilmu pengurusan kewangan

-Buat simpanan

-Buat pelaburan

-Buat perlindungan

-Belajar ilmu hartanah

-Beli rumah

-Beli kereta

-Kebebasan kewangan

3. Persiapan untuk masuk ke alam rumahtangga contoh diusahakan sehingga umur 30.

-Belajar ilmu rumahtangga

-Belajar ilmu keibubapaan

-Belajar ilmu kekeluargaan

-Tingkatkan ilmu dan kemahiran memasak

Setiap apa yang dipelajari praktikan dekat diri orang tua, adik beradik dan anak saudara

Dengan tindakan begini diri telahpun bersedia bila ditakdirkan bertemu dengan hari – harinya.

Apatah lagi bila masuk dalam alam rumahtangga dapat melahirkan generasi baru. Baik tak baik generasi baru ini bergantung kepada sejauh mana institusi rumahtangga itu berfungsi.

Setiap diri anak – anak yang akan dilahirkan oleh ibunya itu adalah amanah dari Allah.

Dekat diri mereka ada hak yang perlu ditunaikan oleh orang tua mereka.

1. Hak makan minum

2. Hak tempat tinggal

3. Hak berpakaian

4. Hak pendidikan

5. Hak kesihatan

6. Hak kasih sayang

Dengan adanya persiapan diri untuk bertemu hari mati. Persiapan diri untuk bertemu hari tua dan persiapan diri untuk masuk ke alam rumahtangga.

Maka manfaatkanlah setiap apa yang telah diusahakan sebelum ini supaya dapat membina sebuah rumahtangga yang diredhai Allah.

Semoga dengan usaha ini Allah kurniakan sifat sakinah, mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga.

Akhir kata binalah generasi baru yang berkualiti kerana bila mereka mula keluar dalam lapangan masyarakat. Mereka mampu menjadi generasi yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.

Anak kita produk kita bukan produk cikgu di sekolah.

– Aiman (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *