Matlamat Yang Diredai

Assalamualaikum dear readers. Ini first time aku nak confess dan cerita perihal diri aku kat sini. Please excuse my messy way of story. Thanks admin sudi approve. Nama aku Hawa (bukan nama sebenar) berumur akhir 20an.

Aku anak kedua dari 5 adik beradik. Ada seorang abang, dan adik2 aku semua perempuan. Diawal zaman remaja aku yang masa tu berumur 16 tahun, seorang adik perempuan aku umur 13 tahun.

2 orang kecik lagi. Sorang baru masuk tadika. Sorang lagi masih pakai pampers, dan minum susu. Dari kecik bawak ke remaja aku puas dan cukup menyaksikan susah payah dan pahit getir mak ayah aku membesarkan kitorang 5 beradik.

Ayah aku seorang security dan mak aku cleaner. Firstly, aku nak cerita pasal abang aku. Masa tu umur dia 25 tahun. Dan baru je kahwin.

Abang aku tak sambung belajar. Lepas habis spm dia terus keje jadi technician kilang. Sebelum kahwin, abang aku yang bantu dan ringankan sikit beban mak ayah aku.

Kadang dia hulur duit belanja dapur, kadang bayarkan sewa rumah. Tapi sejak dia kahwin, dia dah stop buat semua tu. Tak pernah lagi bagi duit macam masa dia bujang dulu. Alasan dia komitmen bertambah. Duit tak cukup. Mak ayah aku faham je. Tak pernah dorang minta2 pada abang.

So aku sedar sejak abang kahwin, beban mak ayah ni semakin berat. Mana nak bayar sewa rumah, nak belanja barang dapur, bill2 lagi. Adik2 pulak masih kecik.

Kadang, aku pegi sekolah pun tak bawak duit. Tahan lah lapar sampai balik sekolah. Mak aku akan keluar kerja seawal jam 6pagi untuk tunggu bas.

Sama macam ayah. Tapi sebelum dia kerja, dia memang akan masak siap2 supaya aku dan adik2 dapat makan lepas balik sekolah. Hebat kan seorang mak? Hehe. Mak aku lah tu.

Syukur Alhamdulillah walaupun keadaan masa tu ibarat sekarang kais pagi, makan pagi. Kais petang makan petang, tak pernah lagi kitorang terasa tak cukup makan. Selalu ada.

Mak ayah kerja keras. Dan aku saksi setiap kesakitan, dan keluhan mak ayah. Walaupun dorang takpernah tunjuk depan anak2.

Entah kenapa, masa tu aku jadi sangat benci pada abang dan isteri dia yang seolah merampas abang aku. Dan disitu, Aku juga menjadi saksi setiap kejatuhan abang aku sejak dia kahwin. Mungkin sebab dia terus lupa pada keluarga dia. Lebih2 lagi mak ayah aku.

Abang aku duduk rumah sewa tak jauh pun dari kitorang. Berjarak lebih kurang 20km. Tapi, dia susah sangat nak balik jenguk mak ayah. Kadang, 3 bulan pun tak pernah balik. Awalnya Aku pelik kenapa dia jadi macam tu.

Dia selalu call mak bagitau tak cukup duit, kereta rosak, motor rosak, rumah sewa naik, dan macam2 lagi. Seorang mak yang dengar kesusahan anak dia ni kan takkan pernah biar anak susah. Mak mesti akan tolong dia setiap kali dia mengadu.

Sejak dari situ, aku selalu rasa rezeki abang ni sempit sebab dia tak pernah ingat orang tua dia waktu dia senang. Dia tak pernah tunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang anak.

Tapi aku tak nak bagitahu dia masa tu sebab aku rasa, aku seorang budak kecik yang tak layak lagi untuk nasihatkan seorang abang. Tapi bila dia balik rumah jenguk mak ayah, aku selalu lah perli2 dia. Kadang ayat tu aku buat sebagai gurauan.

Dan entah kenapa, mungkin perlian dan gurauan aku tu bagi kesan pada dia. Dan dia mula bagi mak ayah aku sikit2. Walaupun hanya sekeping rm10, Ikut pada kemampuan dia. Bulan demi bulan,tahun berganti tahun, Sejak tu aku perasan rezeki dia seolah semakin bertambah.

Mengalir macam air. Allah perluaskan rezekinya. Dari seorang technician biasa, abang aku dapat jadi assistant supervisors. Dan masa aku dan sorang adik perempuan aku dah masuk uni, abang aku mampu bagi duit belanja tanpa perlu bergantung lagi pada mak ayah.

Setiap kali aku balik cuti semester, abang yang akan ambil aku kat hostel. Dan sepanjang perjalanan tu abang akan pesan pada aku, dah kerja nanti, niatkan dulu untuk bantu mak ayah.

Sama2 kita bantu mak ayah. Tak kaya tak apa. Asalkan mak ayah dah tak susah lagi lepas adik2 abang yang 2 orang ni kerja nanti.

Ok? Macam tu lah ayat dia setiap kali kitorang ada masa jumpa dan luangkan masa sama2. Dia selalu cakap, jangan jadi macam dia dulu. Ambik dia sebagai pengajaran.. Mungkin dia banyak belajar dari apa yang jadi pada dia.

Dan betul, ayat tu sangat2 tersemat dalam hati aku. Lepas aku habis belajar, aku bermula sebagai seorang kerani yang bergaji 1200 sebulan, aku pasang niat dalam hati untuk semampunya bantu mak ayah aku. Sehabis baik. Sedaya upaya dan boleh kata hampir 90% gaji aku kearah itu.

Kadang aku hanya ambil beberapa ratus untuk belanja harian. Selebihnya memang aku serah pada mak dan ayah untuk bantu2 mana yang patut.

Masa aku dah start kerja, adik perempuan aku, masih ditahun akhir uni, 2 orang masih sekolah rendah. Mak dan ayah masih struggle untuk cari duit. Tapi, aku selalu ingatkan diri aku, dan aku selalu berangan angan untuk buat mak ayah Aku berhenti kerja duduk rumah dan berehat.

Itulah matlamat dan goals yang aku semat dalam diri, dan aku ajar adik perempuan aku untuk sama2 jadikan itu sebagai main goals kitorang.

Dan Alhamdulillah, adik perempuan aku pun sangat supportive. Sangat memahami. Sepanjang dia belajar, dia tak pernah menyusahkan mak ayah aku.

Selalu cuba cari duit belanja sendiri, buat kerja2 part time. Kalau dia betul2 tak cukup, dia akan minta pada aku atau abang dulu. Tak pernah langsung mengeluh pada mak ayah.

Kalau dia baca ni, mesti dia bangga. Dan akak pun bangga sangat dengan Alin masa tu! Aku selalu cakap kat dia Alin boleh! Fighting! Haha. Kesian adik aku..

Dalam hidup kita ni, setiap perhubungan, tak pernah ada yang segala-galanga smooth dan berjalan lancar kan. Ada adik beradik yang tak rapat, ada mak ayah yang bercerai berai, ada suami isteri yang tak sehaluan. T

api, aku sangat bersyukur, aku dikurniakan adik beradik yang sama2 jadikan kesenangan mak ayah adalah goals kitorang. We support each other. Abang pun sangat2 membantu perjalanan aku.

Slowly but surely. Sekarang di akhir umur 20an, aku dengan bangganya boleh kata, angan2 yang aku selalu mimpi dulu semuanya jadi kenyataan. Aku tak pernah jangka pun akan berada disini hari ini.

Firstly, aku mampu beli sebuah rumah landed, teres 2 tingkat untuk mak ayah aku duduk atas sokongan adik dan abang aku.

2nd, aku dapat buat mak ayah aku berhenti kerja. Duduk rumah main dengan cucu2.

3rd, aku mampu sara lagi 2 adik perempuan aku yang masih sekolah menengah. Sorang form 5, sorang form 3.

4th, semua completely settle together with medical insurance dan hibah andai aku pergi dulu.

Aku tak cakap aku baik, dan aku bukan nak menunjuk apa yang aku ada. Cuma apa yang aku boleh kata, setiap apa yang kita nak buat, selalu lah niatkan ia pada sesuatu yang baik. Percayalah, tak akan miskin seseorang yang membelanjakan hartanya untuk kedua orang tuanya.

Aku sangat percaya, dan masih percaya bahawa apa yang aku ada sekarang, semua adalah berkat doa dan redha mak ayah aku. Bila mak ayah redha, Allah permudahkan semua niat aku.

Setiap perjalanan hidup kita ni adalah proses pembelajaran yang mematangkan fikiran. Apa sahaja yang jadi dalam hidup kita ni tak kiralah samaada baik atau buruk, ia bergantung pada diri kita nak nilai dan ambil kebaikannya dari segi mana.

Struggle setiap orang tak sama, tapi matlamat kita boleh jadi sama bila kita meletakkan redha Allah tu yang paling utama.

Aku bersyukur dikurniakan adik dan abang yang sangat supportive dan sama2 bermimpi untuk menyenangkan kedua orang tua. Yang akhirnya mimpi tu, jadi satu realiti. Alhamdulillah.

Lagi satu, Kebahagian itu subjective. Dan definisi bahagia setiap orang tu berbeza beza. Cari lah matlamat kehidupan, dan mulakan langkah. Asalkan kita tak membandingkan hidup kita dengan orang lain, tak pernah ada kata terlambat.

Di akhir umur 20an ni, Allah belum kurniakan aku sosok lelaki yang aku boleh jadikan imam. Ketua keluarga. Berkongsi kehidupan. Belum rezeki lagi.

Kalau ikut plan, nak kahwin sebelum 30. Tapi, apakan daya, boyfriend pun tak ada. Haha. Tapi, tak apa.. aku tetap bersangka baik. kita merancang, Allah pun merancang.

Dan sebaik2 perancangan tu, adalah perancanganNya. Dan aku percaya, apa jua matlamat kita, andai ia Allah redha, pasti dipermudahkan juga. Jadi, Aku hanya usaha semampunya dan aku letakkan semua soal Jodoh, pertemuan dan ajal maut pada Allah.

Oh ya, Kalau ikut planning, this year should be the year mak ayah aku pegi umrah. Tapi sebab keadaan sekarang ni kan, terpaksa postpone next year in sha Allah! Doakan ya!

Mungkin apa yang aku cerita hanya sebahagian kisah hidup aku. Ambil lah mana2 yang boleh diambil sebagai kebaikan. Dan tinggalkan lah mana2 yang meninggalkan keburukan.

Maaf aku tak pandai sangat nak susun ayat. Semoga kita semua berada dalam rahmat dan redha Allah taala selalu.

– Hawa (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *