Mawar,
Duhai anakku, malam ini adalah malam terakhir mama kandungkan Mawar.
Terima kasih hadir didalam rahim Mama selama 9 minggu tetapi sayang mama tidak kuat untuk bawa Mawar kedunia ini.
Mama takut Mama tidak kuat untuk melihat Mawar membesar dengan hinaan dan cacian kerana dosa Mama cukuplah hanya Mama yang merasakan makian dan cacian itu tetapi bukan Mawarku sayang.
Bukan senang untuk memegang dan memikul “anak luar nikah”, mama tidak mahu Mawar berasa kurang seperti yang lain.
Kuatnya Mawar dalam rahim mama sehingga membesar 9 minggu tanpa mama makan apa-apa vitamin, pertama kali mendengar degupan jantung Mawar mama terbayang mendukung Mawar dan mencium wangi Mawar.
Mungkin ada yang merasakan mama tidak layak digelarkan seorang ‘mama’, mungkin akan ada persoalkan bagaimana seorang yang bergelar mama membunuh darah dagingnya sendiri.
Andai Mawar tidak mahu menarik mama ke syurga tidak mengapa sayang mama redha asalkan anak mama di syurga.
Maafkan Mama sayangku Mawar, mama harap mawar sentiasa bahagia disana.
Tapi Mama nak Mawar tahu Mama dan Daddy sentiasa sayang Mawar, Mawar adalah anugerah terindah buat kami tapi maafkan kami sayang.
Maafkan Mama dan Daddy tak mampu untuk bawa Mawar kedunia ini.
Semoga suatu hari nanti mama dapat berjumpa dan cium peluk Mawar.
– Mama (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit