Niat suci murni ku, telah kau siakan. Kenapa keikhlasan ku ini kau permainkan?
Apa niatmu masa mula mula kau mendekati aku?
You got what you want this time. But, don’t you know that Allah is with those who are been oppresed?
Ku ambil mahkotaku, kau buatkan aku menyerahkannya.
Kini, tak cukup dengan itu. Wang ringgitku kau peras hingga habis langsung dari tanganku.
Aku memang ikhlas untuk kau. Tiada niat lain selain untuk membantu dirimu. Namun, kau pergunakan keikhlasanku.
Lelakikah kau ini? Atau jantan lembik yang jauh lebih lemah dari aku, seorang perempuan oku mental?
Aku
Aku doakan Allah membela keadilan untuk aku.
Ya Allah, sesungguhnya aku telah dianiaya ya Allah.
Tunjukkanlah kekuasaan Mu ya Allah.
Maaf, intro yang aku tulis agak panjang. Dan semestinya kalian dapat menangkap maksud kata kataku di atas.
Aku kenali dia, dia kelihatan sangat baik padaku pada mulanya.
Bercerita soal jodoh, soal dia masih single dan terlalu ingin mengakhiri zaman bujangnya.
Aku percaya semua itu.
Jeda.
Jantan penipu! Aku bukan satu satunya perempuan yang pernah kau sentuh.
Aku adalah perempuan yang entah ke berapa yang telah kau sentuh!
Aku tak tau, adakah Allah masih kasih kepada engkau.
Aku tak tau, adakah Allah akan mengurniakan engkau sakinah, mawaddah wa rahmah bila engkau mendirikan rumah tangga dengan orang lain nanti.
Aku tak mampu nak redha ya Allah. Ya Allah, Kau tahu betapa aku cuba pertahankan mahkota ku ini, khas untuk suami aku nanti.
Aku rasa aku telah diperdaya sebenar benarnya oleh dia.
Benarlah, Allah menguji dengan kehilangan sesuatu yang paling kita sayang.
In my case, my virginity.
I have to accept this fact. That i am no longer a virgin.
Aku dah tak perawan dah ya Allah. Di saat aku menulis ini, aku meraung bagai orang gila di dalam hati ini.
Tetap, maha suci Allah. Engkau lebih tahu akan keadaan diriku. Aku hina atau mulia, only your judgement count, ya Allah.
Yang aku tahu, yang masyarakat tahu, berzina adalah satu perbuatan yang sangat tidak bermoral dan hina.
Aku hina di mata manusia ya Allah.
Namun janganlah Kau hinakan aku ya Allah.
Maafkan aku bila aku pernah terdetik di hati akan bagaimana mereka yang lain boleh terjebak dengan perbuatan itu.
Aku dah bosan untuk salahkan lelaki dalam hal ini.
Sebab termasuk kaumku sendiri nanti, akan pertahankan kaum lelaki, mengatakan akulah yang turut menggatal dengan lelaki berkenaan.
Kau tidak mengerti. Dalam kes aku, lelaki ini bijak memancing umpan. Aku termakan umpannya.
Katanya mahu jumpa, tetapi berakhir dengan hal tidak diingini ini.
Kenapa dan bagaimana aku boleh mengikut semua permintaannya, aku pun tak tahu.
Aku tiba tiba tak boleh terima yang aku ikuti permintaannya berkali kali untuk bersama. Padahal aku tak rasa apa apa pun, hanya dia yang merasa kepuasannya.
Maha suci Engkau ya Allah, yang telah memberi peluang untuk bertaubat kepada-Mu.
Ada masa, aku ingin sekali andai Allah mengambil nyawaku tanpa sebarang keaiban yang terzahir dariku. Aku ingin sekali agar Allah memuliakan kematian aku dari dunia sampai akhirat.
Ya Allah, walau aku benci sekalipun kepada dia. Tetaplah kurniakan hidayah-Mu untuk dia.
Aku berdoa agar telefon bimbit dia hancur sehingga tiada lagi rakaman bahan bukti dalam telefon dan dalam simpanan lainnya.
Iya, dia pandai memujuk aku untuk rakamkan saat saat kami bersama.
Ya Allah, sekiranya tidak keberatan dan tidak keterlaluan untuk aku pinta perkara sebegini.
Aku bersumpah, sekiranya dia melakukan khianat dengan melanggar janji untuk tidak sesekali menyebarkan rakaman video kami.
Aku bersumpah agar lelaki itu mendapat bahagiannya dan balasannya sejak di dunia lagi, kerana telah menganiayai kami. Perempuan perempuan yang lemah yang percayakan dia.
Dan aku tetap bermohon agar Allah ampunkan dia sebelum dia mati. Kerana, pada akhirnya, hanya Allah yang tahu samada dia baik atau jahat.
Aku sama sekali tidak berhak untuk menghakimi dia.
Kini, aku menyara lelaki itu dengan memberi entah berapa banyak jumlah wang kepada dia.
Aku marah sebab aku takut, kalau tak bagi duit, dia ugut untuk sebarkan video itu.
Aku tak minta apa apa solusi atau pandangan dari kalian. Aku cuma minta kalian berhati hati dengan lelaki seperti ini.
Aku juga cuma minta doa dari kalian agar Allah pelihara aib aku, gantikan kehilangan aku dengan sesuatu yang jauh lebih baik dan tunjukkan jalan keluar untuk aku. Itu saja.
Akhir kalam,
Kalian yang lelaki. Jadilah lelaki yang sejati, yang melindungi. Kalian memang boleh terlepas begitu saja di dunia ini. Tapi ingat, di akhirat nanti.
Tak mustahil, perempuan yang dah hilang dara, yang kau hukum ini, akan dimuliakan Allah asbab ksejadian berlaku disebabkan lelaki yang memasang jerat untuk mengumpan aku, dan kami, perempuan lainnya.
Moga juga, aku menjadi mangsa terakhir yang diperlakukan sebegini oleh lelaki itu.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit