Hi semua. Terima kasih admin, menyiarkan cerita saya. Bukan nak membuka aib sendiri. Tetapi lebih kepada pengajaran.
Saya Mawar. Berusia 25 tahun. Dan saya adalah mawar yang pudar warna. Menyesal sangat dengan apa yang berlaku. Tapi nasi dah menjadi bubur. Semoga menjadi tauladan kepada adik-adik perempuan diluar sana.
Kesucian saya telah digadaikan kepada seorang lelaki yang saya sangat sayang suatu ketika dulu. Boyfriend saya. Yang saya namakan sebagai H.
H merupakan lelaki yang saya kenal sewaktu menuntut di sebuah IPTA. Macam mana semua ini boleh terjadi? Cerita ini memang bodoh. Tapi kebodohan itu yang telah terjadi.
Kejadian berlaku sewaktu kami bersama beberapa rakan-rakan camping disebatang sungai di utara tanah air. Waktu itu sudah lewat malam rakan-rakan yang lain mula beransur untuk tidur di khemah masing-masing.
Tapi saya dan H masih diluar. Minum air dan borak-borak kosong. Sedang borak-borak tu. H bagitahu saya dia nak kencing. Tak tahan katanya. Saya cakap. Okaylah. Pergi lah belakang pokok sana.
Tetapi kerana tak tahan, dia hanya berdiri disebelah saya, mengeluarkan bebird dia dan terus memancutkan kencing. Mula-mula saya alihkan mata saya. Tapi ntah kenapa, saya kembali tengok perkara yang saya tak patut tengok.
Menyedari apa yang berlaku, H terus sergah saya “hahh tengok apa tu”, saya diam. H bergurau dengan saya, Nak tengok lagi ke.
Kesilapan saya, saya reply, boleh ke? H cakap. Boleh. Tapi tak boleh dekat sini, nanti orang nampak. Jom masuk khemah awak. H menggoyangkan bebird dia setelah kencing dan terus simpan dan menarik zip seluarnya.
Kami beransur ke khemah saya. Apa yang berlaku selepas itu tak perlulah saya cerita. Nampak macam bodoh je kan? Tapi bila syaitan menggoda. Memang jadi macam ni la.
Tapi perkara ni tak terhenti disini sahaja. Kami masih berterusan melakukan perkara terlarang. Kali ini lebih mudah, dirumah saya or dirumah dia. Sebab tiada orang yang memerhati. Perkara ini berlarutan beberapa tahun sebelum saya berkahwin.
Saya berkahwin, tapi bukan dengan H. Perkara ini menjadi rahsia terbesar saya dengan suami.
H pula? Juga sudah berkahwin. Mungkin, ini juga menjadi rahsia terbesar antara mereka berdua.
Saya betul-betul menyesal dengan apa yang berlaku. Saya dah tidak berkomunikasi dengan H. Tapi sekadar tahu kehidupan masing-masing melalui social media.
Semoga apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua..
Sekian terima kasih.
– Mawar (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
mudahnya kamu berzina…… cam takde harga maruah kamu
Yang berlalu, biarlah berlalu. Tahu kesilapan dan bertaubat. biarlah ia menjadi rahsia. rahsia. Tak perlu bercerita pada sesiapa pun… Moga Allah mengampuni kita semua.