Mawar Yang Tidak Berduri

Hi, nama aku Wardah (bukan nama sebenar). Sejujurnya aku tak tahu nak mula dari mana. Aku hanya seorang insan yang ingin mencari tempat luahan. Maaf kalau cerita aku sedikit panjang..

Ini kisah aku dengan dia. Aku belum berkahwin. Mungkin ujian aku tidak seberat orang lain yang dah berkahwin tapi percayalah berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Kami telah pun tamatkan hubungan kami September lepas.. Aku dan si dia (Rayyan) bukan nama sebenar..

Kami mula berkenalan sekitar hujung tahun 2019 dan kami bersetuju untuk menjalinkan hubungan pada March 2020.

Kami ni boleh dikatakan hubungan jarak jauh dan sepanjang aku berhubungan dengan dia hanya sekali sahaja kami bersua muka..

Pertemuan ini merupakan yang pertama dan yang terakhir. Sebenarnya aku ada masalah family, mak abah aku dah bercerai dari aku kecil lagi.

Jadi, mana-mana wanita yang senasib dengan aku mesti boleh faham apa aku rasa. Mengharapkan kasih sayang dari pasangan sebab tak dapat kasih sayang yang cukup dari keluarga.

Aku dengan Rayyan pada awalnya sangat bahagia. Kami selalu meluangkan masa bersama, kami selalu ada for each other bila masing-masing memerlukan.

Tak dinafikan memang aku sayang sangat kat Rayyan. Bahkan kami dah berjanji untuk tidak meninggalkan walau apa keadaan sekalipun.

Dia pernah berjanji pada aku untuk menghalalkan aku dan berjanji untuk memberi sepenuh kasih sayang kepada aku memandangkan aku memang tak cukup kasih sayang..

Walaupun hubungan jarak jauh, kami selalu saja video call. Bahkan setelah setahun lebih bercinta, keluarga Rayyan telah tahu sedikit demi sedikit mengenai aku.

Begitu sayang nya aku pada Rayyan, aku sanggup tolong dia isi kan borang untuk dia sambung belajar. All out aku isikan dari kosong sampaikan borang elaun dia pun aku yang isikan.

Mungkin pada korang ini hanya pengorbanan yang kecil tapi tidak pada aku. Bukan senang nak isi borang tu.

Bukan nak mengungkit tapi sakit sangat bila orang tak ingat jasa baik kita.

Bukan itu saja, terkadang assignment dia pun aku yang tolong buatkan sebabkan taknak dia rasa terbeban meskipun dalam masa yang sama aku ada assignment aku sendiri.

Sekalipun aku tak pernah berkira untuk beri apa apa pertolongan pada Rayyan. Begitu besarnya rasa sayang aku pada dia.

Pernah juga aku hadiahkan dia barang barang mahal hampir cecah ribuan ringgit sebgai tanda kasih sayang dan penghargaan dari aku.

Aku memang tak mengharapkan apa apa balasan daripada dia.. Tapi sepanjang perkenalan memang dia tak pernah beri aku apa apa.

Untuk pengetahuan semua, aku seorang wanita yang berbadan besar. Setiap kali video call memang aku akan tunjuk muka sahaja.

Aku pernah beritahu Rayyan supaya dia jangan put high expectation to me bila jumpa nanti. Kami tak pernah jumpa atas sebab tertentu.

Sejujurnya aku memang insecure nak jumpa Rayyan sebab yela dia ada paras rupa, athletic memang sedap mata memandang lah. Aku ni hanya wanita biasa yang serba serbi kekurangan.

Nak jadikan cerita, September lepas aku ajak dia jumpa sebab aku tak mahu lagi menyorok dari kekurangan sendiri. Masa jumpa tu, everything guna duit aku tak ada satu sen pun guna duit Rayyan.

Duit makan, sewa kereta, duit minyak, duit jalan semua duit aku. Aku tak minta sikit pun duit dari Rayyan. Masa kami jumpa tu memang aku ada perasan setiap kali jalan memang Rayyan akan jalan mendahului aku.

Mungkin sebab dia malu keluar dengan perempuan badan besar. Tak apa aku terima benda tu. Dan kami pun balik..

Sejujurnya aku boleh terima kalau Rayyan nak putuskan hubungan kerana dia tak suka keadaan aku. Tapi lepaskan lah semua dengan cara baik kan lagi bagus?

Malanglah Rayyan hina aku secukupnya. Dia whatsapp aku dia kata dia malu bercinta dengan perempuan macam aku.

Penuh hinaan dan makian sepanjang perbualan kami melalui whatsapp itu. Satu pun aku tak padam sampai sekarang. Masih teringat ingat semua kata kata hinaan dan cacian dari Rayyan.

Hati aku sakit sangat sampai sekarang. Aku tak dendam tapi aku harap satu hari nanti dia sedar akan perbuatan dia.

Tak ada sedikit pun ke rasa kasihan atau rasa ingin menghargai perempuan yang ada dengan dia masa dia susah? Kejam sangat ke?

Selepas aku terima cacian dari Rayyan, selama sebulan lebih aku tak lalu nak makan. Sedih sangat hati ni bila terkenangkan balik kata kata kesat dari Rayyan.

Salah ke perempuan berbadan besar ingin rasa disayangi? Salah ke aku ingin rasa dihargai oleh seseorang bergelar lelaki? Jijik sangat kah perempuan berbadan besar?

Betul lah, lidah manusia lagi tajam dari pedang. Mungkin salah aku kerana bermimpi di siang hari.

Rayyan, terima kasih untuk segala hinaan dan cacian. Semoga Allah balas perbuatan awak.

Maaf kalau penulisan aku tak berapa bagus sebab ini baru pertama kali aku buat penulisan macamni. Sekarang aku dalam proses turunkan berat badan dan mencantikkan diri. Doakan aku semua.

– Wardah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *