Untuk part I, (https://iiumc.com/maybe-it-is-time-to-stop/).
Aku tak sangka pun akan disiarkan oleh admin and aku baca semua komen.
Kepada komen membina terima kasih aku ucapkan korang buat aku menangis sesorang dalam office nasib baik harini aku sorang je dalam office haha.
Untuk komen kurang membina dan mempertikai pun aku terima juga jangan risau aku tak ambik hati.
Ada yang bertanya dapatkan rawatan atau self diagnose? Aku dah dapatkan rawatan since 2017 dengan hospital kerajaan bermula dengan klinik kesihatan.
Aku juga on medicine macam prozac, xanax dan clonazepam untuk bantu insomania aku,
And yes ada hari aku terskip ubat sebab rasa macam ubat tu tak function but now aku tengah cuba konsistenkan makan ubat ikut prescription so doakan aku konsisten.
Selain rawatan psikatari aku jugak dapatkan rawatan psychologist dekat hospital yang sama and aku jarang skip temu janji tanpa sebab selalunya skip atau tunda atas tuntutan kerja yang tak boleh ditinggalkan.
Untuk yang mintak aku berjumpa pakar dan pergi kecemasan, terima kasih atas cadangan tapi aku dah muak pergi kecemasan tu dan aku rasa doktor kat kecemasan tu pun dah menyampah tengok aku haha.
Jangan risau aku memang bagitau doktor aku setiap suicidal thought dan self harm aku sebab aku memang direquired untuk track berapa lama aku boleh stay clean oleh doktor aku.
Yang beri cadangan keluar dari rumah tu terima kasih sebab cadangan tu dah berlegar legar dalam kepala aku since aku form 2 lagi,
Tapi perasaan bersalah tu lagi kuat rasa macam anak tak guna biarkan parents terkontang kanting meanwhile aku tengah hidup bahagia haha so aku stay lagi dekat tempat yang sama.
Dan untuk yang suruh sayang diri sendiri dulu, bukan aku tak cuba tapi itulah masuk je gaji aku memang fikir komitmen dulu sebab dah malas nak bertekak pasal duit.
Dari kecil sampai besar bertekak pasal duit dah malas dengar aku punya perbelanjaan dari sekolah sampai habis poli diungkit ungkit even time poli aku guna ptptn 100 % tapi takperlah benda dah lepas.
So korang doakan lah aku dapat kerja yang bagi gaji lebih sikit haha.
Untuk yang pertikai, banyak lagi sebenarnya benda yang tak cerita kalau aku cerita mungkin jadi sinetron 1000 episod haha. Jangan kata korang,
Aku sendiri fikir yang aku sebenarnya play victim dalam benda ni sebelum ni sampailah aku dapatkan rawatan dan doktor bagitau,
Environment yang aku membesar tu tak normal dan dikira sebagai emotional abuse dan abandonment and what lead to my diagnosis in adulthood.
Susah sebenarnya nak terima diagnosis tu rasa macam gelap sekejap dunia tapi aku tengah cuba terima sebab aku hidup dengan fikir yang pelik dan bermasalah tu aku bukan orang lain.
Aku sekarang pun tengah belajar express emotion yang bermasalah bagi aku iaitu being vulnerable and sad effect dari buli waktu sekolah dan macam mana parents aku handle benda tu bila aku bagitau diorang, doakan aku berjaya express emotion.
Untuk yang ingatkan aku azab mati, terima kasih mengingatkan. Tapi waktu aku dalam episod mdd atau bpd aku dah tak fikir benda tu semua aku cuma fikir cara nak tamatkan sakit yang aku rasa je.
Masa tu dah tak boleh fikir yang mana baik yang mana buruk. Tapi alhamdullilah masih belum berjaya dan mungkin allah tu sayangkan aku.
Overall, aku rasa the moment aku breakdown dalam confession lepas tu memang dah the breaking point pun.
Padahal sebelum sebelum ni elok je aku tak hirau pun parents aku wish semua birthday siblings aku dan tak pernah wish birthday aku. Elok je aku pergi beli kek satu slice makan sesorang happykan diri sesorang.
Dah lama dah bertahan pendam caci maki cakap aku tak function dalam rumah kerja pun tak guna tak boleh bantu parents yang besarkan aku. Benda macam ni bila siblings aku cakap dekat aku,
Aku rasa mcam tak heran sangat pun tapi jadi sakit bila orang yang kita patutnya bergantung harap dan percaya lah yang tak ambil peduli pasal kita dan ungkit semua benda yang dia buat untuk kita.
Itu je lah sorry lah buat setengah orang menyampah baca confession ni haha.
Korang doakan aku berjaya lawan perasaan bersalah dan melangkah keluar dari rumah ni dan doakan aku bertahan untuk hidup :)
Still raising a white flag,
– Lae (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit