McD II

Assalamualaikum and salam sejahtera semua. Thank you admin sebab siarkan post aku haritu. ye. aku yang tulis pasal McD haritu. huhu.. post kali ni pun harap admin dapat siarkan supaya tak da yang salah faham.

Satu persatu comment aku baca. tak tinggal mana2 pun. Sebak tengok ada yang support and bagi kata2 semangat. Thank you korang semua. tak kurang jugak dengan yang bagi negative comments. ye. aku baca semuanya. aku tak marah pun yang bagi negative comments and yang berbaur sindiran. biasalaa tu. rata2 yang sindir or negative comments ni sebab suka McD ye? maafkan aku ye.

mungkin post kali ni agak panjang. agak jela. so korang tabah la yer baca panjang. huhu. first aku nak cakap pasal rokok tu. ada terbaca comment sorang hamba Allah ni. ye. mungkin ada yang boikot McD etc tapi still smoking. umum kita tahu, rokok tu adalah buatan yahudi. Betulkan aku kalau aku salah. ye. kita boleh usaha untuk tinggal tabiat merokok tu once kita daa ada azam. in shaa Allah.

ada juga yang comment aku secara langsung or tidak langsung beli produk yang support Israel. aku tak suruh korang boikot semuanya. kejap. nanti dulu. simple. benda yang aku tahu terang2, aku akan boikot terus. sebab daa terang2 aku tahu. lagipun aku simpan list barangan yang support or daripada company Israel. ada hamba Allah yang share the list of the products 2 years ago. kalau macam laptop phone etc gadgets ? okay. aku penah bangkitkan isu ni kat lecturer aku dulu and ada la buat rujukan dengan few people.

ye. teknologi semua dikuasai oleh Yahudi. tapi, daripada situ la kita tahu apa yang berlaku di negara2 yang dizalimi. dari situ jugak aku start boikot. daripada page Aman Palestine. daripada situ hati aku tergerak untuk boikot. daripada media sosial macam ni la. daripada teknologi ni jugak kita dapat maklumat untuk derma and daripada situ juga ahli2 Aman Palestine ni nak sebarkan maklumat.

and isu laptop, komponen dalam laptop tu kita semua tahu daripada mereka. bagi student or orang bekerja, adakah kita expect untuk tak pakai computer untuk bekerja and buat assignment ? jadi perlukah kami semua menggunakan khidmat burung untuk menghantar email kepada client ? aku kerja office and perlu berurusan dengan orang2 luar negara. jadi kalau nak hantar email etc, perlukah aku pakai khidmat burung ? huhu. bagi student pula, bahan assignment tak semestinya ada di library. kena juga buat rujukan internet. macam mana nak taip assignment menggunakan font Arial, size 10? huhu. aku setuju dengan one of the comments yang kita gunakan teknologi untuk benda yang berfaedah. bukan lagha. lagi satu. saya sangat suka dengan comment daripada saudari Hana Humaira and Anis Jasmin Othman. comment awak berdua sangat mendalam. ramai lagi yang bagi comment yang bagus. cuma tak tertulis kat sini. thank you awak semua :)

kat sini aku nak clarify yang aku bukan boikot McD saja. banyak lagi. tu coffee yang famous tu. ha. aku tak penah jejak even before aku tahu. bila ada kawan aku minum coffee tu or makan McD, aku buat watlek watpeace je. sebab aku tak boleh paksa semua orang. aku sedar tu. aku tak pergi serang dorang cakap jangan makan semua. itu hak masing2. aku, aku. dorang, dorang.

tapi, aku musykil bila ada orang kata cara aku bercerita seolah-olah aku betul (boikot) and orang lain (tak boikot) salah. huhu. daripada mana ayat aku dalam post sebelum ni yang buat rasa aku je betul ? huhu. terpeseong ? riak ? Allahu. sebelum aku tulis, aku fikir dulu. sebab banyak hati orang nak kena jaga. and aku rasa takda satu pon ayat aku yang menunjukkan aku perlekeh orang lain. huhu. aku cuma luahkan rasa kecewa bila boikot ni bermusim. takda pulak aku pegi serang orang yang makan McD balik. huhu. janganla kecam aku.

FYI, macam aku cakap sebelum ni. bila orang da beli tanpa pengetahuan aku, and after that dia bagi rezeki tu kt aku. aku makan. sebab apa? orang tadi tu da contribute kat McD and dia bagi rezeki kat aku, aku tak boleh buang. sebab ? satu rezeki. penah tengok orang Malaysia pergi Palestine untuk bantuan kemanusiaan ? Allahu. Macam mana makanan2 tu diagihkan ? nak makan roti pun susah. kedua, aku tak nak duit yang orang yang beli McD tadi, di contribute kan macam tu je. kena jugak makan. walaupun susah nak terima, tapi aku habiskan juga. sebab terkenangkan duit yang daa dibelanjakan untuk beli McD tu. macam yang saudari Aini Nasir comment. aku kira pemberian tu adalah rezeki.

Salah satu lagi yang aku boikot ialah Tesco. kalau ada orang ajak pun aku akan tolak. cara aku tolak bukanlah cara kasar. aku cuma cakap. “sorry.. tesco aku tak pegi”. kalau pegi kedai pun, aku tak order milo ais or nescafe ais, maggi goreng etc. sebab setengah mamak guna jenama maggi. coke pon aku tak beli. fanta ke apa ke . bila aku check kat lable and products tu keluaran coke, aku tak beli. lepas aku dapat list barang2 tu, aku jadi teliti. tengok sapa pengeluarnya. nama je lain tapi pengeluar dia tetap coke.

lagi satu ada yang kata boikot segala gadgets, brand baju, bag tangan, kasut etc. gadget tu td aku daa jawab kat part teknologi tadi. brand baju, kasut , handbag etc semua tu huhu. aku pakai baju yang jual kat kedai borong je. baju muslimah rm 29.90 hehe. selesa. handbag pun handbag pun cikai. kasut jenama bata or sneakers kedai cina. hheehehe.. aku sayang duit nak keluar beli barang branded :p

untuk pengetahuan semua, aku boikot bukanlah sebab ikut orang. tapi sebab kesedaran yang aku dapat bila tengok video2 Palestine tu. ala. aku penah juga cakap kat roommate aku and aku pertikaikan kenapa nak boikot. kesian pekerja2 Islam. ( first post ). time ni belum boikot. roommate aku bagi sedas kat aku “dorang boleh cari kerja lain ).

ada juga yang berbangga comment beli McD tiap minggu.. aku tak marah korang. kan aku da cakap awal2. jangan ada yang terasa. pendapat masing2 tak sama. dengan boikot ni, tu salah satu cara aku untuk tolong dorang. nak angkat senapang tak mampu sebab kita semua hanya mampu angkat kayu selfie je. huhu. aku pernah terbaca satu status ni. tapi tak ingat kat mana. ayat dia:

” Wanita Palestine angkat senapang, Wanita Malaysia angkat kayu selfie”

janganla bergaduh. pendapat masing2 kan lain. tak sama. aku tak kecam yang boikot cuma aku cakap aku sedih. itu je. kalau tak boikot, takpala. itu hak sendiri. aku buat mana yang termampu. yang aku tahu terang2. yang aku tak tahu Wallahualam. orang yang tak boikot bukan jahat. jangan ada yang berfikiran macam tu. tapi yang tak boikot tu juga, jangalah awak perli or kecam mereka yang boikot. itu pendirian dorang. awak, awak. dorang, dorang.

banyak comments yang bagus cuma jangan kecik hati aku tak mention. bukan tak bagus. bagus and banyak pengajaran. cuma terlalu ramai yang menyokong usaha sekecil zarah ni. sampai tak termampu nak mention. yang pertahankan. huhu. alhamdulillah. sendu pula. ilmu aku tak penuh di dada. jadi mana yang salah, boleh betulkan ye. mungkin ada yang aku tersilap tulis.

aku doakan yang baik2 ye untuk korang semua. jangan kecam mengecam. thank you semua :) akhir sekali aku nak kongsikan satu ayat yang aku suka.

Jihad Perjuanganku, Syahid Cita-Cita ku

– Saera

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit