Assalamuaikum, hi apa khabar kesihatan mental anda? Baik? Sangat baik? Atau kurang baik?
Salam kenal aku Siti, seorang pesakit mental (MDD with PSYCHOSIS). Apa benda MDD ni? To be continued. (JIKA TRIGGER JANGAN BACA).
MDD atau MAJOR DEPRESIVE DISODER lebih di kenali dengan sakit mental yang agak kronik, actually bagi aku semua jenis sakit mental ni kronik je.
Cuma atas kita & supportive dari orang sekeliling kita saje yang mampu ubah kita. If kau nak sihat kau kena buat something yang buat kau untuk sihat.
Okay balik semula, MDD ni sakit kemurungan yang melampau. Ibarat mati jauh lebih! MDD ni kau tak boleh expect sedih tu, kau akan sedih berminggu tanpa buat apa2. Terbaring tak makan takde life lah katakan.
PSYCHOSIS pulak halusinasi. kau boleh nampak apa yang orang lain tak nampak. Kau boleh dengar apa yang orang lain tak dengar. Yes aku ada ke dua2nya.
Actually aku dah nak dkat 5 tahun hidap sakit ni, tapi baru 2 tahun aku dapatkan rawatan atas sebab desakan kawan.
Laki aku? Dia nampak benda ni hanyalah normal sahaja, sebab dia tak pernah tahu background aku membesar cam mana. Childhood aku dengan dia sangat berbeza dia ada mak ayah yang baik.
Aku pulak sebaliknya bukan mak ayh aku jahat tapi dia cuma tak mampu berlaku adil. Sedangkan aku sorang je perempuan dalam adik beradik. Aku anak sulong & tunggal perempuan. Mak ayah aku sangat memilih kasih pada aku sampai sekarang.
Actually sejak aku umur 12 tahun lagi aku dah cuba untuk bunuh diri. Aku pernah minum clorox campur milo, penah telan minyak panas. Tapi Allah still bagi aku kehidupan & tetap juga uji aku dengan parents yang memilih.
So aku decide untuk tinggal bersama atok & nenek aku. Alhamdulillah walaupun tak sesempurna orang lain tapi baik lah bagi aku. Tapi tetap jugak kena tekanan dari parents aku. Lagi2 bab duit.
Orang yang tak pernah lalui dia akan kait dengan iman seseorang, tapi hakikatnya mental tu terletak nya di otak bukan di hati, tapi kenapa nak di persoalkan tentang iman seolah engkau lah ke syurga kami yang pesakit mental ni ke lembah neraka,
Sedangkan kalau kau pergi ke cliniv psychiatrist majority adalah golongan orang yang solat tak tinggal, tapi redha dengan ujian Allah bagi. Itu pon bersyukur Allah bagi peluang untuk ikhtiar.
Macam mana aku hidup dengan sakit ni? Actually aku pernah gagal dalam perkhawinan, di hadiri suami yang baran tak bertempat. Di jadian sebagai roti canai bila di pukul macam nak gila.
End up aku mintak fasakh sebab dah tak tahan, tapi persetujuan dengan bersyarat. Dan aku bersetuju, bermula lah aku hidup tanpa anak selama setahun lebih, tapi aku tak faham apa aturan allah.
Aku di temukan semula, kami nikah semula. Nak buat sesuatu keputusan tu bukan mudah, tapi cara ni aku boleh dapatkan anak aku semula.
Alhamdulillah aturan Allah tu sangat cantik. Suami yang baran dah jadi selembut manusia. Dan suami aku tulah support terbesar aku sekarang untuk aku sihat. Tapi kawan aku takde kawan sebab mereka kata aku negative person & gila,
Allah tu nak tunjuk kawan yang lebelkan aku gila tu pun ada masalah yang sama macam aku & kerap wasap aku tanya macam2.
Ikutkan hati nak je cakap “kalau aku jadi kau aku mati je” tapi kenangkan kawan aku support dia, suruh dia buat apa sepatutnya. Alhamdulillah dah semakin baik hidup dia sekarang.
Masa mula2 aku dapatkan treatment je dia tak teman aku, sebab aku takut dia pergi bawak anak aku. tapi aku cuba luahkan segalanya malam tu dan Alhamdulilah dia lah peneman aku sekarang setiap kali ke psy clinic.
Hidup ni terlalu sukar untuk fight bagi orang macam aku, toxic & negative thinking tu terlalu berleluasa.
Jujur lah aku hidup dalam rumah ni hanya untuk masak & pastikan orang dalam rumah ni makan je, selain tu suami aku yang buat, uruskan ank suami aku.
Kadang laki aku pergi kerja di saat aku tengah nyenyak tidur padahal jam dah pukul 8 pagi. Kadang suami aku salam saat aku tak buka mata tapi tangan je duk hulur penat macam orang kerja keras sedangkan aku hanya fight perasaan saje.
Tak tidur malam tu mainan je, berhari, berminggu itu biasa. Marah anak macam orang gila itu lah kemahiran aku, pastu menyesal. Bila aku depress & terlalu marah aku akan dengar suara yang suruh aku buat itu ini. Even aku ambik ubat dia still ada. Ada di saat aku lost.
Sekarang aku kerah anak aku buat kerja rumah, basuh pinngan basuh baju kemas rumah & bilik sendiri. Alhamdulilah mereka buat tanpa gagal. Aku ni macam mayat hidup ada masa aku okay semua aku buat, masa tak okay makan belum tentu aku mampu buat.
Tapi apakandaya aku kena jugak kuat, 3 bulan ni aku punya kesihatan mental sangat down, nampak jelas diri sendiri tergantung dekat kpas bilik sendiri, nampak diri sendiri dalam kereta yang masuk ke gaung, dan yang paling aku tak boleh lupa aku nak terjun tasik.
Sampai kat pagar rumah ada suara kata “kau tak kesian ke kat anak2, macam mana kalau dia ikut sekali?” aku menangis semahunya anak2 datang peluk aku aku masuk rumah berkurung dengar bunyi kereta terus menyorok.
Tapi pesen aku tak suka luahkan semuanya pada laki aku, aku tak suka bebankan dia, maybe sebab kesan lama yang masih bertakung dalam otak aku kot. Kadang aku kesian kat dia kena layan isteri mental macam aku.
Sampailah bulan lepas aku dah tak tahan aku dah saking teruk aku terus pergi emergency & baru lah dia tau aku breakdown teruk berminggu minggu.
Jadi terus aku duduk di bawah komuniti, setiap hari akan ada nurse yang akan call untuk aku okay, & home visit. Treatment dari 2 minggu sekali jadi kepada seminggu 2 kali.
Sekarang ni setiap kali pergi treatment aku lebih banyak nangis tanpa sebab berbanding bercerita masalah, berejem pulak tu. Dr pulak selagi tak cerita selagi tu dia takkan lepaskan aku. Laki aku lah jadi mangsa kena call selalu.
Mak ayah aku? Mereka tak boleh terima apa yang jadi, pada mereka takde keturunan sakit gila ni. Biasalah akan kaitkan dengan tak solat dengan tak beriman.
Sampai aku sendiri takut nak balik kampung. Takut mereka malu ada anak macam aku, tapi apa pun mereka tetap mak ayah aku.
“Mak ayah doakan kakak sentiasa sihat & kuat ya, rindu mak ayah” nanti aku dah sihat sikit aku nak balik kampung. Doakan aku kawan2.
Aku selalu doa ya Allah jika ini yang terbaik bagi aku ENGKAU mati kan lah aku dalam keaadan yang aib tak terbuka. Aku tak nak mati dalam keadaan mengaibkan aku suami, anak & mak ayah aku. Cukup lah sakit ini ujian nya. Bunuh diri 1 jenayah dunia & akhirat.
Walaupun aku selalu suicide though selalu ada suicide ideation & cubaan self harm aku cuba untuk tanam dalam akal aku, aku ada anak2 & suami.
Aku tak boleh buat semua ni. Telan lah ubat walaupun dah penat, terus kan hidup walaupun dah lelah untuk mendaki. Berjuanglah selagi kaki kau masih mampu untuk terus berjalan.
Kawan2 yang aku sayang jika ada sahabat kalian suami atau isteri atau anak2 mak ayah atau sesiapa yang nampak lain dari biasa bantu lah mereka, cukup dengan hanya “awak okay?” Inn Shaa Allah dia kan rasa lebih baik.
Pada suami atau isteri setiap pagi atau malam sebelum tidur selalu lah bertanya pada pasangan masing2 “okay atau tak”. Walaupun hanya dengan ayat pendek macam ni tapi mampu mengubah dunia gitewww.. Macam tu jugak parents & anak2.
Aku pernah tanya suami aku, aku ni tak bersyukur ke? Yelah nak rumah Allah makbulkan, nak beli mpv Allah makbulkan, nak anak lelaki & perempuan Allah makbulkan. tapi kenapa aku masih tak sihat sepenuhnya?
Tapi ayat suami aku senang je, tak syoklah hidup kalau tak ada ujian. Terus aku gelak macam mak lampir sampai dia pulak yang takut.
Maaf lah jika penulisan aku terabur. Aku nak mintak dengan kalian yang baca penulisan buruk aku ni, doakan aku terus kuat untuk berjuang. Nanti aku akan story apa yang jadi pada life aku lebih detail..
– Siti (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit