Me, Chester Bennington, and Life

ME, CHESTER BENNINGTON AND LIFE

Bismillahirrahmanirrahim..

Apa yang aku luahkan ni sejujurnya apa yang terkandung dalam isi hati aku, tidak aku tokok tambah atau kurangkan. Tidak aku buat-buat tapi ia memang terbit dari hati aku yang paling dalam, walau tak kelihatan di luar.

Aku mohon ampun dengan Allah andai apa yang aku tulis ni bersifat melebihi had atau terdapat kesalahan yang aku tak sengajakan. Semoga Allah redha dengan luahan aku ni.

Sejak hari tu, ada rasa sedih membungkam yang sangat dalam di jiwa aku. Sedih yang sangat dahsyat yang aku sendiri tak pernah jangka untuk aku rasa terhadap orang yang aku tak pernah jumpa secara peribadi, tiada hubungan dan dia pun tak kenal aku.

Tapi sebenarnya ada sesuatu tentang dia yang membuatkan hati aku terusik dan tersentuh. Dia sangat istimewa sebenarnya.

Petang tu aku dapat tau dia meninggal dunia. Aku terkejut. Tak terkata bila tau berita tu. Terkejut sebab… dia bunuh diri! Aku memang macam tak percaya dia bunuh diri. Otak aku semacam tak boleh hadam kenyataan tu. Aku pernah terfikir, dia tak bunuh diri tapi mungkin dibunuh. Mungkin orang yang bunuh dia membuatkan semuanya nampak sempurna seakan – akan dia bunuh diri. Orang boleh berkata apa sahaja tapi hanya Allah yang Maha Mengetahui apa yang berlaku sebenarnya. Dan kejadian tu berlaku tanpa alibi.

Sejujurnya respon perasaan dan fikiran aku terhadap tragedi tu bercampur – baur. Aku rasa sedih, terkilan, kesian, sayu, rasa bersalah dan tenggelam. Tragedi tu membukakan mata aku untuk melihat realiti dunia yang membelenggu ramai manusia sebenarnya dan aku rasa lemas serta tenggelam! Untuk beberapa hari lamanya memang aku rasa tenggelam dengan rasa sedih yang menyakitkan ni. Aku ada cuba untuk kumpul tekad ceritakan apa yang aku rasa ni kepada seorang Ustazah dan seorang senior yang rapat denganku untuk aku rujuk tapi aku tiada kekuatan itu. Aku takut sekiranya mereka rasa aku ni pelik sebab aku ada rasa emosi yang kuat kepada orang yang tiada hubungan atau kaitan rapat dengan aku. Atau mungkin juga sebenarnya aku yang tak tahu macam mana nak luahkan untuk orang faham sebab aku rasa benda ni tak normal untuk kebanyakan orang.

Maka hanya Allah sahajalah tempat aku luahkan dan mengadu segalanya, segala yang aku rasa dan fikir. Aku tahu hanya Allah yang memahami aku. Hanya dia yang faham setiap detik rasa hati aku. Aku yakin dan percaya Allah yang jentik perasaan ni untuk aku renungi dan buat sesuatu. Suatu hari, kemuncak kesedihan aku menjelma tiba-tiba. Emosi aku jatuh menjunam di tahap paling rendah. Air mata mengalir deras tanpa henti. Lama aku terduduk sampai aku tak boleh sekat dah kesedihan tu. My emotion was totally breakdown.

Macam-macam dalam fikiran aku. Aku teringat tragedi yang menimpa dia – dalam keadaan dia non muslim. Aku rasa sedih sangat sebab dia meninggal dalam keadaan tidak beragama Islam. Aku rasa teruk sangat sebab dakwah Islam tak sampai kepada dia, ditambah dengan aku rasa perit dengan dunia yang semakin menakutkan dan sakit ni. (Sebab yang lebih terperinci kenapa aku terkesan sangat dengan kematian dia akan aku sampaikan di bahagian akhir luahan ini). Waktu tu aku hampir nak jumpa kaunselor Islam untuk keluar dari kebuntuan dan kesedihan ni. Tapi tak jadi sebab tak tau kat mana. Jadi aku tekad bawa hati aku ke sebuah masjid dengan membawa Al-Quran dan Kitab La Tahzan (Jangan bersedih). Aku yakin ketenangan pasti ada di rumah Allah dan aku mohon Allah tunjukkan aku jalan-Nya dan pandu aku untuk melalui fasa yang mencabar kekuatan jiwa ini.

Alhamdulillah, Allah membantu aku merungkai kesedihan hati melalui Kitab La Tahzan tu. Dengan bantuan Allah, aku cuba selidiki hikmah di sebalik kejadian ni; aku cuba renungi apa yang Allah nak aku hayati, pelajari dan buat sebenarnya. Sungguh, Allah tak jadikan sesuatu perkara itu sia – sia. Perkara paling berharga yang aku dapat menerusi Kitab La Tahzan dan betul – betul membangkitkan kesedaran aku selepas kesedihan yang menyakitkan ni adalah;

“Orang yang cerdik ialah orang yang menjadikan kerugian sebagai keuntungan”

Aku yakin, kerugian dan kesedihan yang aku rasakan ni sebenarnya bukan untuk aku menjadi lemah, tapi untuk aku bina kekuatan membantu mereka yang terus menerus menjadi mangsa kerakusan, kesakitan dan tipu daya dunia ni.

Aku mula kumpul kekuatan untuk ceritakan apa yang aku rasakan ni kepada beberapa orang sahabat baik tapi aku rahsiakan identiti “dia”. Aku hanya menyebut dia sebagai “kawan non muslim” sebab:-
1. aku nak tahu apa reaksi sebenar mereka bila tau ini yang aku rasa bila seseorang yang aku rasa dekat dan non muslim – meninggal dunia.
2. aku tak mahu mereka fikir perasaan aku ni wujud sebab ikatan (bonding) antara peminat dan artis tapi aku nak mereka berikan pandangan jujur melihat dia sebagai manusia biasa.

Dan alhamdulillah mereka faham apa yang aku rasa dan cuba sampaikan, malah ada antara mereka yang memberikan aku cadangan dan sokongan untuk sampaikan luahanku di sini, untuk renungan kita bersama dan untuk sesiapa jua yang boleh memahami.

Maka, dia yang aku maksudkan adalah… Chester Charles Bennington.

WHY DOES HIS DEATH HAS AN IMPACT ON ME? WHY DO I CARE?

Ya, memang aku rasa dia macam kawan aku sebab dia “datang ke rumah aku” sejak aku kecil lagi. Aku tak cari dia, abang aku yang introduce dia kepada kami adik – beradik. He was there in my childhood. Kalian tahu tak sebenarnya apa yang got into our heads masa childhood memang akan bagi kesan kepada kita masa membesar or masa adult? And that thing explains why does his death so impactful on me and the other millions of people (most of their fans have known them since childhood as well! That’s why they are loved). But I have the other reasons why is it incredibly impactful on me (to be told at the end of this confession). Masa tu hari-hari dengar lagu-lagu Linkin Park (LP) sejak darjah 3 yang mulanya aku rasa bising tapi lama-kelamaan lagu-lagu LP mula masuk dalam kepala aku dan aku mula suka LP selepas aku faham lirik mereka. So LP was the first rock band I had known before the next bands came in my list (MCR, Green Day, Sum 41, Good Charlotte, Simple Plan, Blink 182 and etc..).

WHY DO I APPRECIATE CHESTER & LP SO MUCH?

Lagu-lagu dia macam dia bercerita kat aku (dan sesiapa yang mendengar) how he felt to be abandoned, to be ignored, to be left, to be hurt, to be humiliated, to be degraded, to be harassed, to be fooled, to be betrayed by his own parents, “family” and the “so called friends”. Lirik-lirik LP sangat PADU; motivating & deep which they always talk about life, reality, honesty, oppression, mercy, fear, hope, breakdown, struggle and so forth which everybody can relate to their lives, personally. The power of their music, the awesomeness in their lyrics plus with the combination of the incredible voice of Mike Shinoda and the dynamic vocal of Chester are the reasons why they able to touch MILLIONS of people, including me. They have done very well in connecting & helping people to stay strong, fight depression and disappointment, move on and keep life going (this things have been admitted by millions of their fans especially childhood fans). And to me personally, lirik Chester yang paling menyentuh hati aku adalah bila dia selalu cakap dalam kebanyakan lagu yang dia nak kasih sayang daripada ibu bapa tapi tak dapat, kenapa orang yang sepatutnya dia percaya / harap – tapi jadi orang yang memusnahkan hidup dia. Sampai tahap lirik dia sebenarnya ke arah dia mencari Tuhan.

WHY DO I HAVE THIS HEAVY FEELING ON HIS DEATH?

Chester sebenarnya ada kisah yang sangat menyedihkan dalam sejarah hidup dia. Dia diperkosa oleh seorang kawan lelaki (yang lebih berusia daripada dia) pada umur seawal 7 sehingga 13 tahun. Bayangkan bagaimana emosi dan mental dia jatuh ke tahap terendah dalam tempoh selama 6 tahun diperlakukan sebegitu pada usia yang sangat muda dan dia tak berani nak beritahu sesiapa sebab takut dianggap gay atau menipu.

Parents dia bercerai masa dia berumur 11 tahun, then dia duduk dengan ayah dia bersama keluarga tiri. Kesedihan dan tekanan yang dia rasa dan pikul dari umur 7 tahun memuncak selepas hidup dia terasa lagi hancur living with the broken family, itu belum termasuk masalah kena buli dengan kawan-kawan di sekolah. Dan kejadian demi kejadian tu drive dia untuk ambil dan ketagih alcohol, marijuana, cocaine, metaphatamine, etc dari umur 11 – 18 tahun (sebelum dia join LP). Too young to be in the darkness world but to him at the moment, it seems like the sun does not want to shine again. Bagi dia itulah cara untuk dia keluar dari bebanan perasaan sedih yang menyesakkan jiwa. Ouh ya, satu lagi cara dia ekpreskan segala yang dia rasa adalah melalui penulisan puisi dan lirik lagu, sejak di zaman remaja lagi. Sebab tu penulisan dia sangat jujur lahir dari hati.

Segala yang dia alami tu menyebabkan dia ada masalah depression yang sangat teruk through out his life, he had mental difficulties and he suffered from drug and alcohol addiction. In which aku rasa kesiannya dia.. sangat kesian.. he really had hard times in life. He was totally in darkness. Poor him.

So bila aku tau yang he died by suicide, aku terkejut..aku tak percaya. Sejak hari tu sampai sekarang aku selalu fikir kenapa dia end up macam tu? He was one of the rockstars that I’ve wished will revert to Islam just like Yusuf Islam (Cat Stevens) did tapi benda tu tak berlaku. Kenapa? Dia tak jumpa Islam ke? Why did he give up? Dalam lirik dia banyak mesej yang dia cari kebenaran, tapi dia tak jumpa ke? Dakwah Islam tak sampai kat dia ke?

When this kind of thing happened, I really feel guilty as it’s our responsibility to tell them about life, Islam, Allah and Prophet Muhammad (s.a.w.) and etc. His passing really makes me think deeply about this. Aku mula concern tentang dakwah kepada non muslim sejak di Sekolah Menengah lagi tapi his passing memang really puts me in a room and trigger me to think about this deeply and thoroughly. About how dakwah should actually penetrate Hollywood and stuff (bigger picture). And to me personally, how can I work on my dakwah to the non muslims around me, how I should learn many religious things quickly, how I should be more serious in conveying dakwah to them..and so many things to work on immediately because they (non muslims) are awaiting & calling for us (i’d rather mean ME) to save them for so long time. But maybe we’ve never really cared, or never really thought or never really put any effort to save them.

Look, LP (a non muslim band) know what they do, they have been focused and put their effort, energy, mind and time for spreading their music and messages to the whole WORLD and they have been successfully touched MILLIONS OF PEOPLE / HEARTS / SOULS. And who supposed to do this actually? We the muslims! I’m not saying that we must beat their music, no, what I mean is we have to be more active, creative in conveying dakwah more than they’ve done. Dakwah is flexible, it can be in so many ways. I think the attitudes that LP have are so precious that the muslims should have more in spreading the dakwah. How I pray every member of LP will revert to Islam and may that will bring many more souls revert to Islam in shaa Allah.

CHESTER REALLY BROUGHT ME TO THIS HEAVY FEELING & SERIOUS THOUGHT. REALLY.

It’s incredibly sad in myself about what had happened to him and compared to myself how lucky I am to be born as a muslim, yet it drives me to realize how bad I am for not have been seriously spreading the dakwah to save the not-yet muslims.

And it really broke my heart that I couldn’t pray for him. Sometimes I do think of what he’s going through in Barzakh there. That makes me crying so hard. How I always wish he didn’t take his life instead he was murdered. I hope he didn’t commit suicide. How I always wish in his life, he had ever thought that there is existence of One God, he had faith in Him, at least once. May that be the reason Allah will save him from the adzab in Barzakh & from the hellfire in which the agony will be forever.

AllahuAkbar. Astaghfirullahal adzim. May Allah always guide us in this challenging test; task of life.

– NHMS

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit