‘Me Time’ Yang Saya Perlukan

Assalamualaikum.. Ini adalah reply kepada ‘me time yang makan diri’ (https://iiumc.com/me-time-yang-makan-diri/).

Bila baca confession ni, saya rasa tuan tanah agak judgemental. Tak apa, ramai yang macam ni.

Beginilah, saya nak ceritakan kisah saya. Saya pernah jadi suri rumah sepenuh masa..Pernah, bermaksud sekarang saya dah berkerjaya.

Menjadi suri rumah sepenuh masa, pada awalnya saya suka. Sebab memang saya mahu jaga anak2 sendiri..mahu jadi isteri yang jaga makan minum suami dan anak2.

Tapi langit yang cerah tak selamanya cerah. Saya mula exhausted dengan rutin yang sama setiap hari.

Untuk makluman, saya ada pendidikan degree dan sewaktu saya berkahwin saya sedang menyambung master. Namun saya drop kerana faktor anak yang kecil dan saya berpindah negeri kerana mengikut suami.

Jadi bermulalah kehidupan saya. Sya bunting pelamin. Rutin awal pagi, bangun, siapkan sarapan. urus anak. urus suami pergi kerja.

Tengahari suami balik untuk makan..saya sendiri ke pasar dan masakkan makanan tengahari.

Bila suami kembali ke pejabat, saya pun duduklah jaga anak, mengemas rumah..petang, suami balik, ready makan petang. kemudian masak untuk malam.

Suami lepas balik kerja, berehat. Maghrib hingga isya’, biasa 9 lebih dekat2 pukul 10 baru balik rumah..pukul 10 lebih dah terlena.

Jadi rutin itu berlarutan. Suami jarang menolong. Berat sungguh rasa beban harian. Memang setiap malam suami ke masjid. Baikkan suami.

Namun kerja rumah dan anak2 memang tergalas pada saya.

Suami pula, jangankan berterima kasih, mengata lagi saya pemalas dan pengotor..ini menyedihkan saya.

Pumcanya pinggan mangkuk tak berbasuh masa dia balik kerja. Ye lah, sebab masa basuh pinggan tu lah anak cari kita, nak makan, nak main, menangis, nak basuh berak. Bila layan anak, tertinggallah semua kerja.

Jadi bila suami balik, dikatanya saya duduk saja. kebetulan tengah pegang handset masa dia balik..katalah pula saya ni asyik tengok fb.

Padahal baru nak berehat sekejap lepas anak tantrum.

Saya penat fizikal dan mental. Kalau suami tak menolong, saya boleh lagi terima.

Tapi suami boleh tahan mengata, katanya saya tak pandai buat kerja rumah. Anak orang senang, ye saya anak orang senang. Dulu ayah saya ada bibik. Tapi bukan bermakna saya tak buat langsung kerja rumah.

Bila kahwin, i did my best. Saya masak setiap hari tanpa gagal. saya jaga anak sendiri tanpa suami tolong.

Ye kadang-kadang saya minta suami tolong mandikan anak petang, sebab he needs to help me too.. jaga anak bukan tugas ibu semata.

Saya dah satu hari berhadapan dengan dua anak kecil yang jarak umur dekat. Saya perlukan rehat. Yes. Me time.

Tekanan saya makin menjadi2 bila hujung minggu, instead of bawa saya dan anak2 berjalan ambil angin, sebab dah seminggu bergelumang dengan kerja rumah dan anak, dia pilih untuk pergi ke kelas belajar mengaji.

Sekali lagi, memang bagus. Tapi ia membuatkan saya mula lemas.

He has no time for us. Untuk anak2. saya lah yang bawa sendiri anak2 keluar tanpa dia..dan to make it worse, dia nak balik kampung every week. Balik kampung yang 6 jam perjalanan every week.

Sebab di situlah dia akan pergi kelas mengajinya. Again, bila balik kampung, bukan bawa kami jalan, tapi dia pergi ke kelasnya. Ada dua kelas.

Saya sendirilah jaga anak lagi. Tapi better lah sebab adalah juga saya boleh jumpa orang. But still saya penat..tiap2 minggu uruskan kain baju dan rumah.

Saya terpaksa ikut, sebab kami ada satu saja kereta. Kalau saya tak ikut, anak2 akan memerap saja di rumah. dan saya pun akan memerap di rumah.

That is how i get into depression. Saya mula hilang diri sendiri. Saya penat fizikal dan mental.

Banyak kali i told him, saya nak me time. I really need one. Saya dah lemas. But he just ignore me and continue with his passion. I was stucked.

Kemudian, saya berdoa. Ya Allah, tolong saya. Saya tak mampu dah. Sebab saya dah mula terdengar2 suara.

Saya bagitau suami, saya minta bawa saya untuk rawatan. Tapi no action from him. Begitu jugalah hidup saya tiada kesudahan.

All i wanted is a me time. Saya nak ada masa sekejap keluar sendirian tanpa anak2. Saya nak tidur sekejap dengan aman tanpa ada anak kecil memanjat.

Saya ingat dia faham.. Tapi dia begitulah, sketikal dengan permintaan me time saya.

Sampailah Allah bukakan jalan untuk saya. Peluang kerja. ya, saya keluar dari kepompong saya. Dan something happened.

Dia kehilangan kerja. Dia kena jaga anak. But somehow, dia tak mungkin dapat duduk rumah diam2 dengan anak2. It make him stressed. Kemudian ada campurtangan keluarga. And last, he divorced me.

Saya tak tahu nak sedih atau gembira. Saya masih sayangkan dia. I love him with all my heart, sebab tu saya korbankan diri saya. Bertahan 7 tahun.

But i know this is the best for me. Saya sayangkan dia, tapi saya sayangkan diri saya juga. Mungkin Allah makbulkan doa saya. Slowly my life getting better.

Kami berpisah. Bila waktunya, anak2 akan ke rumah ayahnya (rumah keluarga, dia tinggal dengan ibunya).

That is the best me time ever. Saya boleh mengaji dengan tenang. Berehat dengan tenang. Makan dengan tenang. Pergi shopping dengan tenang.

Ada seorang anak yang masih menyusu, tapi saya bagitau dia, jika anak pergi sana dia perlu bawa kesemuanya. Anak yang kecil tu dah boleh menyusu botol.

Memang dia akan rasa susah, kena berjaga malam which is never happened to him before, but i think he needs to learn.

Saya doakan hidupnya dipermudahkan juga. Dia orang yang baik, mungkin he just dont understand women’s feeling. Begitulah saya bersangka baik.

Sekarang, hidup saya sangat tenang. saya suka kerja saya. Saya suka life saya. saya bersyukur dengan ketenangan yang saya dapat. I do miss him as a husband, tapi tak apa. I have Allah who always with me.

Sebab tu saya kata, some people really need me time. You don’t have to judge. Tak ada siapa yang tahu apa berlaku dalam rumahtangga orang lain.

Kita tak tahu sama ada menonton drama tu boleh buatkan dia hilang stress, atau apa2 lagi keadaan lain yang hanya dia dan suaminya tahu..sila punya lebih sifat emphathy.

Sekian.

– Maya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini ->Ā https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *