Salam.
Directly straight to the point je lah. Bukan nak hentam ke apa tapi aku cakap benda yang sebenar dan mmg berlaku.
Zaman skrg dah canggih dengan gadget semua. So ada perkara yang aku rasa tak perlu buat kot.
Instagram
-Anak. Kau dah ada anak, tak perlu kot nak buat account khas utk anak kau lagi-lagi masih mentah dan bayi. Ye mmg anak kau, tapi benda tu semak dkt explore aku. Mujur ada button block. Ada hari tu aku nampak dkt explore, anak tak beranak lagi tapi dah buat akaun insta. Whutttt? Bukan nk kata apa, melayu memang macam ni ke? Tak usah tengok bio. Kalau anak 10, sepuluh2 tu nak listkan dkt bio insta. Pls la ibu2 muda. Move on la daripada ‘switch off’ benda2 yang mengarut. Tu belum kira gambar peluk2 dengan caption panjang lebo. Lagi meluat aku tengok. Menyampah pun ada.
-Niqabis. Kau dah bertutup elok tak perlu nak tayang dekat orang. Gmbr orang tangkap aku boleh terima lagi. Gambar selfie nak bagi siapa tengok kak? Nak kasi ustaz2 ngorat kau? Lepastu bila kenal, kahwin, cerita lgi dekat insta? Hebat permainan. Jgn sebarkan fitnah sendiri kalau tak nak kena fitnah. Habis cerita.
-Kahwin muda. Sudah menjadi trend masa kini. Golongan ni pun meluat jugak aku tengok. Jenis yang suka tayang kebahagiaan dengan caption panjang. Yang komen sweet pun 2×5 jugak. Like hello? Ye insta kau, suami/istri kau. Ada kau fikir orang lain? Kalau tak, kau sbnrnya pentingkan diri sendiri. Tak usah la nk dok tayang kau menggeletis sana sini dengan pasangan kau. Boleh jdi fitnah. Taknak ada fitnah, kurangkan insta. Bukan tak boleh langsung kalau dah sehari 5-10 post tak ke menyampah?
*P/s: Aku akan block orang2 mcm ni.
Whatsapp
-You got one friend that always sebarkan cerita2 dekat whatsapp. Ye aku ada, kalau boleh semua cerita dia nak foward dekat group. Semak pun ada. Kesian dkt orang lah weh. Maklumat penting semua dekat atas kena scroll balik. Dah la cerita kau panjang lebau. Sehari tak sah ada je cerita kononnya kau lah orang pertama tahu benda tu. Ew
Wechat
-Terkenal dengan ‘grandma’ error. Hahahah. Please la dik, nak eja tu eja la betul2. Kalau wicet boleh main takkan google translate pun tak boleh bukak? Data 50 mb je ke?
-Dik, nak berkwn tak salah, tapi beragak la sikit. Kau boleh kawal kan. Ni tak, semua kau nak add nepal bangla semua kau approve sbb nak ramai kawan. Bila jadi kes rogol ke apa kebanyakkan mesti dari wechat. C’mon la. Jgn jdi bij sangat. Aku nak approve strangers pun tak berani woi.
Facebook
-Haaaaa sini banyak nau berita tersebar. Hati2 la sekarang ni, kau buat silap sikit orang ambik video kau sebarkan dekat facebook. Yang rakam pun satu, semua benda nak rakam apahal? Kau jalankan je la tugas kau kalau ada orang buat silap. Tak berani ka? Seronok sangat ke sebarkan video/gambar? Hati tu dah puas sangatlah kalau benda tu viral?
Sekian dari aku.
Yang buruk datang dari aku, Yang baik datang dari Allah.
Beringatlah sebelum kena fitnah. Kalau taknak kena kecam, jangan buat benda bukan2 dan tak sepatutnya dekat media sosial. Kau sendiri boleh kawal nafsu, bukan nafsu kawal kau. Jgn nak batak sangat dengan followers ramai bagai sbb nak famous puiii. Aku bukan jealous tapi menyampah. No hurt feeling.
Thank you.
– Cheng
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit