Assalamualaikum. Harap admin publish confession ni. Aku nak post dekat wall sendiri tapi takut dikritik budget bagus pulak.
Cukuplah kenal aku nurul berumur akhir 20an sudah berkahwin tapi masih belum memiliki anak. Boleh dikatakan kehidupan aku agak sempurna mempunyai kerjaya, suami yang penyayang serta keluarga yang sangat baik. Ini hanya nasihat pendapat aku sahaja bukan untuk mengkritik sesiapa.
Selalu kita baca tentang luahan perasaan seorang suri rumah yang cemburu melihat rakan-rakannya di media sosial yang travel sana sini memakai baju yang cantik atau perempuan bujang yang sakit hati melihat kebahagiaan rakan-rakannya yang sudah berkahwin di media sosial.
Pandangan aku, kita tak boleh nak menyalahkan mereka sepenuhnya. Cuba bila kita mendengar atau membaca luahan mereka kita cuba bayangkan yang kita berada di tempat mereka. Mereka manusia biasa yang mempunyai keinginan seperti orang lain. Nasihat saya kepada mereka yang mungkin rasa tak bahagia dengan kehidupan mereka carilah ALLAH mengadulah pada DIA. Bila mana rasa cemburu dengan kebahagiaan orang lain cepat2 la beristighfar sebab cemburu itu hasutan syaitan. Sebelum saya berkahwin, saya rasa cemburu tengok rakan-rakan sebaya yang sudah berkahwin malah memiliki cahaya mata. Tapi saya tak salahkan rakan-rakan saya sebab share kebahagiaan mereka di media sosial. Apa yang saya buat saya minta dekat ALLAH saya mengadu dekat DIA dan ALHAMDULILLAH saya bertemu jodoh dengan lelaki yang sangat sempurna untuk saya tanpa disangka. Dekatkan diri dengan Tuhan dan bersyukur dengan setiap rezeki yang telah ALLAH aturkan pada kita dengan melihat orang yang berada di bawah kita. Insyallah kita akan mendapat ganjaran dari ALLAH.
Nasihat untuk mereka yang selalu share kebahagiaan di media sosial. Tak salah nak share kita bercuti, suami dan anak-anak tapi biarlah berpada-pada. Janganlah hari-hari update pasal suami kau sweet anak kau bijak. Apa saja hadiah yang suami kau bagi rasanya tak perlu nak share dekat semua orang sebab ada banyak hati yang perlu kita jaga terutamanya hati mak mertua. Walaupun mulut mak mertua kita cakap tak kisah tapi kita tak tahu hati dia.Jadi adalah lebih baik apa hadiah yang suami kita bagi biarlah hanya kita dan suami saja yang tahu tak perlu rasanya nak beritahu semua orang sebab rasanya tiada siapa yang berminat nak tahu apa suami kita beri. Kita tanya diri kita sendiri adakah aku ni dalam golongan orang yang riak. Jika ya bertaubatlah sebelum ALLAH tarik nikmat kita tu. Aku suka rakan-rakan aku share tentang mereka pergi travel, tempat makan menarik, atau OOTD sebab aku pun macam itu hanya share perkara yang boleh mendatangkan kebaikan pada orang lain bukan hanya untuk menunjuk-nunjuk.
Kesimpulannya, cubalah kita memahami perasaan orang lain. Media sosial ini untuk menyatukan hubungan kita bukan merosakkannya. Lagipun fungsi media sosial ini berkongsi apa saja dengan rakan-rakan tapi ingat biarlah berpada-pada.
– Nurul
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit