Media Sosial dan Kongsi Masalah Hidup

Terima kasih Admin IIUM Confession kerana sudi menyiarkan peringatan dan nasihat saya ini kepada seluruh rakyat Malaysia, Lelaki dan perempuan yang beragama Islam. Topik yang saya mahu bawakan ialah berkongsi masalah hidup rumah tangga di media sosial lebih banyak mengundang keburukan.

“Menurut statistik, terdapat lebih 18 juta pengguna media sosial yang aktif di Malaysia di mana setakat tahun 2015, sebanyak 77.3 peratus daripada isi rumah di Malaysia mempunyai akses kepada perkhidmatan jalur lebar.
(Sinar Harian, 24 Nov 2016)

LAPORAN The Digital News Report 2017 yang mendapati pengguna internet Malaysia paling ramai menggunakan aplikasi WhatsApp di dunia bukan sesuatu yang luar biasa apatah lagi mengejutkan. Dapatan daripada kajian tersebut memang tepat dan tidak boleh disangkal lagi. Sesiapa sahaja bersetuju dengan laporan berkenaan.
(Utusan Online, 7 Oct 2017)

Inovasi dan teknologi dalam media sosial, komputer dan mesin telah membantu kita sebagai manusia biasa melakukan pelbagai pekerjaan. Pekerjaan tersebut termasuklah pekerjaan di rumah, pejabat, tambah lagi di sektor pekerjaan seperti perbankan, perkilangan, pengusahaaan dan perniagaan yang memerlukan penggunaan teknologi komputer, internet dan mesin yang canggih. Melalui kajian saya, jumlah pengguna internet mengikut gender di Malaysia (lelaki dan perempuan) adalah hampir sama. Maaf, manakala melalui sepanjang kajian dapatan saya untuk kes ini, wanita Malaysia di tangga ke-7 di dunia paling ramai melayari laman web lucah. Allahu… Terkejut saya, pahit tapi benar.

Berbalik kepada topik saya. Islam tidak melarang kita mengikut arus teknologi, Tapi ingatlah ‘Penggunaan media sosial dan teknologi itu hendaklah mengikut acuan Syara’ ”. Pasa pandangan saya, masalah yang timbul dalam hidup sewajarnya dan sewajibnya tidak perlu dikongsikan di media sosial. Ya, ia salah satu daripada cara untuk meluahkan perasaan dan hasrat dan terbuku dihati. Tetapi ia bukanlah jalan yang terbaik sepertimana yang kita sangkakan. Tidak dapat dinafikan mengikut statistik carian pengguna laman sosial yang paling ramai ‘mudah berkongsi masalah hidup’ di media sosial ialah dari kaum wanita.

Maaf saya katakan, lihat sahaja dilaman sosial, FB, Whatsapp, Twitter, ramai wanita berkongsi masalah hidupnya di laman ‘public’ sehingga mengundang pelbagai pendapat yang banyaknya lebih buruk, tidak baik dan memberi kesan negatif kepada pembaca-pembaca yang lain. Masalah kita berbeza dengan masalah orang lain. Berfikirlah dahulu sebelum kita berkongsi di media sosial. Perkongsian itu barangkali boleh ‘menghasut’ pembaca lain untuk membenci sesuatu yang tidak perlu dibenci atau mangaggap sesuatu itu buruk secara keseluruhannya tetapi pada hakikatnya ia tidak.

Tidak perlu menyalahkan pasangan masing-masing jika pasangan tidak menjadi pendengar yang baik. Sebab Allah menjadikan manusia ini berbeza-beza. Pakar juga menjelaskan, ada manusia yang suka mendengar, suka melihat, suka melakukan aktiviti dan lain-lain. Jadi, tidak semua akan jadi pendengar yang setia. Jadi tidak ada isu asyik suami sahaja yang perlu menjadi pendengar kepada luahan isteri, suami juga ada perkara yang ingin diluahkan kepada isteri tetapi caranya berbeza wanita. Sekurang-kurangnya belajar untuk menjadi pendengar yang baik kepada pasangan masing-masing. Suami dan isteri saling belajar menjadi pendengar yang baik sesama pasangan.

Ya, kita kita tidak boleh memuaskan hati semua pembaca. Pembaca berhak menilai sesuatu perkara itu mengikut kefahamannya dan kita sebagai orang yang berkongsi tidak tahu sejauh mana ilmu dan pengalaman yang dimiliki oleh orang yang memberikan pendapat tersebut. Pernahkah kita terfikir, Sesuatu perkara yang dikongsikan itu akan mengundang Dosa yang berterusan kepada diri kita?.

Para Ulama dan ustaz sangat berhati-hati dalam mengeluarkan sesuatu pendapat baik dari sudut Ukhrawi mahupun Duniawi. Kerana mereka tahu kesan baik buruknya pada masyarakat walaupun mereka mempunyai kepakaran dalam bahagian tersebut. Masakan kita sebagai manusia biasa yang banyak kekurangan dan ilmu tidak mengambil berat soal baik buruknya perkongsian sesuatu itu di media sosial.

Percayalah wahai wanita dan lelaki, berkongsi masalah hidup di media sosial lagi besar buruk dan padahnya dari kebaikan. Malah lebih banyak mendatangkan dosa ‘yang tidak diduga secara berterusan’ kepada yang berkongsi masalah tersebut.

Syirik kecil keatas sesiapa yang menduakan Allah, yakni meyakini ada jalan yang terbaik baginya untuk mengadu dan meluahkan perasaannya selain kepada Allah.

ALLAH BERPESAN;
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Al-Baqarah: 186)

Jadi ayat diatas jelas menyuruh, memerintah dan menerangkan kepada kita hanya kepada Allah tempat kita berdoa, meminta pertolongan, mengadu dan meluahkan perasaan.

Saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman saya sewaktu di Universiti dahulu. Saya didatangi oleh seorang wanita yang berminat dengan saya. Tetapi, saya menolak permintaan tersebut dengan baik kerana fokus saya ketika itu ialah ingin menumpukan kejayaan dalam pelajaran, menguruskan bisnes keluarga yang sedang berkembang maju dan memperbaiki diri sendiri dalam aspek Agama, Akhlak, dan kemahiran-kemahiran yang lain disamping sibuk dalam pembagai aktiviti di Universiti. Akhirnya, wanita tersebut dilamar oleh lelaki lain dan telah berkahwin dengan lelaki tersebut.

Namun, selepas berkahwin wanita tersebut masih menghantar pesanan ringkas pada saya menceritakan keadaan suaminya yang dianggapnya kurang ‘handsome’ dan kurang baik dari saya. Tambahan pula, kadang-kadang terlihat di ‘wall FB’ nya menceritakan masalah keluarganya.

Allahu….Haram bagi seorang wanita/isteri menceritakan keburukan suaminya pada orang lain, ustaz ustazah juga berpesan even ‘tag’ pasangan masing-masing di FB juga sudah membuka aib pasangan masing-masing dan ia Berdosa. Ramai yang sedar tapi masih buat, ‘masih berminat untuk kumpul Dosa’. Maaf, pada pandangan saya ramai wanita ‘tag’ suami/tunang masing-masing di ruangan komen FB. Apakah sudah hilang rasa bersalah mengaiabkan pasangan masing-masing?.

Berbalik pada cerita saya. Nasihat saya kepada wanita ialah;

1.Berhenti menceritakn keburukan pasangan pada orang lain.
2.Berhenti menghantar pesanan ringkas pada saya.
3.Banyakkan berdoa kepada Allah, cari Allah, dekati Allah.
4.Masalah rumahtangga berbincang dengan suami atau isteri(jika suami) terlebih dahulu, kemudian Ibubapa.
5.Usaha perbaiki diri sendiri dahulu sebelum menilai keburukan dan kelemahan pasangan.
6. Cintailah pasangan kerana Allah, baik suami kepada isteri, isteri kepada suami, masing-masing adalah Anugerah dari Allah.
7.Saling ingat mengingati sesama pasangan.
8.Cabaran yang datang dalam rumahtangga adalah ujian dari Allah.
9. Lakukan yang terbaik untuk pasangan dan keluarga, usah terlalu berharap balasan dari manusia/pasangan, kerana hakikat balasan yang hakiki ialah dari Allah sahaja.

Alhamdulillah, akhirnya wanita tersebut tidak lagi berkongsi masalahnya di FB dan bahagia bersama keluarganya. Terkadang terlihat beliau ‘post’ gambarnya bersama suami dan anak di FB. Gambar menghadiri majlis Agama dan kenduri. Bersyukur pada Allah.

ALLAH PERPESAN;
“Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi? Apakah disamping Allah ada tuhan (yang lain)?”
(An-Naml: 62)

“.. Tuhanmu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula benci kepadamu”. (Ad Dhuha:3)

Oleh itu, baik wanita mahupun lelaki, usah berkongsi masalah keluarga di laman sosial.

Jangan be’tuhankan Media sosial’ !

Ajak berbincang dengan baik sesama ahli keluarga, berbincang dengan ibubapa. Jika yang sudah berkahwin, berbincanglah dengan pasangan TERLEBIH DAHULU, ibubapa, ustaz dan ustazah dan pakar urusan rumah tangga. Perbanyakkan berdoa, istighfar, berzikir dan selawat kepada Rasulullah S.A.W. Yakinlah dengan istighfar, zikir dan selawat akan permudahkan kita dlm banyak urusan.

Jemput rahmat dan kasih sayang Allah dalam keluarga dengan menjaga Solat, membaca Al-Quran, mengikuti kelas-kelas Agama, mengadakan aktiviti Agama bersama keluarga, dan aktviti yang merapatkan silaturrahim bersama keluarga. Usah tunggu suami/isteri kita mulakan dahulu, sebaliknya kita wajib mulakan dahulu. Hanya kepada Allah kita meminta pertolongan dan hanya kepadaNya kita mengadu.

Dari Abu ‘Amr, dan ada yang mengatakan dari Abu ‘Amrah Sufyân bin ‘Abdillah Ats-Tsaqafi Radhiyallahu anhu, yang berkata :

“Aku berkata, ‘Ya Rasulullah! Katakanlah kepadaku dalam Islam sebuah perkataan yang tidak aku tanyakan kepada orang selain engkau.’ Beliau menjawab, ‘Katakanlah, ‘Aku beriman kepada Allah Azza wa Jalla,’ kemudian istiqamahlah.’”

– Hamba Allah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit