Media Sosial Mental Abusekan Aku

Ini isi hatiku bila aku tengok media sosial aku rasa nak bunuh diri.

Aku tak tahu apa masalah aku dan kenapa masalah ini terjadi pada diriku.

Walaupun aku tak bergaduh dengan orang di dunia realiti tetapi bila di media sosial aku rasa nak bunuh diri dan aku pernah kelar tangan aku dengan pisau berkali-kali. Kalau tengok tangan aku memang ada kesan kelar.

Aku pernah pergi jumpa kaunselor yang satu negeri punya program akhirnya aku disalahkan di dalam sana dan aku rasakan dia orang dalam itu dah jadi ahli syurga.

Ia mengingatkan aku balik cikgu, arwah ayah aku, mak aku, cikgu kaunselor aku dan ustaz ustazah nerakakan aku.

Aku pernah dibuli sampai jatuh parit dilanggar oleh basikal. Balik rumah kena hentam dengan arwah bapaku tanpa bertanya apa sebabnya.

Membuatkan aku rasa benci jadi seorang lelaki, berbangsa melayu dan beragama Islam di negara ini sehingga membuatkan aku ingin murtad keluar dari Islam.

Betapa rasa hinanya jadi lelaki Melayu beragama Islam di negara ini.

Arwah ayah dan mak aku pernah bercerai sambil bergaduh bakar sana sini depan aku baling pinggan pecah depan aku sampai kena muka aku.

Ini membuatkan aku berkeinginan jadi orang jahat ketika umur 18 tahun sehingga aku berhenti jadi baik semula ketika umur 21 tahun.

Aku tak tahu aku ada simptom apa.

Cuma di luar sana orang akan tengok aku ialah orang yang tenang tanpa memikirkan masalah apa. Sedangkan yang rasa sakit hanya aku sahaja tahu.

– Cari diri sendiri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Astaghfirullahal’aziim.. mngucap panjang bila baca ni.. jgn nt kta sya ‘perasan’ jd “ahli syurga” plak.. yg nk ‘decide’ org tu jd ahli syurga or neraka ialah Allah SWT, kita makhluk hanya berusaha mngikut perintah-Nya, dan menjauhi larangan-Nya.. hanya Allah shj yg tahu bgmna ikhlasnya kita dlm melaksanakn perintah-Nya.. klaw tok guru d dunia ini sekali pon, tp klaw x ikhlas kpd Allah, mngkin x dpt masuk Syurga jugak (wallahu a’lam).. kalau awk dah ada niat utk bunuh diri atau ‘murtad’, baik lah awk pergi berjumpa org profesional dlm mnangani masalah awk, (selain mngadu kpd Allah)..sbb mngkin kmi di sini pon x dpt membantu sepenuhnya, sbb x kenal secara bersemuka.. pd pendapat sya, tidak ckup stakat awk hanya bertemu ‘kaunselor’, sebaliknya awk perlu berjumpa pakar psikatri (medical), utk mendapatkn rawatan yg mnyeluruh.. mngkin juga tindakan awk berkaitan dgn ‘trauma’ masa silam awak.. cuba berfikir secara tenang (bkn hanya nmpak ‘tenang’), klaw awk bunuh diri or kluar islam skali pon, apa ‘benefit’ yg awk dpt, malah awk akn rugi di dunia dan d Akhirat sana.. kalw stakat awk ‘rugi’ di dunia skali pon, awk masih punya Allah SWT utk awk mngadu & mnyerahkan kpd Allah utk mnentukan segala2nya.., cuba lihat d mna2, ada je org yg lbh malang nasibnya dpd awk, tp masih ‘bertahan’ dgn taqdir-Nya, infact masih lg kuat berusaha utk menjadi yg lbh baik.. baliklah ke ‘pangkal jln’, semuanya masih belom terlambat, Allah baru uji sedikit kpd hamba-Nya d dunia ini, sedangkn ujian d Akhirat (akibat keingkaran kita sbg makhluk & khalifah d dunia ini), adalah jauh lebih besar & susah lg.. so fikir2kan lah..
    – dari hamba yg dhaif lg berdosa..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *