Medical Insurance

Isu ini agak sensitif dan mengundung ketidak puasan hati para agen insurance. Dahulu aku Dapat gaji sahaja aku dah divide perbelanjaan untuk aku, ibu bapa aku, keluardan dan saving. Saving ni aku pecahkan, saving untuk haji/umrah, beli rumah, kereta, pesaraan, kesihatan, kahwin dan pelaburan (3 jenis pelaburan).

Saving RM300 untuk medical sahaja. Bila sakit aku boleh guna. Aku buat saving ni sejak aku belajar di IPTA lagi. Aku kerja sambil belajar. Dalam tempoh tersebut memang banyak la aku saving. Aku orang sederhana sahaja tapi aku di ajar untuk berdikari oleh arwah ayah aku sejak kecil. Memang sangat berguna.

Aku terjebak untuk membeli medical insurance disebabkan oleh cukai LHDN yang sangat tinggi bagi orang bujang macam aku. Jadi bila ambil medical nie boleh la aku kurangkan cukai LHDN aku. Orang ingat orang bujang tak ada benda nak tanggung ke? Banyak tau… sakit hati aku.

Kami orang bujang semalaya ni baik lelaki atau perempuan kami banyak benda nak kena bayar untuk keluarga. Disebabkan komitment ni la aku takut nak kahwin. Lebih-lebih lagi banyak kes biawak hidup. Lagi la aku menyampah nak ada komitmen.

Aku sebenarnya malas nak ambil insurance ni sebab rata-rata kawan aku semua nya merungut mengenai insurance ni. Rata-ratanya membuat kesimpulan lebih baik menyimpan sendiri untuk medical.

Mulanya aku pandang sepi je. Malas nak ambil pusing. Tapi 2019 siapa sangka aku disahkan mempunyai penyakit yang rare. Bukan kanser. Kalau kanser tue ok jugak boleh aku guna insurance aku (hahahha). Kisah bermula bila aku nak claim insurance untuk proses pembelian alat bagi penyakit aku nie. Bagi insurance ia jatuh pada kosmetik.

Masa ni aku rasa terduduk, mana nak dapat RM15K in month. Aku ingat dengan medical insurance yang aku bayar RM300 lebih per month boleh la cover. Masa ni aku sedih giler. Kau bayangkan dengan pembayaran RM300 lebih per month tapi kau tak boleh pakai duit tue pun. Bila aku nak terminate. Agen aku kata cash value tinggi. Lepas kira-kira. Tak setimpal dengan apa yang aku bayar dalam setahun. Itu aku kira kasar setahun.

Bagi pengetahuan korang aku dah langgan medical insurance nie lebih daripada 5 tahun. Bermaksud aku dah paid more than 15k. Masa nie aku rasa lebih baik aku simpan untuk medical aku sendiri sebab bila emergency yang melibatkan medical aku boleh pakai. Kalau insurance, putih mata je la kau. Nasib baik dulu aku ada saving untuk medical aku secara cash sebelum ambil insurance, jadinya kau pakai la duit tue. Walaupun dah pakai still ada balance “Alhamdulillah”.

Kedua penyakit rare insurance tak cover. Aku tertekan, bukan pasal isu insurance sahaja, tapi support. Penyakit rare nie tak ada support daripada NGO. Jadi kau kena jadi “independent”. Aku rasa ada orang pernah confess pasal penyakit rare ni. Kerajaan tak pernah pantau, lebih-lebih lagi bila kerajaan bagi kebebasan pihak swasta untuk menetapkan harga ubat dan harga bagi consultant doktor.

Start 2019 harga insurance tiba-tiba sahaja naik. Oleh itu aku kena bayar almost RM400. Aku dah tak rasa berbaloi untuk aku paid. Terlalu tinggi dan tiada benefits untuk aku. Aku tak boleh nak buat dua kerja sehari disebabkan penyakit aku ni akan menjejaskan lagi tahap kesihatan aku.

Dekat sini aku tak rasa kerajaan mengambil kira harga insurance sebulan berapa. Tiada lagi menteri yang isukan pasal insurance ni. Bukan aku nak politikan isu medical insurance nie tapi aku lihat isu ni lebih menguntungkan pihak insurance. Bila aku pergi hospital, ramai juga yang ada masalah dengan insurance.

Ketiga, dengan medical insurance ni kau tak boleh downgrade. Kau hanya boleh upgrade package sahaja. Aku rasa ini bukan melibatkan insurance sahaja tapi pelbagai services. Sekarang ni aku rasa nak terminate sahaja medical insurance nie. Memang sayang tapi bila aku fikir, penyakit aku pun tak dicover insurance baik aku saving sendiri.

Bila aku nak terminate, macam-macam pula pihak agen nak buat. Kurangkan value saving lah. Di sini aku merasakan adalah lebih baik kita uruskan sendiri kewangan medical kita compare kita ambil medical insurance.

Bila kau rendahkan value saving kau.. bertambah rendah lah simpanan kau. Masih lagi kau tak boleh guna 100% medical insurance kau tue. Kau akan rasa berbaloi kalau boleh guna medical insurance kau tue. Pihak agen aku siap suruh ambil insurance lain. Medical insurance tapi syarikat yang berlainan. Dorang ingat aku nie banyak duit sangat ke? Geram pulak aku.

Pendapat peribadi aku dengan keadaan ekonomi yang merundum nak bayar insurance RM300 sebulan sangat berat. Kau juga akan rasa terkilan, yelah kau bayar RM300 lebih per month tapi kau tak boleh guna. Contoh kes macam aku. Jadi korang kalau nak ambil insurance hati-hati. Mungkin kau boleh guna formula nie.

Katakan kau mampu untuk saving RM300 per month. Kau jangan ambil insurance RM300 per month tapi kau ambil yang rendah je. Maksudnya, RM150 untuk cash saving medical yang kau urus sendiri, dan RM150 balance tue baru kau ambil medical insurance. Itu lebih selamat. Aku lihat medical insurance nie ada pro and crons.

Please korang jangan percaya untuk insurance yang kata islamic. Aku dah terkena.. Agen aku pun tak membantu sangat sebab aku kena urus sendiri, form dan prosedur pun aku kena buat sendiri. Bila call agen, macam – macam alasan bagi. Tapi bila kau cakap nak terminate, mengelabah pula..

– Ena (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *