Mekap & Tudung

Assalamualaikum.. Terima kasih dekat admin kalau approve post ni.

Aku ni tak ada la pandai agama. Tapi sekadar nak share. Kalau aku salah, betulkan lah ye. Aku nak cerita pasal berhias bagi perempuan2 zaman sekarang.

Mula2 pasal make up. Setahu aku lah kan. Kita tak boleh nak make up selain untuk suami. Sekadar bedak sikit untuk tak nak nampak selekeh tu boleh lah. Tapi maksud aku make up yang guna contour2 ni. Yang guna eye shadow bagai. Aku perempuan. Dan aku tak nafikan yang aku sendiri suka tengok orang make up. Sebab hasilnya kita akan jadi lawa. Correct me if I am wrong. Dosa kalau kita buat lelaki ajnabi terpegun tengok muka kita yang cantik kerana make up tu. Ada make up nak bagi mata nampak besar lah. Ada nak bagi bibir nampak penuh lah. Ada nak bagi cheekbones nampak cun lah. Haih. Bagi aku tak payah kot. Sebab aku rasa perempuan ni cantik dah seadanya.

Kedua pasal tudung. Aku tengok sekarang. Tudung kemain singkat. Lagi2 yang bawal satin tu. Sekadar tutup rambut dan leher sahaja. Tak paham aku. Tu yang paling parah kot. Yang kurang parah, pakai tudung bawal bidang 45, tarik tegang2 pin kat bahu. Sah2 tudung tu tak tutup dada betul2. Yang pakai shawl sama je. Tak labuh tutup dada. Oh mai. Aku yang perempuan ni pun malu. Aku still. Pakai bawal 45 tu tp aku labuhkan masa pin tu. Yang pengeluar tudung tu pun satu. Elok2 dapat pahala sebab keluarkan tudung untuk menutup aurat, terus dapat dosa sebab keluarkan tudung yang tak patuh syariah.

Macam aku cakap awal2 tadi. Aku bukan orang pandai agama tau. Aku ni biasa2 je. Tapi aku jenis yang malu kalau jalan2 dekat luar, pastu lelaki tengok. Tapi aku tengok zaman sekarang ni, kebanyaknnya perempuan akan keluar memang nak tarik perhatian lelaki. Aku cakap kebanyaknnya ye. Bukan semua. Sebab kawan2 aku macam aku. Malu.

Aku taip cerita ni dekat sini sebab page ni banyak pembacanya. Harap2 sampailah nasihat aku ni. Kalau aku salah, betulkan ye. Peace.

– Kak Qiah

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit