Abang kena terima hakikat. Zaman sudah berubah. Abang kena buang ego dalam tong sampah minda yang kolot.
Abang tidak boleh lagi setia dalam kerja-kerja rekaan grafik. Abang kena belajar untuk jadi manusia yang curang.
Masa inilah Abang nak menggunakan kemahiran menyunting video yang Abang bertapa di Sarawak 15 tahun yang lalu.
Dan baru Abang sedar tentang satu hal. Walaupun sudah masuk Revolusi perindustrian 4, industri penulisan masih bernyawa seperti biasa.
Cuma yang terkesan mungkin dunia pencetak fizikal yang berskala kecil.
Beberapa bulan kebelakangan ni, Abang perhatikan golongan pembaca konten di media sosial semakin ramai. Bukannya tak ada seperti ianya digembar gemburkan segelintir pihak.
“Anak muda malas membaca.”
Mungkin yang cakap anak muda malas membaca adalah spesis macam kau dan Abang. Beli buku banyak, tapi nak habiskan satu buku, masya Allah rasa macam ada batu-bata atas kepala.
Oh peringatan manja,
Jika benar, masyarakat Malaysia tidak ramai suka membaca, mana mungkin tiap minggu, IIUM Confessions dan penerbit digital fiksyen yang mengeluarkan cerita yang mempunyai tema berbeza tiap minggu.
Mungkin kau terlupa. Tok guru kau pun mengeluarkan E-Book, cara-cara mahu menambah pendapatan bulanan untuk membantu isi rumah. Walhal Tok guru kau pun terdesak tak ada sumber pendapatan tetap.
Tak payah nak berdustalah. Pasca Covid 19, ramai kehilangan sumber punca pendapatan. Terimalah kenyataan. Telan je air liur.
Kau sedar tak? Tak nampak. Tak apa. Sebab kau pun macam Abang. Suka baca cerita yang selongkar kain dalam selebriti televisi dan media sosial.
Sebab itu bila ada berlaku krisis rumahtangga yang pasangannya curang, dah kau bersangka buruk dengan pasangan kau.
Takan kau tak perasan.
Kau nampak tak? Penggunaan media sosial / Revolusi Perindustrian 4.0 ini ada pro dan kontra. Bukannya buruk semata-mata je.
Kau jangan sampai Abang buka kisah pasal Saidina Umar bertanya dengan para sahabatnya mengenai bangkai unta di padang pasir.
Risau. Kau terpanggil Abang, Ustaz pulak.
Nampak?
Tak nampak lagi. Tak apa. Abang pun macam kau. Bila dah tidur meracau baru Abang tersedar.
“Aku kena ikut revolusi. Bukannya kekal mempertahankan ego yang mencengkam telor sendiri. Senak woi.”
Ada berminat nak upah Abang?
Tak ada?
Tak apa. Kau jangan terkejut pulak selepas ini Abang menawarkan servis luar daripada bidang Graphic Design.
Tiba-tiba satu hari kau terbaca Abang merebiu tempat menarik yang boleh dikunjungi di Danok.
Macam Abang cakap. Ini zaman industri bergantung pada robot. Nak tak nak, Abang kena juga berskandal dengan robot.
Abang dengar cerita. Ayam sekarang pun kalau nak beli, tak payah susah payah pergi Chowkit Road atau Danok.
Zaman mendapatkan ayam bergetah di Paris of Malaya sudah berakhir.
Ok lah, Abang punya tangki minyak Myvi pun dah penuh ni.
Kau ingat tu pesan Abang, sekarang zaman di hujung jari. Jangan disebabkan kedekut untuk mengupah orang membuat konten di media sosial, kau pun mereput macam sepit udang basikal BMX Abang.
Balik rumah nanti, kau pandanglah wajah anak-anak kau. Automatik kepala kau akan rasa dilastik. Sakit woi.
Gerak dulu. Apa-apa rojer.
“Alamak, ada Abang Rider Misi lah.”
Chowz!
–
–
–
Idea ini tercetus apabila salah seorang pengguna IIUM Confession menyedarkan saya tentang belajar berdamai dengan takdir. Ini masanya untuk kita mengekplorasi kemahiran dan kekuatan yang ada.
Dan pada akhirnya saya mula belajar untuk beramas mesra dengan teknologi 4.0
Terima kasih Admin kerana sudi mengeluarkan curahan hati bertajuk, ‘Aku Bukan Penganggur’ (https://iiumc.com/aku-bukan-penganggur/).
– Taufix Skilo (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit