Melawan atau Undur Diri

Pertama sekali terima kasih sebab siarkan confession aku ini. Pendek cerita kisah aku nie pasal kerja aku dan situasi tempat kerja aku. Berkerja di salah sebuah badan berkanun bagi negeri mana mungkin tidak perlu aku beritahu. Aku bermula sebagai pekerja sambilan harian dan dijadikan rezeki aku ditawarkan kerja sebagai kerani setelah ditemuduga.

Kemudian kerana kepercayaan bos aku, dia syorkan aku untuk jawatan pembantu dia tetapi aku temuduga dahulu. Tak ada cable, tak ada ampu. Kau duduk satu pejabat dengan aku baru kau tahu macam mana cara dan beban kerja aku. Bos orang lain mungkin senang ampu, tapi bukan bos aku.

Kisah aku bermula bila aku dinaikkan pangkat sebagai pembantu dia. Mungkin orang yang bekerja dengan pejabat-pejabat kerajaan tahu sangat bila ada isu tak puas hati mesti banyak masalah akan timbul selepas itu. Aku bekerja dalam unit kewangan dan dijadikan cerita bos ade dua orang. Membezakan bos dua orang nie cuma dari segi seorang senior (tapi umur muda) dan junior (tapi lagi tua), pangkat mereka sama sahaja. Untuk pengetahuan semua, dua bos ini perempuan.

Kisah aku bermula apabila dari zaman aku mula bekerja sehingga aku ditawarkan pangkat sekarang, aku duduk di bawah selian bos A. Bos A aku nie cerewet tapi sangat senang berkongsi pengalaman dan pengetahuan dia. Bos B pula seorang yang baik bagi aku tapi sebab dipengaruhi oleh rakan- rakan dan selaku pembantu dia menyebabkan dia berubah 360°. Pada waktu dulu aku sangat hormat pada dia. Tapi segalanya berubah setelah apa aku hadapi selama beberapa bulan selepas aku menerima jawatan baru aku sekarang.

Selama 2 bulan lebih aku berada dalam keadaan yang sangat tertekan kerana pada peringkat permulaan aku dilantik di bawah seliaan bos A.Untuk pengetahuan semua, bos A dan bos B tidak pernah sebulu. Dalam mesyuarat mesti bertekak mempertahankan keputusan masing-masing, pendek kata memang tidak akan sehaluan. Bos B aku nie dibantu oleh dua orang pembantu dan hubungan yang terlampau baik menyebabkan konsep ‘bos’ dan ‘anak buah’ tidak wujud lagi bagi aku. Segala keputusan juga akan dipengaruhi oleh pembantu beliau.

Hendak dijadikan cerita, Bos B dan salah seorang pembantu beliau mahu menyerahkan kerja mereka selama ini kepada bos A tetapi menggunakan aku sebagai titik permulaan. Keputusan di dalam mesyuarat dinafikan sehinggakan minit mesyuarat diubah bagi memenuhi kehendak mereka. Secara logik, kalau kerja tu diselia dengan baik, sudah tentu mereka tidak akan terfikir untuk menyerahkan kerja berkenaan.

Namun, sejak kerja berkenaan menimbulkan isu-isu besar seperti salah laku. Mereka seakan mahu melarikan diri dari tanggungjawab berkenaan. Oleh itu, mereka membuat pelbagai cara bagi memastikan kerja berkenaan jatuh kepada aku seperti menimbulkan isu berkenaan di dalam mesyuarat membuat seperti aku ingkar dengan keputusan yang telah diputuskan dan mengeluarkan surat arahan yang tidak mengikut prosedur yang betul. Walhal kerja berkenaan ketika itu masih dalam perbincangan sama ada menjadi kerja aku atau tidak.

Menambahkan lagi aku semakin tertekan apabila aku berbincang dengan bahagian HR jabatan aku. Pada peringkat permulaan aku percaya dengan bos HR dan mengharapkan dia boleh membantu, tetapi sebaliknya terjadi. Keadaan aku menjadi lebih teruk apabila pihak tertinggi jabatan aku memutuskan aku duduk di bawah seliaan bos B dan kerja berkenaan juga menjadi salah satu tugas aku. Pada mula aku sedih jugak sebab bertukar bos, tetapi aku cuba positif dengan keputusan tersebut.

Namun segalanya berubah, apabila bos B aku seakan melepas tangan semua kerja yang aku kena buat itu. Dia hanya memberi arahan untuk menyelesaikan, setiap perkara yang dirujuk kepada beliau juga apabila aku minta dia ‘sign’ untuk pengesahan beliau tidak mahu lakukan. Sehingga sekarang dah berbulan aku bekerja, aku masih tiada senarai kerja secara hitam putih.

Pembantu beliau juga seperti acuh tak acuh sahaja untuk bekerjasama dengan aku. Hati mana yang gembira apabila diperlakukan begitu. Namun aku tahu segalanya berpunca disebabkan aku pernah duduk di bawah seliaan bos A. Setiap hari mood nak bekerja dah tiada, aku lebih banyak mendiamkan diri, kadang-kadang waktu aku drive aku harap aku accident, menangis jangan cakaplar dah kering air mata rasanya.

Baru-baru ini kerja aku dipersoalkan kenapa tempoh masa untuk aku siapakan kerja lama dan pending lama pada aku. Walhal jika pending kerja diperingkat beliau atau pembantu beliau tetap pekerja bawahan dipersalahkan. Mujurlah aku catat yang aku banyak cuti waktu tu. Cuti pun setiap bulan ada sahaja sebab banyak kali aku tak sihat dan sebab mood kerja hilang. Waktu dulu boleh dikatakan aku antara pekerja yang jarang bercuti. Tapi sekarang segalanya berubah.

Kerja kosong memang banyak tempat aku mohon. Keluarga aku pun tahu keadaan aku sekarang. Kawan-kawan yang rapat tahu keadaan aku dan selalu suruh aku bersabar. Tapi satu perkara yang aku bersyukur apabila aku diuji sebegini, aku menjadi sangat rapat dengan Allah, aku jadi seorang yang sangat pentingkan keluarga dari segalanya dan aku ditunjukkan rakan yang baik atau tikam aku dari belakang. Kadang-kadang aku down sangat sampai tak tahu nak handle, kadang-kadang aku okey. Tapi tak kekal lama okey aku tu selagi aku dilayan teruk macam nie.

Bos A aku sentiasa memberi aku cadangan untuk aku pertahankan diri aku. Dia sentiasa bagi tahu aku untuk bertindak dengan bijak. Tapi sampai bila aku harus bersabarkan ? Kerja yang bermasalah tersebut juga aku tak boleh nak buat sebab tidak tahu mahu memulakan dari mana. Kerja tersebut bersangkut paut dengan kerja yang dah 3 tahun lalu. Dengan bos B aku layan aku macam tu, pembantu dia yang tinggalkan kerja tertunggak dan aku seperti mencuci ‘tahi’ beliau. Aku cuba untuk faham kerja berkenaan tetapi tidak boleh. Kadang tu aku rasa macam mereka mahu jadikan aku ‘kambing hitam’ jika masalah timbul selepas ini.

Jujurnya aku sedang menunggu tindakan susulan dari pihak tertinggi jabatan kerana aku memaklumkan hal ini kepada mereka. Tetapi aku masih berasa takut jika keputusan yang dibuat menyebabkan aku juga menjadi mangsa keadaan. Walau bagaimanapun, aku dah usaha yang terbaik untuk jabatan aku.

Aku sayang jabatan aku mencari rezeki ini. Terlalu banyak kenangan manis dan yang ini paling pahit aku terima. Namun aku pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini. Aku pun tak tahu tindakan apa yang terbaik, melawan balik apa yang mereka lakukan pada aku atau aku berhenti dan cari kerja lain?

Panjang woii aku karang. Tolonglah bagi aku kata-kata semangat. Mungkin korang pernah hadap situasi aku. Bagi pendapat korang sikit.. Thank you iiumc kalau korang post confession aku nie..

– Miss C

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *