Terima kasih sama admin. Untuk makluman abang-abang dan kakak-kakak, saya melayu non muslim tapi sedang belajar tentang Islam. Saya berminat juga.
Tajuk saya mungkin membuatkan abang-abang dan kakak-kakak berasa marah. Saya minta maaf ya. Saya mahu tegur. Itulah kenyataan. Saya cakap macam itu sebab yang saya nampak kebanyakan orang melayu yang majoritinya beragama Islam mudah berkata-kata atau membuat tindakan tanpa berfikir terlebih dahulu.
Contohnya dalam perniagaan, kenapa perlu kamu menjatuhkan perniagaan orang lain? Nampak orang lain maju terus kamu fitnah, bomoh dan sebagainya. Sedangkan yang berniaga itu orang yang sebangsa dan seagama dengan kamu. Dalam al quran pun ada berkata ,“Tetapi mereka telah mendustakan ( tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96. Tak baca ke? Tak yakin ke dengan Tuhan kamu? Tak takut ke dengan hukuman Tuhan kamu?
Tak salah kalau ada timbul rasa iri hati kita manusia biasa juga, tapi tindakan kamu selepas tu yang menentukan. Daripada kamu jatuhkan orang lain alangkah bagus jika kamu cuba buat yang lebih baik dari orang itu. Belajarlah ilmu-ilmu perniagaan. Ilmu itukan luas. Perniagaan kamu pun semakin maju dan rezeki pun bertambah. Bersainglah secara sihat ya.
Seterusnya, kalau ada kawan-kawan atau keluarga kamu yang beritahu dia sakit, cubalah bantu dia. Contohnya ada kawan yang beritahu dia ada depression, janganlah kamu hentam sama kawan kamu. Tak kisah la sesiapa pun, perlu ke kamu hentam sama dia? Depression kan sejenis sakit juga. Suruh la dia berjumpa doktor. Dia juga boleh dapat rawatan yang sepatutnya. Kalau dia bukan depression sekalipun sekurang-kurangnya dia pun dapat tahu. Mungkin dia tertekan atau stress ke. Kalau kamu hentam lagilah dia stress. Tak nak membantu tak apa tapi tak perlulah hentam.
Kamu janganlah cakap dia mengada, manja, besarkan benda kecil. Kamu tak rasa apa yang dia rasakan. Kalau dia cakap dia rasa sakit jantung, kamu cakap dia mengada juga ke? Manja? Benda kecil pun mau besarkan ke? Mestilah kamu suruh dia jumpa dengan doktor sebab dia sakit. Depression juga sakit mintalah jumpa dengan doktor. Abang-abang dan kakak-kakak bantulah ya. Hentilah budaya hentam-hentam ni. Tak mahu bantu diam-diam saja kamu situ.
Saya harap abang-abang dan kakak-kakak bolehlah fikir-fikirkan apa yang saya katakan. Kalau tidak macam mana saya mahu yakin dengan agama Islam. Saya minta maaf kalau saya kasar-kasar. Niat saya cuma mahu yang baik-baik. Saya juga manusia biasa. Maafkan saya ya.
– Melayu Non Muslim
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit