Assalamualaikum dan hai. Aku kenalkan diri aku Joni. Aku anak perempuan tunggal, ada sorang abg dan sorang adik lelaki. Umur aku 21 dan sekarang berada di final year as a degree student. Apa yang nak aku confesskan lebih kurang macam cerita Mus dan keluarga aku jugak berasal dari Perak. Tapi yang aku nak cerita bukan pasal sejarah keturunan aku tapi lebih kepada kisah adik beradik, harta dan juga ayah aku.
Firstly, sorry sebab susunan cerita aku tunggang-langgang. I’m not good in writing. Actually aku sendiri pun tak tahu nak start dari mana. Dah lama aku nak tulis sebenarnya dari Selepas lepas, tapi memandangkan hectic dengan assignment yang nak kena submit, FYP, and presentation, aku terpaksa hold dulu. Yeah sekarang baru dapat tulis. Anyway tolong doakan aku sekali next week aku final exam. Okay, dari aku melalut panjang2, jom aku mulakan.
Ayah aku ada 8 beradik (2 lelaki, 6 perempuan). Yang sulong pak long aku pun dah umur 70++ dan ayah anak ke 5 berumur 50 an. Adik-beradik ayah aku ni boleh dikatakan educated jugak la. Ayah aku dulu seorang engineer kerja kat Singapore tapi dipanggil balik kampong oleh atuk untuk uruskan kebun dan ternakan memandangkan pak long aku seorang cikgu. Dari seorang engineer ayah jadi seorang petani biasa yg pergi kebun naik motor Honda c70. Ayah aku balik pun sebab nak jaga nenek yang kena penyakit misteri and at the same time dijodohkan dgn mak. Nenek aku pun dah lama meninggal dalam tahun 1992-1993 cam tu. Al-fatihah.
Aku dari kecik duduk kat rumah pusaka atuk aku. Lepas nenek meninggal, atuk kahwin lain dan menetap di tempat lain. Satu hari atuk sakit dan adik beradik lain mintak dia balik kampong, senang sikit ayah aku nak jaga katanya. Tapi masalahnya, ada beberapa adik beradik lain tak setuju ayah aku duduk lagi kat situ sbb atuk dah balik kampong, so bagi la atuk duduk di rumah dia sendiri. Dan demi keselesaan keluarga, ayah cari rumah sewa lain walau rumah atuk tu besar jugak laa, dua tingkat. Kami pun berpindah, waktu tu umur aku 6 tahun tak silap. Berbalik pada cerita tadi, aku tengok tiap2 hari ayah akan datang melawat atuk. Adik beradik lain raya je balik sbb semuanya perempuan kena ikut suami. Paklong pulak duduk sekampung tapi ada la datang sekali sekala mungkin sibuk dengan tugasnya. Actually, atuk aku nii pernah jadi ketua kampong kat situ, lepas tak beberapa lama kemudian dalam 10-20 tahun cam tu pak long aku pulak naik jadi ketua kampong. Waktu tu atuk pun still hidup lagi.
Atuk aku ni dikira berharta la jugak. Tanah dia merata2. Rumah pusaka atuk yang aku duduk sekarang ni luasnya lebih kurang 4 hektar. Bayangkan waktu tahun 80-an ada Cina nak beli tanah atuk kat Johor dgn harga 1 juta, tapi atuk tolak. Dan kalau korang nak tahu laman rumah pusaka ni saja lebih kurang macam padang bola. Rumah ni jugak kaya dgn naskah2 lama, contonya, majalah Neracha, al-Imam, Utusan Malaya, dll. Serius aku tak tipu, dgn tulisan jawi dan penulisan2 lama, terkial2 aku nak membaca. Baju2 lama, baju kebaya jahitan tangan, dll. Selain tu, ada jugak duit2 lama, gambar2, dan tak lupa ada keris dan parang tinggalan atuk. Elok tersimpan dalam almari antik .. Buku waktu ayah aku study dulu pun ada. Aku yang mmg minat dgn sejarah selalu bukak almari tu untuk baca2 naskah, tengok duit2 tu dan lain2. Pernah ada sepupu aku yang jadi mental(gila) sampai dia tanam tasbih2 arwah atuk kat pokok kemboja sbb usik2 almari antik. Tapi sekarang dia dah okay sikit walaupun tak sepenuhnya. Ada jugak sepupu nak ambik keris untuk berubat, tapi ayah tak bagi. Aku pulak ada simpan naskah Quran dan tasbih atuk, design dia sangat rare kot. Tasbih tu aku sentiasa gunakan. Pergi mana2 tak pernah tinggal. Ni jela pahala yg aku dapat kirimkan kat atuk. Sbb aku sangat rapat dgn atuk, dia meninggal pun waktu aku darjah 2, umur dia tak silap waktu tu dah 80 lebih. Kalau korang nak tahu, waktu atuk meninggal rumah ni macam kenduri kahwin. Punya ramai orang. Siap org tersilap rumah lagi, datang terus sembahyangkan jenazah atuk.
Berbalik pada harta atuk, waktu atuk masih hidup, atuk makan sorang2 je hasil dari harta dia, ayah aku kira macam kerja dgn bapak dia sendiri la. Tiap2 bulan bagi duit hasil kat atuk, and ada laa gaji yang atuk bagi kat ayah. Tapi atuk aku ni tak de la kedekut. Rajin sedekah, mengaji, zikir. Senang kata mmg baiklah. Tapi lepas atuk meninggal, ayah sorang2 uruskan kebun2 and duit hasil bagi kat pak long. Cukup tahun pak long bahagi sama rata adik beradik. Mungkin sebab paklong simpan lama sangat kot duit2 tu, adik beradik lain kata ayah makan sorang harta2 atuk. Fyi, atuk dh meninggal hampir 13++ tahun, tapi harta pusaka still tak settle2. Yg parahnya ayah aku, adik-beradik perempuan dok sibuk tanya ayah pasal harta atuk, sbb ayah aku je yang tahu pasal geran2 tanah, dan duit hasil dari kebun, padahal tiap2 bulan dah bagi kat paklong. Cuma paklong simpan sampai cukup setahun baru bahagi kat adik2. Tapi tu la lama sangat die simpan, ada adik beradik yg curious kot paklong “cukai” sikit dari duit hasil tu.
Lepas dua org makcik aku meninggal, baru harta2 ni settle sepenuhnya. Ade sepupu aku yg marah kat paklong sbb katanya mak mereka tak sempat nak rasa harta atuk. Kenapa dari dulu tak bahagi awal2. Makcik aku yang sorang ni baru je meninggal tahun ni. Lepas tu adik-beradik lain terus desak paklong untuk uruskan cepat hal harta ni sebelum lebih ramai ada adik beradik yang meninggal. Yelah masing2 pun dah semakin tua, yang bongsu pun dah 45. Bila naik mahkamah, baru terbuka rahsia rupa2nya ada tanah atuk yang dah ditukar kepada nama anak paklong tanpa pengetahuan semua. Hmm sebagai gantian, paklong decide untuk beli tanah tersebut, tapi malangnya dgn harga yang sangat tidak berbaloi.
Memandangkan rumah ni dapat kat ayah, semua adik-beradik kumpul kat rumah kami. Adik-beradik perempuan lain mula bersuara mempertikaikan tindakan paklong. Waktu dulu, tanah tu dusun durian, time musim durian, ayah akan call adik-beradik untuk balik makan durian, tak pun ayah yg hantar kat rumah mereka dan ada sekali sekala sedekah kat jiran. Tapi sekarang tanah tu tiada lagi hasil yang dapat bagi pahala kat atuk..Tiba2 ayah bersuara, “menitik jugak laa air mata aku, sampai hati abg buat cam tu kat aku, dapat rumah, tapi tak bagi ladang, nak bagi anak bini aku makan apa? Perlu ke aku cari kerja lain, sedangkan ayah kita banyak tanah? Aku bukan nak ungkit ke apa, padahal waktu dia sibuk dgn kerja dia, aku dengan abah(atuk) yang pi tanam benih2 pokok, jaga ladang, dia(paklong) waktu abah(atuk) sakit ade dia mai tengok?”, ayah aku cuba mengawal intonasi, adik-beradik lain sudah tertunduk, satu rumah menjadi hening. Paklong aku ni jugak imam masjid, so kira tau agama jugak lah. So ayah aku kata lagi, “kenapa pasal pembahagian harta ni dia tak ikut hukum faraid, padahal dia abg sulong, dan tahu agama, tapi dia buat pembahagian sama rata, sampai kita pun tak tahu.” Paklong aku mmg menggunakan kuasa veto sepenuhnya. Fyi, ikut perancangan tapak rumah ni d bahagi dua dgn makcik aku. Ayah aku betul2 dapat rumah ni je, tanah2 yang lain ade yg paklong dah beli and tukar nama kepada nama kepada anak dia.
Tanpa pengetahuan ayah, adik-beradik perempuan berkeras mintak kat paklong bagi tanah ladang kat ayah. Oleh sebab kuasa majority, paklong mengalah. Tanah yg aku cerita ada org nak beli 1 juta tu, dibahagi kepada dua org makcik aku. Tapi mereka telah menjualnya dgn harga 1.5 juta. Lepas proses pembahagian harta, banyak tanah2 atuk yang dah dijual oleh makcik2. Paklong hartanya dh dibahagi kepada anak2. Ayah pulak masih stay duduk di rumah pusaka dan tiap2 bulan makan hasil dari ladang kelapa sawit dan getah tu. Kiranya ayah aku masih menjaga harta atuk dari terlepas ke tangan org lain. Aku bersyukur jugak sbb rumah ni dapat kat ayah, sbb aku dibesarkan di rumah ni, dan banyak kenangan2an, dan perkara2 lama kat rumah ni. Belakang rumah ada kebun getah, kelapa sawit dan dusun buah2. So ayah aku kerja dia flexible, motong belakang rumah, mesin rumput, urus kebun2. Bila boring dia pergi mancing. Aku seronok tengok ayah, asalkan dia happy, aku pun happy, yelah dh nak dikira warga emas.
*******************************************************************************************************************************Last part,ni cerita aku dgn ayah. Sorry kalau lari mode sikit.
Aku ni boleh dikatakan anak ayah jugak la. Aku selalu ikut ayah motong getah, tebas rumput, kait kelapa sawit, kait rambutan, jaga lembu, ikut ayah pergi mengopi dan lain-lain. Aku jugak pernah tengok macam mana ayah aku basuh najis atuk. Walaupun aku masih budak2, tapi aku paham. At one side aku bangga dengan ayah, serba boleh. Boleh bertukang, boleh repair kenderaan, mahir pertanian, wayering rumah, dan mahir bidang perpaipan. Aku cakap camtu bukan nak berbangga ke apa, tapi semua bidang tu aku boleh kata ayah aku professional lah. Kalau org kampng ada masalah kenderaan, kadang panggil ayah aku, bukan repair biasa2 je sampai overhaul enjin pun boleh, serius talk aku rasa ayah aku boleh bukak bengkel. Kalau ada paip rumah org kampong rosak pun panggil ayah, aku ingat semua org tahu la repair. Rupanya tak. Part ni aku panggil suka ikut, sebab kalau tuan rumah bg upah, ayah aku tak ambik, tuan rumah bagi kat aku. Hehe. Tu je la aku nak cerita pasal ayah aku, cerita banyak2 kang org menyampah pulak. Lagi satu aku nak cerita, ayah aku ini dah macam cikgu kat rumah. Serius aku bangga dgn ayah dan mak yg dh berjaya mendidik kami adik-beradik. Seimbang kedua2, ilmu dunia dan akhirat. Aku akui bila dah masuk universiti dan berjauhan dari parents, terdedah kepada macam2 anasir. Dari situ aku mula menguatkan jati diri dan mendalami ilmu. Sebab bagi aku, kemana kita pergi kita bawa maruah keluarga, tambah2 lagi anak perempuan. Betullah org kata, kalau kita berbuat baik pada ibu bapa, anak2 kita jugak akan berbuat baik pada kita. Mak sendiri pernah cakap kat aku, “syukur anak mama ni semua senang dijaga”. Abg aku pun dh berkahwin, dah Alhamdulillah maju dalam bisnis nya, aku pulak baru nak kenal asam garam hidup, adik aku umur 19 insyaallah akan melanjutkan study kat India dalam bidang yg dia minat. *sorry dh ada org cop adik aku ni, hihihi* Mungkin ni balasan Allah untuk ayah yg dh berbakti kepada kedua org tuanya dan untuk mak yang tak pernah merungut bila ayah kurang masa dgn anak2 bila sibuk menguruskan ibu bapanya.
Bagi aku, bila kita sedar asal usul dan sejarah bangsa, kita tak mudah lupa daratan. Semangat kita semakin berkobar-kobar, makin hari makin kuat jati diri. Datuk nenek kita dulu sememangnya kaya dan terkemuka. Tapi mengapa kini maruah tergadai, tanah terjual, tindakan lemah gemalai? Kerana harta, hilang adab dan santunnya, kerana nafsu meraja di dada, haruan makan anaknya. Sampai bilakah ini semua? Tepuk dada, tanyalah jiwa mahu yang bagaimana.
Wassalam,
Joni :)
– Joni
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit