Melayu Liberal

Assalammualaikum. Thanks admin kalau confession ini terpilih dan disiarkan. Hopefully boleh dijadikan pengajaran untuk anda yang sudi membacanya. Semoga Tuhan berkati kalian!

First of foremost, aku bukan budak UIA. Aku drop out daripada US bound. Agak biol jugak la bila dapat tahu impian nak jejak bumi Amareka berkecai. Bertahun jugak aku mental breakdown. Itu belum lagi shut down semua akaun social media yang aku ada. Sebab aku tak mampu nak tengok excitement kawan kawan aku yang berjaya study sana.

But itu semua almost three years ago. Aku dah move on 85% la. Nk heal sepenuhnya tu pun take time jugak. Aku admit silap aku jugak sebab leka tak gunakan peluang yang ada baik baik. Sekarang pun aku dah final year dekat local uni.

So back to motif aku tulis confession ni. Actually bukan la confession sangat pun. Aku cuma nk speak up.

Kalau anda semua boleh perasan, golongan liberal mula bertapak dekat Malaysia sekarang ni. Liberal Melayu dengan muka Melayu totok dan bernama Melayu klasik yang entah dari mana muncul mula bertebaran dekat social media. Ideologi feminist dan LGBT tiba tiba tersebar.

Masing masing berlagak pandai untuk bertelagah tentang hukum Tuhan. Yang feminis menyalak tentang hak wanita dan soal aurat dan rogol. Segala hadis dan ayat Quran yang entah dari mana mereka peroleh dikeluarkan untuk melawan golongan Melayu Islam yang mereka gelar TRIGGERED MELEIS.

Lepastu golongan LGBT ni yang putar belit antara hak asasi manusia dan hukum fitrah. Sungguh menjelikkan kerana kononnya mereka mahu mendapat sokongan untuk berubah tapi lama kelamaan aku tengok mereka makin bangga dan seperti memaksa kita untuk mengikut rentak mereka pula.

Aku sedih. Lebih sedih bila aku reach back kawan kawan aku yang study US sudah ramai mengaku atheist. Mereka hidup lebih liberal. Atas dasar berfikiran terbuka. Modern lifestyle mungkin. Anjing besar serigala pun dorang pegang. Dengan alasan boleh samak. Derr! It’s not samak. It’s sertu! Term pun tak dapat beza ada hati nak mengajar kita. Dan ada yang sudah biasa one night stand sesama jantina pun!

Inilah luahan aku. Wahai sahabat, sesungguhnya tiada erti nya pun kau studi ke luar sana kalau kau tetap dijajah. Minda kau sama mundur ke belakang. Tak perlu untuk kau ikut sama dengan rentak barat. Tiada guna kau bawa identiti diri kalau jati diri kau ampuh. Ketahuilah, generasi terdahulu yang dianggap kolot juga lah yang membina empayar negara kita. Generasi muda pula sibuk bertelagah di social media untuk tunjuk jaguh ideologi tapi haram jadah tiada hala tuju.

Aku simpati pada golongan yang digelar TRIGGERED MELEIS. You know what, just because golongan liberal ni tweet atau tulis dalam bahasa Inggeris, doesn’t mean mereka intelek. Cukuplah dengan meme DONE DAKWAH yang tak kelakar tu. Ini semua strategy mereka untuk tutup kelemahan. Untuk sokong perbuatan mereka yang songsang.

Peliharalah agama kita ini. Hina betul aku tengok Melayu Islam yang syok sendiri mentertawakan agama sendiri. Konon mempertahankan hak. Tapi hak mereka untuk mengamalkan kepercayaan agama kau ketawakan. Aku pun tak sokong juga ulama instant yang melambak di Twitter tu. Aku pun sedia maklum yang lambakan daie jadian ni bukan boleh pakai sangat. Tapi kembalilah pada Al Quran dan hadis. Pokok pangkal nya kalau kau faham dan cinta kan agama, kau takkan sampai hati untuk mempersenda.

Dan aku mula terima hikmah untuk tidak berpijak di bumi Uncle Sam. Andai aku lemah, pasti aku menjadi sebahagian daripada manusia liberal yang sendiri tidak tahu hala tuju di luar sana. Maaflah confession sedikit panjang. Harap sampai dilubuk hati. Sekian.

– Lizzy

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit