Melayu Mudah Dengki

Assalamualaikum admin. Aku mohon sangat admin siarkan confession aku ni. Aku sekarang tengah sakit hati dan aku perlukan pendapat dari orang ramai.

Nama aku lily. Aku berusia 20-an. Aku ada seorang makcik ni. Aku panggil dia Cik Pah. Umur Cik Pah ni dah 50 lebih. Bagi aku, Cik Pah ni orang yg agak senang atau dikatakan ‘berada’. Sebab apa aku kata dia ni orang kaya? Mana taknya aset dia berlambak-lambak. Aset kenderaaan je ada 4 biji. Tak perlu rasanya aku sebut apa jenis kenderaan. Setahu aku, aset hartanah dia ada satu. Belum termasuk aset pusaka keturunan nenek moyang dia lagi. Nenek moyang laki dia lagi. Entah ada berapa hartanahlah. Belum masuk aset simpanan dia lagi. Aku tahu ni sebab Cik Pah ni banyak buka cerita dengan aku. Cik Pah ni ada seorang je anak. Anak lelaki dia ni kerja dekat ibu kota sebagai broker saham. Income dia korang jangan cerita sikit-sikit lah. Memang banyak kosong-kosong-kosong (nyanyi mcm lagu kalau aku kaya) Banyak, siap boleh upah satu manager untuk uruskan jadual kerja dia. Kalau income dia pun dah berlambak, ingat gaji manager dia 2-3 ribu? Cik Pah ni pulak ada kerja sendiri. Sebulan aku rasa income dia RM 6 ribu. Yg laki dia pun kerja sendiri, income lebih kurang RM 3 ribu. Komitmen hutang isi rumah Cik Pah yg bayar (laki dia tak keluar sesen pun) dan tak banyak pun. Sebulan cuma perlu bayar rumah dan sebiji kereta. Anak pulak sorang jek. Dah besar pulak tu.

Ha, ni aku masuk part penting. Tadi intro je. Laki Cik Pah ni disahkan sakit buah pinggang. Buah pinggang dia dah rosak dan dia perlu buat rawatan dialisis 3 kali seminggu. Sekali rawatan jek RM 250 terbang. Sebulan, sebanyak RM 3000 kos rawatan yang diperlukan. Tapi yg bestnya, bukannya Cik Pah ni yang tanggung tapi pihak baitumal yg tanggung. Laki Cik Pah ni demand lain macam sikit. Tempat dialisis tu kalau boleh nak yang ikut kehendak dia. Baik dari segi layanan atau suasana. Serba serbi perlu ikut keselesaaan dia. Pendek kata, dia akan buat rawatan dialisis dekat tempat yg dia selesa. So, Cik Pah ni pun carilah tempat dialisis yg laki dia suka. Tu yg dapat tempat mahal sikit. Tapi masalahnya, aku tak kisah kalau dia yg tanggung kos rawatan tu. Ni fully sponsored kot. Orang lain buat dialisis cuma RM 160 sekali rawatan dekat tempat yg agak murah. Sebulan cuma RM 2 ribu je. Boleh je kan kalau laki dia buat rawatan dekat tempat yg agak murah tu. Pihak baitulmal boleh bagi 1 k tu dekat org lain. Mak aih, demand gila. Mentanglah org bagi bantuan. Aku rasa kalau duit sendiri takdenya kot nak cari tempat yg high class. Bagi akulah, kalau Cik Pah ni tanggung 1k sebulan and the rest pihak baitulmal tanggung takde hal punyalah. Kan aku kata Ci Pah ni agak kaya. Pelik juga aku macam mana dia boleh dpt bantuan tu. Tapi aku rasa tak mustahil sebab Cik Pah ni seorang yg pandai memanipulasi keadaan. Dia pandai memujuk rayu dengan muka kesian supaya org beri bantuan dekat dia. Aku rasa Cik Pah ni dah kelentong baik punya untuk dptkan bantuan tu. Hahaha. Bukan takat tu jek. Laki Cik Pah ni dpt bantuan wang setiap bulan kot. Ni pun pihak baitulmal bagi. Orang ckp kalau makan sendiri pun lepas dengan duit tu. Iyalah, laki Cik Pah ni mana ada komitmen apa2. Yg aku pelik, laki dia dpt bantuan lagi walaupun masih boleh bekerja cuma on off la kadang2. Kan aku dah cerita, sebulan pun income laki Cik Pah ni 3k. Ha, pelik tak macam mana boleh dpt bantuan? Pihak baitulmal di kaya sangat ke sampai org kaya pun dia bagi bantuan. Hahahaha

Laki Cik Pah ni lain macam sikit perangai dia. Dah tahu sakit tapi still melantak makanan2 yg tak sihat. Still tak jaga makan,minum. Aku rasa mcm sia2 jek pihak baitulmal bantu dia ni. Iyalah, kalau aku dpt bantuan tu, aku akan hargai dengan jaga kesihatan aku ni. Ni tidak, makan ikut selera tekak jek. Mana boleh mcm tu. Aku rasa sebab dia tak perlu susah payah cari duit untuk buat rawatan, tu yg dia tak fikir nak jaga kesihatan. Konsep dia macam bukan aku yg keluar duit, aku tak rugi apa2.

Haritu aku ada terdengar perbualan Cik Pah ni. Dia bincang pasal projek apa entah dekat seseorang. Bukan projek kecik2 kot. Main juta. Kalau dia join projek tu, dia boleh dpt 2 peratus sebulan. Tapi korang kena ingat 2 peratus dari JUTA bukan ratus, bukan ribu lagi. Korang tahu tak, masa aku dengar perbualan dorang, aku cuba bersangka baik lagi. Dorang bincang2 saja je aku kata. Tapi sampai satu tahap aku tak boleh husnudzon bila Cik Pah ni kata ‘haritu aku nak buat projek bla2, tapi tak dpt’. Korang bayangkan kalau dah dia sendiri nak buat projek tu, mestilah banyak duit kan? Dalam hati aku : Perghh, punyalah banyak duit tapi still dapat bantuan lagi. Ni yg aku tak faham ni. Ha, satu lagi kalau anak Cik Pah ni bayarkan untuk rawatan bapak dia pun aku rasa takde masalah. Tapi Cik Pah ni jenis yg taknak susahkan anak. Yelah, anak ada sorang jek. Duit gaji dia biarlah dia pegang. Dia nak guna melancong ke, modified kereta sampai 10k pun takpelah. Tapi boleh korang bayangkan,orang susah ni boleh ke modified kereta smpai 10 k??? Yg aku geram sangat, anak dia ni mcm hina aku sebab nak sambung study. Siap ckp ko sambung belajar pun gaji ko bukan banyak pun. Ko tengok aku, SPM je pun tapi gaji…. Korang bayangkanlah sendiri cara dia ckp tu. Aku tahulah gaji budak degree bukan banyak pun,at least aku ada ijazah. Dan aku dpt merasa life universiti macam mana. Terkadang aku mcm terhasut dengan kata2 dia. Betul jugak daripada aku perabis duit belajar, tapi gaji sikit, baik aku kerja. Tapi ayah aku memang nak aku sambung study. So, aku akan realisasikan hajat ayah aku. Dunia sekarang ni, tak kesahlah ko ada master atau phd sekalipun, kalau ko takde gaji tinggi, jgn harap org nak hormat ko. Ni dikatakan the power of money. Ha, ni selingan jek.

Lastly, yg aku rasa pelik dan takjub macam mana bantuan tu boleh lepas dekat dia. Walhal pihak baitulmal, ada dtg survey kat rumah dia dulu. Adakah org yg dtg tu buta? Hahaha. Korang nilailah sendiri Cik Pah ni mcm mana. Aku rasa mcm nak gi mengadu jek kat baitulmal tapi nanti org kata Melayu mudah dengki. Nanti jadi mcm kes king Afiq pulak. Hahaha. Melayu ni mudah dengki atau sebenarnya tamak? Nilailah sendiri.

– Lily

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit