Melayu Sangat Universiti Aku Ni

Assalamualaikum. Saya pelajar sebuah Universiti terkemuka di Malaysia kerana terkenal dengan majoritinya orang Melayu. Sekarang dah Sem 5 amik Diploma Sains. Trust me, sangat terseksa duduk di universiti penuh orang Melayu ni, sorry to say.

Banyak sangat perkara yang aku lalui kt U ni. Aku ak. an pointkan satu persatu. Firstly, kebanyakan remaja Melayu kt sini, semuanya pemikiran tak berapa matang atau tidak menunjukkan tahap seorang “Mahasiswa”. But trust me, bab belajar, semua memang pandai2. Sometimes, memang gurau tu penting, tapi bukan sepanjang masa jadi tak matang, ada masa kena serious.

Kedua, senang cuture shock. Disebabkan aku ni jenis “observe”, hasil kajia n aku ( ayat bajet sikit hehe) menunjukkan ramai remaja melayu ni senang sangat terpengaruh. aku pun tak tahu kenapa, takda pendirian lansung. Jumpa roomate, kawan hisap rokok sikit, die pon hisap,. kawan hisap shisha die pon nak gak. Ala, come on ar guys, ada agama kan, semua benda nak ikut apahal?

Ketiga, kuat mengumpat. Mana2 aku pegi, nak ngumpat je keje, tak kira laki pompuan (aku laki). Tengok mamat pelik, buruk sikit, ngumpat, jumpa awek badan besar sikit ngumpat. Hah alah, ciptaan Allah biasalah tu. yg mengumpat pon bukannya handsome, muka macam musibat gak.

Keempat, impian nak jadi hibster. kt u aku, yng hibster diagungkan. yang jenis seluar ketat, pakai gelang, topi acah hibster, semua diutamakan. Muka tak lawa, handsome tkpa,asal nampak hibster dah ok. yang biasa2 dianggap noob. Woii. dah besar kan? kau nak pakai apa kau pakai lah, janji tepati syariah, kalau hibster, tapi patuh syariah, tkda masalah. tapi kau kene ingat, kau orang Islam. Come on lah, sikit2 nak terpengaruh. Apa selama ni duduk hutan ka?

Kelima, jakun tengok orang gi masjid. Bila kita gi masjid, terus jakun. “Weyh sejak bila jadi alim ni?. Brothers and Sisters sekalian, pegi masjid tu tanggungjawab semua umat Islam. bukan orang alim je. aku ingat lagi satu hari aku pegi masjid, sekumpulan laki pompuan pandang aku mcm aku nak gi perang. Patutnya aku yng pandang mecemtu kt korang.

Keenam Racist, sorry to say la, aku dah banyak bergaul dengan orang Kelantan, Terengganu, Perak, Sabah, bla2. Orang Kelantan, dan Terengganu memang friendly, kadang2 just nice kawan dengan dorang TAPI, korang tkleh jadi kawan baik dengan dorang. kawan gitu2 boleh lah, tapi dorang cari kawan baik mesti nga kelantan gak. Jalan2 pon kelantan gak. Aku x ckp dorang jahat tapi itulah kenyataannya. Agak susah berurusan bila dalam assignment group. Maybe dorang rasa tak selesa kalau bergaul dengan orang luar?

Ni lah ssdikit sebanyak pengalaman aku kt U orang Melayu. Harap korang boleh jadikan iktibar dari cerita aku. Macammana pailang sekalipun, korang kene tempuh semuanya. Pesan aku, jaga Allah, Allah akan jaga kau. Assalamualaikum

– Bro A

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit