Melentur Buluh

Assalamualaikum Pembaca. Sebelum itu, ala-ala sidang parlimen tu, aku mohon dengan izin, aku akan guna perkataan English sikit-sikit.

Aku rasa ini lebih kepada perkongsian, bukan luahan, berdasarkan “observation” sekeliling dan proses pembelajaran aku sendiri. Tapi aku rasa perkara ini, ramai yang mengalaminya atau memerhatikannnya.

Kita nak melentur buluh, memang kena bermula dari rebung. Namun, kita kena “consider” faktor alam dan anasir-anasir lain yang mungkin mempengaruhi pembentukan buluh tersebut.

Kita mungkin dah cuba “shape”kan rebung tu sebaik mungkin, tapi faktor sekeliling mempengaruhi “end result” dia.

Aku berumur awal 30-an, dengan 2 orang anak yang akan mula bersekolah rendah 1-2 tahun lagi.

Aku dibesarkan dulu dalam keluarga M40 (aku rasa isi rumah parents aku actually T20, tapi sebab adik-beradik ramai dan parents aku memang tidak diajar bermewah, maka kami hidup biasa-biasa saja).

My dad memang asal orang kampung, and he is a very proper man. Cakapnya lembut, tapi kalau marah dia tegas, tak pernah memaki.

Sama macam my mom, walaupun she was raised in a family yang duduk di bandar, dan lebih “have-have” dari bapak aku.

Aku cuba besarkan anak aku sebaik mungkin. Aku cuba didik mereka adab, didik mereka tentang tanggungjawab (sepahkan toys, sila kemas sendiri), dan ajar mereka supaya mampu jadi mandiri.

Alhamdulillah, aku bukan nak bongkak atau berbangga, tapi anak-anak aku agak proper, mungkin hasil didikan dah persekitaran yang ok.

Untuk makluman, sekali lagi bukan nak “show-off” tapi kami tinggal di area “segitiga emas”, di mana ramai “expatriats” tinggal, dan penduduknya mostly T20 dan orang-orang terpelajar.

Jadi, kat sekolah anak aku tu pun, aku tengok anak-anak yang lain pun proper, dan mak ayah mereka pun ok (berjaya tapi humble).

Tapi, aku dan anak-anak aku, termasuk kadang-kadang suami aku sendiri, kami akan macam kejutan budaya sikit bila balik kampung sebelah suami aku. Areanya di bandar la jugak, cuma persekitarannya berbeza sikit.

Suami aku 2 beradik sahaja, dua-dua lelaki. Abang ipar aku dan biras aku ada 3 orang anak, semua dah bersekolah rendah and menengah.

The eldest two, sorang lelaki dan perempuan, okay sahaja, dari kecil pun kira ok la untuk budak-budak punya tahap. Isu dia lebih kepada nephew aku yang bongsu.

Bila bongsu, biasalah anak manja, mungkin banyak “discount” sana sini bila dia buat kesilapan.

Tapi kadang-kadang bila aku tak tahan tengok, aku bagi jugak sedas dua. Tapi tak lah marah, lebih kepada tegur tegas. Dia suka buli anak aku yang bongsu, suka pulaukan dia saja-saja. Tak nak main sekali.

Tapi aku ajar anak aku, cuba lagi berkawan, mungkin ada benda yang kita buat orang tak suka. So kiranya bila balik kampung ni, aku ambil peluang untuk asah sosial skills anak-anak aku.

Anak sedara aku yang bongsu ni, kita bagi nama dia Thor la ye. Thor ni kalau main lasak la jugak. Tapi kalau ada aku and suami aku, dia pandai nak tone down sikit.

Sebab suami aku jenis kalau marah, memang dia tak kira anak orang. Dia punya lasak tu macam bila main tu boleh mendatangkan kecederaan, walaupun tak sengaja.

Tapi bab lasak tu aku boleh tahan lagi. Yang aku tak tahan bab adab dan tutur kata.

Dia ni, kalau bercakap dengan mak dia, atau atok perempuan dia, memang macam kurang adab. Tapi tak lah kurang ajar. Cuma mungkin pada standard aku, agak rude bagi budak bawah 10 tahun.

Aku dulu, kalau kena marah dengan parents and rasa bengang, aku takkan berani tunjuk aku tak puas hati, melainkan aku memang tak salah lah.

Tapi budak ni, dia boleh macam mendengus, hentak kaki, merentan kat mak dia. Aku macam “Amboi”, tapi mak dia macam gelak-gelak je.

Pernah aku dengar, ada satu masa tu dia datang main dekat rumah mertua (atok dia la) tapi mak dia takde.

Mak dia call, aku dengar dia jawab call tu “Hello! Ha mak nak apa?!”, dengan tone suara yang memang agak kasar. Aku pernah la dulu panggil anak aku kat rumah, anak aku menyahut ” yes mommy, what do you want?”.

Dia punya tone tu macam ikhlas nak tanya, tapi aku bagitahu dia yang perkataan dia tu tak sesuai.

At least jawablah, “yes mommy” je, atau pun “yes mommy, you need my help?”. Sebab ayah aku pernah marah kami adik beradik kalau ibu panggil dan kami jawab “haaa!”.

Ayah akan cakap, jawab “yee” bukan “haaa!” sebab itu mak, bukan level kawan-kawan. Tapi dah besar-besar ni, and parents kami pun dah pandai melawak, baru kami berani nak jawab “yes mother!”, gurau-gurau.

Lagi satu, kalau mintak tolong kat dia ambilkan barang ke kan, dia akan bagi dengan kasar. Tapi dia tak pernah la buat kat aku, dia takkan berani. Aku perasan dia selalu buat kat mak dia dan atok perempuan dia.

Aku macam susah nak hadam benda ni sebab macam takde adab dan budak tu kecik lagi, dan dia diminta dengan baik.

Aku dulu pernah dengan tak sengaja, pass borang lawatan kat ayah aku dari hujung meja belah aku, ke belah ayah aku, aku tolak je kertas tu.

Ayah aku terus marah “macam tu kau bagi kat ayah?!”. Terus aku mintak maaf sebab memang aku tak sengaja, aku ingat nak pass cepat-cepat.

Since then, aku pun ajar anak aku, nak bagi barang kat orang, eye contact kena ada, bagi dengan dua-dua tangan.

Isu adab budak-budak ni, aku tak salahkan mak ayah 100%.

Sebab macam aku cakap tadi, mungkin ada faktor sekeliling yang mempengaruhi. Rakan sebaya, sosial media, video-video yang dorang tengok kat YouTube tu. Sebab kita orang Melayu, ada adab ketimuran.

Anak aku medium utama memang English, tak fasih Bahasa Melayu, sebab sekolah dan kawasan tempat tinggal memang mostly English medium.

Tapi, aku takkan bagi Western culture tu meresap dalam jati diri anak aku. Bahasa itu perkara lain tapi adab tutur kata tu yang utama.

Kes anak sedara aku ni, bagi aku masih mild lagi, tapi dah ada tanda-tanda amaran kena alert. Kena bendung sebelum dia terbiasa begitu lepas masuk sekolah menengah, universiti semua.

Dengan anak-anak aku, kadang-kadang aku kena buat proses “pemurnian” supaya mereka tak terikut-ikut.

Dan benda ni sebenarnya adalah tanggungjawab kita bersama. Aku pernah terbaca satu confession yang anak sedara dia rude yang amat, dan parents dia terlalu berlemah lembut.

Kalau kita semua orang dewasa cuba tunjukkan contoh yang baik, dan cuba tegur dengan berhemah (yelah anak orang kan), mungkin generasi akan datang akan lebih beradab, cemerlang, gemilang dan terbilang.

– Garam Pink (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *