Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya

Boleh juga baca confession ini, (https://iiumc.com/antara-tanggungjawab-dia-dan-aku/).

Assalamualaikum semua, terima kasih buat admin kerana menyiarkan confession saya. Apa yang saya nak confess ini berkaitan dengan masa depan.

Pesanan untuk Anak Lelaki, Abang, Kakak dan Ibu Bapa…

Jika ingin memupuk kebahagiaan di masa hari. Juga bebaskan isteri kita dari menjadi mangsa memikul seekor biawak hidup. Mohon sebelum kahwin jangan jadi raja dalam rumah. Didiklah diri kita ini sebagai lelaki sebelum kahwin dengan melakukan segala kerja rumah. Cuci pinggan mangkuk, periuk, tanak nasi, rebus air, basuh baju, memasak, sidai baju, basuh berak anak saudara and others.

Kalau sepanjang masa jadikan ibu kita itu hamba di dalam rumah. Kelak bila sudah berumahtangga kita akan lakukan benda yang sama terhadap pasangan.

Kita sebagai abang dan kakak juga kena main peranan. Pastikan adik lelaki kita tidak menjadi raja dalam rumah. Bila dibiarkan adik lelaki kita menjadi raja dalam rumah. Dia akan terbina dengan akhlak yang buruk malah akan menjadi seekor biawak hidup bila berkahwin.

Contoh :

Sepanjang masa saya sajikan anda dengan kebaikan dari diri saya. Tahukah anda saya ini dulu seorang yang pemalas. Cuma selepas kematian kedua – dua orang tua saya ketika berusia 15 tahun. Barulah diri saya ini mula terbina dengan sifat supportive. Abang dan akak saya dulu sentiasa bising kerana saya ini suka tak basuh pinggan setelah selesai makan. Saya juga dulu suka tangguhkan kerja rumah yang ditugaskan. Mula – mula dalam satu ke dua tahun saya dipaksa oleh mereka supaya melakukan kerja – kerja rumah termasuk beli barang dapur, beli sayur dan beli ikan. Tapi selepas masuk tahun – tahun seterusnya sehingga kini. Akibat keterpaksaan itu telah menjadi habit dalam hidup saya.

Ini juga terkait dengan cara didikan dari ibu bapa. Mohon kita ini bila jadi ibu bapa kepada anak – anak. Jangan jadikan kaum lelaki itu adalah raja dalam rumah dan kaum perempuan itu hamba dalam rumah. Tapi mohon jadikan di dalam rumah itu tiada siapa yang raja dan tiada siapa yang hamba. Semuanya sama rata dalam membahagikan tugas – tugas untuk laksanakan kerja rumah. Didikan ini mestilah kaum bapa yang kena main peranan lebih tinggi dan dibantu oleh kaum ibu. Arwah abi dulu dia sibuk bekerja. Keluar kerja jam 6 pagi dan balik kerja pada malam hari. Tapi sebelum arwah pergi kerja dulu adakalanya arwah akan memasak dulu untuk kami. Dia selalu pesan pada kami apa yang ummi kamu arahkan sepanjang hidup kamu itu adalah arahan dari abi.

Arwah ummi saya dulu dia mendidik anak lelakinya sejak dari kecil dengan menerapkan sifat kasih sayang sesama adik beradik yang lain. Juga dia mendidik kami ini anak lelaki sebagai ketua. Contoh kami anak lelaki ini sejak dari usia 2 tahun setengah sudah mula diajar untuk buat kerja rumah yang ringan seperti lipat kain baju. Tapi adik beradik perempuan kami diajar untuk buat kerja rumah bermula usia 4 tahun. Kami anak lelaki juga diajar untuk tidak berkira dengan adik beradik perempuan dalam melakukan rumah. Kehidupan arwah ummi saya dulu sebagai surirumah yang bekerja ini tidaklah penat sangat. Kerana bila arwah balik kerja anak – anaknya sudah pun melakukan kerja – kerja rumah selepas balik dari sekolah.

Justeru, untuk melahirkan kaum lelaki yang berkualiti perlu penglibatan semua pihak.

Nota kaki :

Jika kita sering kali didedahkan dengan sikap buruk kaum lelaki yang berpunca dari diri mereka sendiri dan dari sikap keluarga mereka sendiri. Mohon kita semua ini bebaskan diri dari sifat membawang dan jadikan ia sebagai ibrah ( pengajaran ).

Sebelum ini saya ada confess tentang antara tanggungjawab dia dan aku. Saya lihat ramai yang mempersoalkan kewujudan saya dan juga mempersoalkan masih wujud lagikah lelaki seperti saya. Mereka kata lelaki seperti ini dah pupus tapi saya lihat kaum mereka juga diantara penyebabnya.

Kenapa benda ni sering berlaku dari satu generasi ke satu generasi. Kerana kita ini suka membawang, bab mengata anak orang no.1 tapi dalam waktu yang sama juga kita ini langsung tidak bertanggungjawab dengan diri mereka (lelaki ).

Wujud lagi ke lelaki seperti ini ? Tipu ni tak wujud pun !

Ya, perkara ini ramai wanita persoalkan tempoh hari. Wujud tak wujud lelaki seperti ini bergantung pada cara didikan ke atas diri lelaki sejak dari kecil lagi.

Sebelum persoalkan wujud ke tidak lelaki seperti ini mohon pandang diri sendiri.

Kerana wanita yang hebat akan melahirkan lelaki yang hebat.

Kemahuan hari ini adalah kejayaan hari esok.

Qowiy Lillahi Ta’ala

– Aiman

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *