Assalamualakum semua. Baru saya ada kekuatan untuk bercerita. Betapa saya tertekan sebulan dua ni.
Kisahnya bermula bila saya mengenali seorang adik yang saya anggap macam adik saya sendiri sekitar 7 8 tahun yang lalu. Tapi benda ni jadi bermula tahun lepas. Saya namakan dia Lily (bukan nama sebenar).
Keperibadian dia yang lembut sopan bertudung akan tetapi dipertemukan jodoh dengan seorang lelaki yang malas, kaki game, kaki perempuan hingga terlanjur dan tidak berkerja selama 5 tahun sepanjang 6 tahun tempoh perkahwinan.
Di tambah dia mempunyai dua orang anak OKU austim dan ADHD.
Pada saya diceritakan segala masalah. Selalu jugalah dia menangis. Sebagai seorang yang juga mempunyai anak pastinya saya terkesan.
Selalu jugak saya tolong dia dari segi wang ringgit, tenaga apatah lagi nasihat yang berbuku buku. Saya nasihat kan dia ke pejabat agama. Untuk apa disimpan biawak hidup macam tu..
Tapi Lily sangat takut akan penceraian kerana katanya mak mertua dia akan rampas anak2 dari dia… Mak mertua dia tak kisah pun anak lelaki dia tak bekerja dan selalu mencari salah Lily.
Sampai satu masa saya paksa Lily bawak diri dengan anak2 nya kerana laki dia juga pukul anak2 dia. Dan Lily bawak diri berpindah ke rumah orang tua nya.
Kata Lily sepanjang hampir setahun berpindah hanya sekali dua laki dia datang tengok anak dan tiada sesen nafkah pun diberi.
Cuma kadang kadang dia kata mak mertua dia datang untuk ambik anak2 dia. Sampai lah dia terpaksa buat report polis sebab merasa terancam dengan sikap mertua dia…
Dan sinetron kisah antara laki dia dan mak mertua ni berlanjutan la macam2 dan seperti biasa saya tak pernah jemu menolong sekadar yang termampu.. belikan susu anak… bagi duit… dan menjadi teman setia mendengar cerita dia.
Satu hari Lily mengajak saya join business untuk satu tender yang berjaya diperolehi.
Selepas meneliti dokumen dan rewards tender dari kerajaan saya bersetuju memulakan modal kerana Lily tidak mempunyai wang simpanan sebanyak itu. Saya bersetuju meminjamkan 40k.
Masa tu saya anggap ia rezeki anak yang saya kandungnaya baru nk masuk 2 bulan mengandung ketika itu. Saya tolong dia tanpa buat agreement kerana sebagai pekerja bank saya tidak dibenarkan memiliki nama dalam mana2 syarikat.
So dipendek kan cerita payment telah masuk walaupun lewat 2 bulan dari due date. So bila saya pegi bank duit tak boleh keluar sebab Lily ada pinjaman peribadi yang tertunggak sekian lama.
Untuk dapatkan duit tu Lily perlu jelaskan hutang itu terlebih dahulu. Tapi Lily tak ada duit. Kesana ke sini saya bawak perut (masa tu mengandung 8 bulan) untuk settlekan banyak benda.
Last sekali, sekali lagi saya pinjamkan Lily 32k dengan harapan duit saya akan saya perolehi secepat mungkin. Simpati saya pada dia mengatasi pemikiran saya ketika itu.
So after semua payment dah settle saya almost everyday follow up dengan Lily pasal duit tu. Pelbagai alasan Lily bagi. Bank lambat bertindak lah.. dia mintak tolong saya buat kan e-mail lagi supaya bank cepatkan process pengeluaran duit tersebut.
Saya buat! Dan saya terus paksa dia follow up dengan bank memandangkan saya tak boleh berurusan secara terus dengan pihak bank.
Dalam keadaan huru hara tu saya kena covid. Dengan mengandung lagi. Duit tak dapat lagi. Tekanan nya Allah saja yang tahu. Dan Lily pun tak lama kena kurantin sebab ada close contact ngan sapa ntah.
Sampai masa saya bersalin saya masih follow up dengan Lily. Hari ke 40 saya berpantang saya dah tak boleh nak control saya paksa Lily amik saya dekat rumah untuk ke bank.
Dalam perjalanan Lily berenti dan dia mengaku sambil menangis2. Katanya dia dah pakai duit tu untuk bayar ahlong! Masa tu saya rasa nak menjerit. Saya dah tak dengar dah alasan dan sebab Lily!
Cerita tak abis disini. Esok nya saya ke rumah parents Lily dengan niat nak ceritakan semua pada parents dia, mana tau dia boleh menolong saya.
Masa saya sampai Lily tak ada di rumah. So bila saya cerita dekat ayah dia. Ayah dia macam biasa saja. Tak terkejut sangat tapi saya yang terkejut. Sebab apa???
Sebab sebenarnya Lily tak duduk pun dekat situ. Malah dia masih bersama dengan suami dia dan mempunyai seorang lagi anak.. so anak dia bukan dua tapi tiga!!!
So selama ni apa yang dia cerita dengan saya rekaan semata2! Selama ni saya selalu amik dia dekat situ rupanya dia dah plan.
Kenapa saya tak nampak semua tu?? Allah! Rasa macam terduduk saya dikhianati seperti ni. Apa salah saya. Selama ni saya tolong dia macam2.. ini balasan dia…
So finally saya buat report polis… cuma nya saya belum berjumpa lawyer. Dalam masa yang sama saya takut jugak saya tak dapat balik duit saya tu. Bukan sikit. Boleh beli sebijik rumah flat cash…
Saya takut saya tak dapat balik sebab tak ada agreement. Tapi invoice. Delivery order and acknowlegment received semua saya ada…
Saya rasa memang macam ditipu hidup2. Tapi saya bertekad untuk dapatkan duit saya apa cara pun. Sekalipun mungkin saya perlu jumpa mak mertua dia yang dia buruk2 kan itu..
Ikut hati nak viral kan saja muka dia… sakit nya Allah saja tahu. Pada pembaca sekalian jangan jadi seperti saya. Tertipu dengan luaran seseorang.
Pada yang mungkin pernah kena macam saya harap boleh guide saya. Saya perlukan duit untuk kelangsungan hidup. Sangat stress.. baru lepas bersalin… anak kecik2.. kena tipu lagi…
Semoga kisah saya menjadi pengajaran untuk anda juga. Kisah saya ibarat melepas anjing yang tersepit. Saya digigitnya balik
– Yin (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc. com/submit