Melepaskan atau Bertahan?

Assalamualaikum semua. Saya dah berkenalan dengan seorang lelaki ni setahun lebih. Pada awalnya, dia memang ada ciri ciri lelaki yang saya cari untuk dijadikan suami.

Antaranya, dia tidak merokok, jaga solat, setia dan jenis tak cakap banyak dan susah nak marah. Kalau saya bising dia akan diam je.

Memang 6 bulan pertama kenal saya rasa dia adalah lelaki yang tepat untuk dijadikan suami.

Tapi selepas 6 bulan, dia mula berubah. Kalau dulu saya lambat balas msg, terus call atau msg di messenger atau telegram. Tapi sekarang kadang sampai sehari pun dia takde cari.

Tapi perkara ni tak lah buat saya ambil peduli sangat sebab bagi saya benda kecil. Cuma, yang paling saya terkilan, saya ada terkena gangguan dan saya sering rasa marah pada dia. Tak sampai sebulan pun saya sakit.

Satu hari dia kata dia nak datang rumah nak tengok saya tapi rupanya dia bagitahu mak saya, dia nak putus.

Sedangkan beberapa minggu sebelum tu dia ada cakap dengan mak saya nak bawa mak dia datang rumah hujung bulan tu untuk bincang pasal kahwin.

Kira macam merisik sekali bertunang. Jujur, saya happy masa tu. Tapi saya tak sangka dia datang rumah dan bagitahu nak putus pada mak.

Masa kami keluar berdua, saya tanya dia kata dia sembang biasa je dengan mak saya tapi rupanya bila tanya mak, dia kata nak putus.

Kami sempat putus sekejap. Masa tu memang saya sedih, saya sakit tapi dia tak ada dengan saya.

Saya hilang pekerjaan, hilang selera makan, hilang orang yang saya sayang dalam satu masa. Masa tu mak dan keluarga je yang ada dengan saya.

Lepas saya dah sembuh, saya dah boleh makan, keluar dengan kawan semua tiba tiba dia mesej kata nak hubungan macam dulu.

Dia kata dia silap masa tu sebab stress hari hari kena marah. Saya pun bodoh bagi peluang dan kami mesej macam biasa.

Tapi, gaduh tu tetap ada cuma tak kerap macam dulu sebab saya dah tak berapa ambik tahu pasal dia.

Cuma, dia banyak kali yakinkan saya yang dia sudah berubah, memang betul betul nak kahwin dengan saya. Jadi saya mula ambil berat pasal dia macam sebelum ni.

Tapi, dia mula buat perangai. Dia sudah mula tinggal solat subuh dan isyak.

Untuk pengetahuan semua, dia buat dua kerja. Kalau kerja malam selalu balik lewat, terus tidur tak solat isyak dan dia sering terlajak subuh.

Yang saya kecewa, dia terus bangun dan bersiap untuk kerja siang pula tanpa ganti solat dan tak ambil berat langsung pasal solat.

Maksud saya, dia lebih pentingkan kerja berbanding solat. Itu yang saya tak suka sebab masa awal awal lagi saya dah bagitahu saya tak suka lelaki yang tak jaga solat.

Jadi disebabkan hal solat ni, kami sering bertengkar. Saya sering nasihat untuk utamakan solat dari apa pun tapi dia cepat melenting. Selalu dia akan biar je msg saya tu tak balas.

Tapi baru ni dia terus block saya kat whatsapp masa saya tengah nasihat dan tegur dia. Saya tak putus asa, saya msg dia di messenger, tak sempat tulis 3,4 ayat dia block fb saya pula. Dan turut block di telegram.

Saya masih bersabar, saya cuba call dan dia angkat. Saya tanya kenapa block dia kata saya kuat membebel.

Saya kata lah saya membebel sebab tegur benda betul. Salah ke? Lepas tu dia kata ikut dia lah nak ganti ke tak, dia punya pasal lah. Bising je.

Dia siap kata, kalau nak dia unblock, dia suruh saya minta maaf. Allah. Saya tegur dia tapi dia minta saya pula yang minta maaf. Hati saya dah sakit sangat masa tu.

Saya kata, memang tak lah saya nak minta maaf. Takpelah ikut awak lah. Saya tak akan campur urusan awak dah. Saya letak call dan saya block call dia.

Salah ke saya tegur dia pasal solat? Saya tegur sebab saya sayang, saya nak dia jadi suami saya. Tapi dia kata dosa dia biar dia tanggung. Tak ada kena mengena dengan saya. Allah, hancur hati saya.

Kemudian, selepas sehari dia call saya balik dan minta saya buka block whatsapp dan fb. Kami msg macam biasa tapi saya kembali jadi macam dulu. Saya sekadar membalas apa yang dia tanya.

Kami ada bergaduh baru baru ni dan saya bagi dia pilihan. Kalau betul nak peluang, saya nak dia buktikan dengan bawak mak dia jumpa mak saya. Saya dah taknak percaya dengan janji janji dia sebab semua tak boleh pakai.

Dia kata okay, dia bersetuju dan dia sendiri yang kata nak bawak mak dia awal tahun depan bulan Januari.

Saya minta dia datang awal sikit bulan 12 tahun ni dan dia minta masa sampai awal Januari disebakan dia tak boleh cuti untuk balik ambil mak dia.

Beribu kali dia yakinkan saya yang bulan Januari tu memang confirm dia akan bawa mak dia.

Saya pun faham dan setuju untuk bagi masa sampai awal Jan tu. Tapi semalam dia bagitahu tak tahu lagi nak datang ke tak sebab tak bincang lagi dengan mak.

Saya kata, call lah dulu bincang sebab panjang lagi masa. Dia kata malas. Allah, senang je dia jawab.

Kemudian saya tanya haritu kata confirm tu sekadar janji je lah? Bukan serius. Dia kata ala janji biasa je. Sebab nak pujuk saya. Allahuakbar, sakit betul hati saya.

Dia siap kata dia belum ready nak kahwin sedangkan dia dah janji nak datang bincang pasal kahwin dah banyak kali tapi sekarang dia boleh kata tak ready.

Saya bukan minta dia datang untuk kahwin, sekadar nak kan kepastian sebab dia asyik minta saya tunggu tapi dia langsung tak ada kepastian. Sekadar berjanji je yang dia pandai.

Kemudian, saya block semua di whatsapp, fb, call dan msg.

Jadi persoalan saya sekarang, patut ke saya tinggalkan dia terus atau saya perlu bertahan dan bersabar lagi untuk hubungan kami ni.

– Minah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *