Melepaskan Cinta 15 Tahun

Melepaskanmu, bukan mudah bagi ku untuk untuk melalui semua ini. Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati. Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu.

Cuba pertahankan. Separuh jiwaku hilang ikut terbang bersamamu Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati Kala malam tidur ku tak lena mengenangkanmu.

Aku Nadya. Umur 30 tahun. Sudah 5 tahun berkahwin dengan lelaki pilihan hati aku tetapi masih belum dikurniakan anak.

Namun perkahwinan kami tetap bahagia sebab suami aku sentiasa ada sisi menemani aku dikala suka mahupun duka sehinggalah..

Suami ku mendapat peluang kenaikan pangkat untuk bekerja di Singapura. Kenaikan gaji 5 kali ganda. Aku tumpang gembira apabila suami mendapat tawaran sebegitu tetapi hati aku sedih sebab memikirkan aku mungkin terpaksa berjauhan denganya.

Jenuh bertengkar dengannya untuk tidak membenarkan dia pergi tapi akhirnya aku terpaksa merelakan untuk tidak mengeruhkan lagi keadaan dengan syarat dia mesti balik seminggu sekali.

Maka, tinggal lah aku di Kuala Lumpur berseorangan. Kami yang merupakan anak sarawak, bertemu cinta di sekolah asrama penuh sana, mengekalkan cinta hingga lebih 15 tahun lamanya.

Pada mulanya, aku minta untuk ikut berpindah ke Singapura juga, tapi dia larang.

Katanya, kos sara hidup sana tinggi. Dia juga tidak mahu aku melepaskan kerjayaku disini. Aku pasrah.

6 bulan pertama semuanya baik-baik sahaja. Hari – hari dia whatsapp aku, call aku. Setiap minggu balik. Masuk 6 bulan seterusnya, dia mula jarang balik. 2 minggu tak balik.

Kemudian 1 bulan pun tak balik. Whatsapp dan call tidak sekerap dulu. Aku mula rasa tak sedap hati.

Aku bagitahu dia, kalau dia tak sempat balik, aku boleh pergi ke sana sekali sekala melawatnya, tetapi dia tak benarkan dengan alasan terlalu sibuk dengan projek. Aku akur.

Hari yang dinanti untuk dia pulang kunjung tiba. Betapa bahagianya aku! Macam rasa jumpa first date masa outing zaman sekolah dulu.

Tapi, aku rasa suami aku lain macam. Layanannya kepada aku seolah semakin suram.

Tak semesra dulu. Aku sedih. Apa yang berubah. Adakah aku makin gemuk? Kurang cantik? Sudah semakin kasar? Aku istighfat banyak – banyak, mungkin suami aku penat.

Waktu suami aku mandi, tiba-tiba telefonnya berdering. Tertera di handphone nya “Boss Que”. Aku macam apa benda lah suami aku ni letak nama bos macam ni.

Najib ke apa? Aku gelak ketawa sajalah. Aku biarkan saja. Tak angkat. Kali kedua berdering lama. Aku terus pergi kepada bilik air tanya pada suami,

“Bang, ada boss abang call ni. Macam ada hal penting ja”, aju aku. Tapi panggilanku tidak bersahut. Aku biarkan saja.

Masuk call ketiga, aku tak boleh duduk berdiam diri. Aku pun angkat call itu. Niat aku untuk memberitahu bosnya yang suami aku sedang berada di tandas. Tetapi alangkah terkejutnya aku, apabila aku mendengar suaranya,

“Hello Baby. Why you did not answer me? Were you too busy?”, lemah gemalai suara itu. Gugur jantung aku. Hati aku hancur. Bos apa macam ni. Malu apa bosku!

“Ngegeh mena ompuan ya ewhh.. Iboh kita ngaco nya.. (Gedik betul perempuan ni.. Jangan awak kacau suami saya”..). Terkeluar loghat Sarawak, aku lantas aku terus matikan telefon.

Aku terus ketuk pintu bilik air sekuat hati untuk tanyakan suami perihal siapa Boss Que. Pintu bilik air terbuka. Aku bersemuka terus tanpa banyak soal.

Suami aku jujur akan perempuan tu yang dia namakan sebagai X. X merupakan bosnya dari negara Eropah. Kira sama- sama Expat lah di Singapura.

X seorang Kristian. Suami aku jujur dia pernah terlanjur sekali dengan X. Suami aku beritahu hasrat untuk mengahwini X.

Dia mahu Islam kan X. Ujarnya Kristian juga adalah agama samawi, jadi tidak sukar untuk memahami Islam sebab mereka juga adalah ahli Kitab.

Kepala bana dia. Dia ingat dia hidup zaman nabi Muhammad ke apa, Kristian zaman itu masih mengikut 100% seperti ajaran Injil.

Hati aku hancur. Tak sangka insan yang aku sayang lebih 15 tahun sanggup perlakukan aku begini. Aku tak mampu nak maafkan dia. Mahu pun melihat wajahnya lagi. Terasa kosong. Tawar.

Aku minta dia lepaskan aku supaya jiwa aku tidak tersiksa lagi dengan lakonan nya selama ini.

Dia tidak mahu lepaskan. Aku nekad mahu pergi ke mahkamah untuk menuntut fasakh. Aku tahu aku masih sayangkan dia. Sayangkan semua kenangan dengannya. Tapi hati ini terlalu sakit memikirnya.

Apakah wajar aku maafkan dia? Kalau ya, dengan syarat apa?

– Mawar Tidak Berduri (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *