Assalamualaikum dan hai. Apa yang aku nak ceritakan ni aku harap jadi pengajaran untuk semua terutamanya remaja perempuan.
Korang semua kena percaya yang melepaskan tu lebih baik dari korang tangguh tangguh cuba yakinkan diri sendiri akhinya ke laut.
Ni kisah aku. Masa aku umur 16 tahun aku baru sedar betapa sunyinya hidup aku dari kecik. Aku ada 6 orang adik beradik aku yang kedua.
Aku ja yang membesar dengan nenek dan atok aku. Yang lain semua dengan mak ayah aku. Jadi aku membesar tanpa mak ayah tanpa kawan sepermainan hanya aku saja.
Masa kecik kecik dulu nenek dan atok selalu tinggal aku seawal umur aku dalam 4 ke 5 tahun macamtu. Sebab aku pandai bawak diri kalau pegi main kat luar aku reti bila masa sepatutnya aku muncul kan diri balik ke rumah.
Jadi masa aku 16 tahun aku download dating apps untuk cari boyfriend yang boleh bagi aku attention dan kasih sayang yang selama ni aku idamkan.
Selepas beberapa bulan main. Baru aku jumpa seorang lelaki yang bagi aku kena dengan cita rasa aku. Dia hensem bagi aku. Dia pandai bagi ayat manis. Dan suara dia sedap. Aku gelarkan dia F.
Masa first time kami call dia nyanyikan lagu kat aku tajuk dia camelia. Time tu aku rasa bahagia sangat sangat. Tapi masa tu F ni pun ada perangai pelik jugak.
Dia selalu munculkan diri bila pukul 12 pagi ke atas untuk chat atau call aku. Aku tak syak apa apa. Sampai la satu hari ada call yang masuk dari nombor yang aku tak kenal kat whatsapp tapi bila aku tengok profile picture tu gambar F so aku save je la nombor dia lagi satu.
Tiba tiba satu haritu muncul status dia kat aku dari nombor dia yang baru aku save. Dia tulis kat status dia “hanya kau yang ku sayangi Nur Syafiqah ” aku memang terkejut sebab tu bukan nama aku. Aku pun chat dia dan dia cakap tu senanya girlfriend dia.
Diorang dah 5 tahun bersama tapi lately ni gf dia macam berubah tak layan dia sangat so dia decide download dating apps untuk hilangkan bosan. Dan aku buat keputusan sampai situ jala hubungan kami.
Selang beberapa hari dia call aku pujuk mintak aku stay dengan dia sebab dia dah cinta dan sayangkan aku. Aku bodoh aku termakan pujuk rayu dia.
Btw aku dan dia LDR dia kat KL dan aku kat Perak. Aku terima dia balik sebab aku dah sayang dia tapi dalam masa yang sama aku harap dia tak main main kan aku.
Selama aku jadi orang ketiga. Aku memang dilayan layaknya seperti yang kedua. Aku tau dan aku sedar aku hanya dijadikan pilihan kedua.
Sampai la satu hari dia bagitau yang gf dia mintak putus. Time tu aku rasa happy. Tapi aku sedih jugak sebab F nangis nangis video call dengan aku bagitau aku betapa F sayangkan gf dia.
Lepas je selesai segala antara F dan gf dia. Aku rasa happy sangat sebab akhirnya aku sorang ja jadi buah hati dia. Tapi happy aku tak lama sebab lepastu aku nampak yang F berubah lepastu aku sendiri siasat.
Siasat punya siasat rupanya F ni dia tengha bercinta dengan isteri orang dekat kl tu. Masa aku tau tu aku nangis macam takda hari esok. Aku minta F buat keputusan sama ada pilih aku atau dia.
Aku tunggu F reply chat tapi yang aku dapat hanya bluetick. Dari situ aku tau. Dia pilih isteri orang dari aku.
Aku pun undur diri dengan hati yang hancur. Selang 2 minggu. Ada satu pagi tu pukul 3 pagi.
Aku terdetik nak bukak whatsapp bila aku bukak aku nampak F chat aku mintak maaf. And time tu birthday dia 28/1 dia buat request nak aku balik.
Dan aku dengan bodohnya terima lagi dia dengan harapan dia berubah. Dia memang tak buat perangai lepastu tapi dia macam seolah macam mayat hidup masa chat dengan aku. Sampai la satu hari aku vc dengan dia aku bukak tudung.
Dia teruja tengok aku bukak tudung dia kata aku cantik. Lepas ja daritu dia memang nampak sayang gila gila kat aku. Cinta gila kat aku. Hanya aku yang dia nampak.
Hari hari yang mendatang aku layan dia dalam vc. Sampai lah kami jumpa face to face. Tempat first aku jumpa dia kat rumah nenek atok aku.
Satu jam jarak rumah aku dan parents dia so every month kami jumpa satu hari salah faham berlaku antara kami. Yang membuatkan dia macam berubah tak macam dia yang sebelum ni sayangkan aku gila gila.
Kami selalu bergaduh dia selalu block aku dan aku dan aku selalu pujuk dia unblock aku. Aku mula dah tak rasa bahagia yang berbaki yang satu penyeksaan.
Sampai la satu hari dia block aku dan aku rasa cukuplah sampai situ tapi aku hanya boleh bertahan 3 bulan.
Lepastu aku cari dia balik. Dan kami together balik. Dan aku decide untuk kerja dekat pekan. Sewa rumah.
Tanpa aku sangka masa pertama kali aku tinggalkan kampung tula bermulanya detik hitam aku. Lepas ja aku hidup sendiri.
Hanya aku kerja dan dia yang aku hadap tiap hari. Akhirnya satu hari tu aku tewas dengan nafsu aku terlanjur dengan dia.
Tapi dia still dengan perangai dia suka menyakitkan aku dia terus menerus sakitkan aku dengan perangai dia tapi kalini tanpa melibatkan perempuan.
Disebabkan aku terdesak sangat nak hidup dengan dia. Aku tipu dia yang aku pregnant 2 minggu. Bodoh tak aku?
Memang bodoh weyy mana ada orang tau pregnant 2 minggu selalunya 6 minggu ke atas. Lepastu aku tipu yang aku gugur. Dan aku inform dekat family aku.
Dan family aku jumpa family dia. Aku terkejut dengan family dia yang sindir sindir aku seolah aku lah yang bersalah kat situ semua salah aku hanya aku yang salah sangat jelas diorang menyindir dan menghina.
Tapi mak abah aku diam sebab mak abah F lagi tua dari mak abah aku.
Tapi dalam perbualan tu jugak diorang setuju untuk kahwinkan kami hujung tahun ni. Aku rasa happy sangat. Tapi balik tu mak abah aku cakap diornag actually tak berkenan dekat F.
Tapi time tu peduli apa aku. Aku nak F tu ja tak kesah orang lain.
Tapi F? Dia tetap dengan perangai dia.
Satu hal yang aku ingat. Dia pakai semua duit dia yang dia kumpul untuk majlis tunang kami. Untuk beli phone baru. Atas alasan time tu kami bergaduh. Hari hari mendatang masih sama takda yang berubah.
Dia dengan perangai dia. Dan kami tetap having s*x. Sampai satu hari kami gaduh F block aku kat semua socmed dia.
Aku dah tak boleh nak chat dia kat mana mana dah. Nombor aku pun dia block aku dah takleh call dia. Macam orang hilang anak aku time tu.
Last aku terima yang dia tinggal aku camtu ja. Tapi tiba tiba dia datang balik mintak maaf dan aku ajak dia jumpa sebab nak pulangkan barang yang dia pernah bagi.
Tapi aku tetap tewas dengan nafsu. Kami having s*x lagi. Aku terdetik nak check phone dia. Masa aku check phone dia. Dia tengah tido.
Alangkah terkejutnya aku. Aku bukak chat yang bernama Ara bila aku baca isi dalam tu yang aku faham.
F ni cuba ajak Ara buat s*x di bilik sewa dia. F kata bilik sewa dia dah ada tilam seronok untuk bermain. Dan dalam masa yang sama dia mintak ara untuk carikan kawan perempuan untuk menyewa sebilik dengan dia.
Aku hancur tapi aku tetap check lagi phone dia. Dan aku jumpa lagi. Dia masih berhubung dengan ex dia seolah dia nakkan ex dia lagi.
After 2 years berpisah. Aku rasa sangat tertipu. Aku rasa bodoh.
Aku rasa ini ka balasan yang aku dapat. Selama aku dengan dia. Aku pertahankan dia depan family aku.
Macam macam aku buat untuk dia. Terlalu banyak peluang aku rasa sakittt sangattttt. Aku tunggu dia bangun aku cakap pasal ni untuk dengar penjelasan taik dia.
Aku saja nak dengar padahal aku memang dah buat keputusan yang muktamad sampai bila bila. Aku taknak teruskan apa apa dengan dia. Aku berterus terang dekat dia.
Dia cuba pertahankan diri dia yang aku nampak bukan tentang kami dan last sekali dia cakap okay kita buat haluan masing masing kau dengan jalan kau aku dengan jalan aku.
Sebelum kami berpisah dia suruh aku salam dia aku pun salam la dengan perasaan berat dan hancur kalini kami betul betul berpisah.
Selepas 3 bulan lebih. Aku rasa haid aku dah lama tak datang aku tak fikir yang aku pregnant tapi aku fikir sebab mungkin aku ada fibroid atau cyst ka. Aku pun pegi klinik buat scan.
Dr sahkan aku pregnant 15 minggu 6 hari. Aku terkejut aku menangissss. Sebab masa aku dengan dia aku tak pregnant tapi bila dah jauh terpisah dari dia.
Aku pregnant pulakkk. Aku tak tunggu lama terus ja aku bagitau mak aku. Reaksi mak aku. Mak aku nangis sekejap kemudian mak aku okay.
Mak aku cakap jangan buat apa apa dekat cucu dia sebab tu cucu dia dalam perut aku. Tapi aku tak terfikir nak buat apa apa pun. Aku sayang anak aku.
Lepas 2 minggu family aku inform pada F. F chat aku dia ajak aku kahwin secepat yang mungkin. Dia ingat aku bodo lagi time tu.
Aku dah tahu awal masa dia ajak aku kahwin dalam masa yang sama dia dalam perhubungan dengan perempuan lain.
Aku benci dia. Sebab perangai dia bagi aku takkan habis. Aku keraskan hati. Aku cakap aku taknakk taknak dan taknak.
Dan akhirnya dia paham. Dia dah tak chat aku. Lepas sebulan aku dapat tahu dia bertunang dengan perempuan tu.
Dan kemudian dia berkahwin dengan perempuan tu sebulan sebelum aku lahirkan anak aku. Aku ada chat dia sekali atas tujuan bagitau dia. Dia ada anak dari rahim aku anak selamat dilahirkan.
Tapi yang dia balas. Dia tak nak amik tau apa apa pasal anak dari aku mahupun dari keluarga aku. Aku okay jaa. Sebab aku bukan chat dia untuk minyak duit atau mintak apa apa sekali pun.
Tulah penyudahan bagi orang yang tak berdegil taknak lepaskan dari awal. Jadi korang jangan jadi macam aku.
Kalau rasa patut melepaskan korang lepaskan ja jangan tunggu tunggu.
– Ayienn (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pernah jugak ada dalam situasi macam ni . ingat satu je girl , once lelaki ajak having s*ks ni , ikhlas sayang cinta tu tak wujud pon dalam diri dia . be strong okay girl .
Be strong, dik. Fokus pada diri & anak utk masa depan yg lebih baik.