Salam semua. Saya lelaki, sekadar berkongsi pengalaman / perubahan emosi tahun ini, tak kala memasuki usia 35 tahun di tahun 2024.
Sekiranya ditanya saya yang 10 tahun lalu, saya menjangkakan hidup pada usia 35 tahun akan sentiasa dan terus semangat. Namun, sebaliknya berlaku.
Tahun 2024 ni aku banyak pula melihat kebelakang. Bukan sehari dua, tapi berbulan-bulan.
Diri yang bergitu bersemangat membina career & masa depan, sudah mula bertanya, berbaloikah mengejar itu dan ini?
Entah kenapa aku pulang kerumah mak ayah dan juga arwah atok dan nenek (dihuni saudara), mencari barang2 yang aku tinggal.
Aku jumpa balik permainan, komik2 yang aku lukis dan juga barang2 aku dahulu.
Aku juga mencari cd2 backup computer lama dan melihat gambar-gambar myspace dan friendster, yang sudah aku lupakan. Begitu juga cd-cd game lama aku.
Terima kasih kepada mereka kerana tidak membuang barang-barang lama aku.
Bila diamati, aku tertanya diri, dimanakah hilang diri yang sangat ceria dan optimistik didalam kehidupan dahulu?
Aku tenung barang2 aku dan sambil meningati keadaan dahulu yang simple, tapi happy.
Sambil aku melihat data-data lama didalam dvd backup computer lama… aku tertarik dengan satu gambar.
Ia adalah gambar ‘header’ kepada blog yang pernah aku design dahulu dan bila aku type url itu balik, rupanya blog itu masih wujud dan peliknya, aku sudah lupa kewujudannya.
Aku baca apa aku tulis dan luahkan dalam blog tersebut (dalam 5 posting sahaja). Rasa kelakar pula melihat diri yang tidak matang.
Selepas membaca blog tersebut aku terfikir, bagaimana aku boleh lupa 100% aku pernah menulis blog tersebut?
Aku bilang tuhan menciptakan usia remaja hingga awal dewasa.. adalah usia aku excited untuk melihat dan fight untuk kehidupan. Jadi aku kejar mengejar membina kehidupan sehingga lupa dibelakang dan apa pernah berikan.
Dan sekarang, di pertengahan perjalanan hidup, tuhan suruh aku lihat kebelakang untuk tengok, adakah aku ontrack didalam kehidupan.
Aku teringat didalam movie Inside Out 2 tahun ini, ada satu karakter bernama ‘nostalgia’ dihalang oleh karekter2 lain kerana ‘belum tiba masa lagi’. Adakah ini apa yang aku alami, ‘nostalgia’?
Adakah ini kenapa band2 zaman remaja aku start buat ‘reunion’ dan konsert balik, dihadiri dengan ‘remaja’ yang mempunyai anak? Adakah mereka sedang mengalami perubahan emosi yang sama seperti aku?
Apa-apa pun tahun ini aku perasan, aku sudah sangat penat mengejar career, baik luangkan masa dengan anak-anak, isteri, ibubapa dan keluarga… sebab time is limited.
Dan melihat mak ayah yang dimamah usia, aku semakin sedar, masa mereka dipanggil ilahi sudah hampir.
Sebelum ni aku rasa macam masa itu banyak, sekarang aku rasa sudah suntuk.
Aku sangat menghargai orang-orang sekeliling. Aku melihat mereka sebagai rezeki yang Allah hadirkan spesifik untuk aku, didalam hidup yang singkat ini.
Tatkala direnungkan susah dan senang, gembira dan sedih, kecewa dan sorak, manis dan pahit 35 tahun ini : terima kasih Allah disepanjang 35 tahun ini kerana menjaga dan membimbingku diriku. Engkau Tuhan yang baik.
Aku melihat anak2 aku bermain dan aku berdoa, ‘semoga hidupnya, berjaya dan gembira’ (walau didalam hati tahu, dia akan menempuh panca roba sama seperti aku dahulu).
Adakah kalian, yang sama usia atau lebih, merasakan perasaan tatkala menjejak usia yang sama?
– Usop (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Kita di usia yg lebih kurang sama. Cumanya beza kita sy xpernah rasa seronok dgn kehidupan bila menginjak remaja. Kerana org sekeliling semakin keras Pada saya di fasa tu. Jd sy berasa kebertanggungjawaban terhadap semua benda. Sy juga xminat byk benda bila memasuki alam remaja. Jadi bila dah 30 an saya Masih rasa sama mcm sy yg remaja cuma terlalu letih utk menggalas tanggungjwb and maneuver myself around adult. Cuma pikir nk settle apa yg patut n be gone from this world
Sama la umur kita. Tapi nasib kita tak sama. Jalan cerita, ujian kita lain. oleh kerana aku bujang, banyak masa aku terluang mengenang masa lalu sebelum 30an lagi. Tapi sekarang aku cuba mendidik diri utk live in the moment. Tak mau mengenang masa lalu mahupun berangan mat jenin lagi. Baiki diri demi masa depan di akhirat. Amin.