Melihat Kifarah Dalam Diam

Hai, assalamualaikum semua. Selama bertahun berlalu aku banyak menyaksikan beberapa perkara yang aku sendiri tak pasti sama ada itu kifarah, dendam terbalas ataupun sebahagian doa-doa yang termakbul.

Yang pasti setiap kali menyaksikan perkara tu berlaku hati aku pastinya terdetik secebis rasa puas hati. Mungkin kedengaran jahat tetapi itulah perasaan yang simpan bertahun lamanya.

Kisah pertama.

Selama di alam persekolahan menengah aku tidak pernah bercinta ataupun mempunyai kawan lelaki yang rapat.

Namun ketika berada di tingkatan 3 seorang senior merisik tentang aku. Fizikal dan rupa beliau ketika itu memang kena dengan taste aku walaupun aku masa tu tidaklah cantik mana.

Ditambah lagi dengan bantuan adiknya sebagai posmen surat cinta jadi kami pun berhubungan rapat. Hal ini berlarutan dalam 3-4 bulan sebelum beliau berpindah ke sekolah lain.

Tetapi jarak tidak memisahkan kami tetap berhubungan lagaknya seperti kekasih dan aku mula dibuai perasaan.

Hampir setahun berhubungan jarak jauh, sehari sebelum peperiksaan percubaan SPM, beliau membuat sebuah pengakuan. Bahawa beliau telah pun mempunyai teman wanita baru di sekolah barunya.

Dalam sms tersebut siap dinyatakan lagi bahawa mereka telah pun melakukan “lip kiss” untuk nak tunjukkan betapa mereka terlalu mencintai each other.

Aku waktu dapat sms tu of cos hatiku remuk, cinta monyetku telah musnah tapi hidup perlu diteruskan! Esok nak trial SPM ni oi!

Yang paling pedih usai trial SPM kertas Matematik boleh pulak beliau mengirimkan lagu “Dan” SO7 seperti menambahkan serbuk cili keatas lukaku.

Fast forward usai SPM-Diploma-Degree baru aku terjumpa semula facebook beliau. Beliau berkahwin dengan buah hati sekolah menengahnya.

Menelusuri kehidupannya menerusi facebook, dapat aku lihat beliau berkahwin diusia muda, fizikal dan rupa isterinya tidaklah begitu bergaya dan attractive.

Sang isteri tidak berkerja, mereka tinggal bersama ibu bapa dan si beliau ni berkerja sebagai operator kilang berhampiran. Hampir 10 tahun perkahwinan masih belum dikurniakan zuriat. Aku rasa life diorang ni pathetic compared mine.

Entahlah dalam hati aku pernah je terdetik “lah setakat ni je ke pilihan kau yang beria lip kiss lip kiss tu?”

Also, mungkin nurani aku ni jahat sebab aku pernah jugak rasa kehidupan beliau incomplete harini disebabkan doa-doa aku yang termakbul ketika aku terluka dan disakiti hati.

Kisah kedua.

Selama dalam lebih 5 tahun perkahwinan aku adalah menantu yang tidak bersuara. Membantah senyap, setuju pun senyap aku lebih kepada mendengar. Jadi selama perkahwinan ni hidup kami tidak mewah dan tidak pulak melarat.

Pernah ketika dalam pantang aku diherdik oleh mak mertua kerana refused ikut mereka bercuti,

Dalam herdikan tu keluar segala makian dan hinaan bahkan suamiku, anak lelaki mereka juga diherdik tidak berduit, menumpang berpantang tidak bayar sesen dan bodoh sombong kerana insist nak pasang carseat,

Walhal hal berpantang ni keluarga mertua yang pelawa dan everytime suamiku nak bayar barang basah untuk makanan berpantang seringkali mak mertuaku menolak dan mengatakan itu semua hadiah sempena kelahiran cucu pertama.

Hal ini sangat melukakan hati aku dan takkan aku lupakan.

Beberapa peristiwa lagi yang berlaku dan kebanyakan kami terluka akibat mulut mak mertua.

Seringkali dihina-hina tidak berduit kerana tidak bertukar kereta baru, duit bulanan yang suami beri tidak sebanyak anak orang lain maka suami sering dicop kedekut dan berkira.

Aku juga terpalit sama digelar isteri yang tidak mendatangkan untung yang mana selama berkerja tak pernah nak buatkan loan untuk tolong suami tukar kereta baru atau beli rumah double storey. Tapi kami sabar bak kata suami kita tak mati dek kata-kata orang.

Kemuncaknya raya tahun lepas kami tidak beraya bersama-bersama seperti yang dirancang hanya kerana mak mertua malu dan segan dengan keadaan kami yang masih menggunakan kereta berusia 10 tahun. Time tu 2 3 orang sepupu suami telah bertukar kereta H baru.

Sebak juga rasa kena palau dengan mertua time raya. Terjumpa dekat rumah saudara tidak bertegur, salam tidak disambut,cucu datang pun tak dilayan. Betul-betul terasa mcm orang miskin hina dina walhal sebab tak tukar kereta je pun?

Lagi hebat, mak mertua boleh berkunjung ulang alik ke rumah sepupu suami yang selang 2-3 blok dari rumah kami tetapi sikit pon tak singgah rumah kami. Masa ni aku betul-betul terluka hari-hari berdoa dengan Allah supaya aku ni jadi lebih bersabar.

Hampir 3 bulan kena palau suddenly suami dapat tawaran kerja lain dengan gaji yang lebih baik.

Dalam pada membuat keputusan aku pesan dengan suami apa-apa pun kena beritahu dengan mak mertua, sebab aku percaya restu dan doa dia penting dan mulia. Lantaklah dia palau kitorang pun yang penting kita call je dia dulu.

Alhamdullilah setelah berpuluh kali call tidak dilayan, haritu mcm mana entah mak mertua tak reject call so husband pun bagitau tentang tawaran yang diterima.

Suara mak mertua terus berbunga-bunga malah diajak kami pulang ke kampung tetapi dalam perbualan tu mak mertua sempat selitkan baguslah suamiku dapat tawaran kerja macam tu nanti boleh dapat jodoh baru yang lain.

Usai perbualan, suami cakap jangan ambil hati dan dia minta maaf on behalf his mother.

Fast forward suami accept the offer dan kami berhijrah ke tempat baru, sebulan lepastu aku pulak pregnant kira mcm betul-betul Allah Maha Baik bagi rezeki bertimpa.

2 bulan kami dekat sini, suddenly ayah mertua diagnosed with cancer dan kehidupan mereka start haywire.

Mak mertua aku macam hilang arah sebab selama hidup dia, dia tak pernah drive jauh-jauh, in charge on groceries mahupun memasak. So everything jadi serabut dan kami pulak jauh disini.

Tbh, instead of kesian dalam hati aku few times terdetik “padan muka” sebab tindakan dia sebelum-sebelum ni.

Disebabkan tindakan dan mulut dia tu la buat aku jadi heartless dan aku mmg tak amik port pun. Cukuplah sekadar mendengar suami bercerita dan meluahkan perasaan.

Bila balik kampung aku pon dah takde rasa nak bawak buah tangan or beli anything mcm selalu. Kalau memasak pun cukuplah sekadar aku anak beranak makan, nak lebih-lebih silalah masak sendiri or pepandailah beli.

Orang kalau dengar ni mmg akan cakap aku jahat, aku pun rasa bersalah tapi aku tak dapat nak nafikan perasaan sebenar aku. Adakah ini terjadi kerana ada diantara doa-doa aku yang termakbul?

Dan aku tetap percaya selama kita hidup ni tolonglah jaga mulut dan kata-kata tak kiralah dengan sesiapa waima budak kecik pun. Kau miskin atau kau kaya, mulut tu cakap elok-elok, perilaku tu jangan menyakitkan hati orang lain.

Aku harap aku takkan enjoy tengok penderitaan orang lain. Aku pun takut ade perasaan mcm ni, boleh jadi aku riak dan take over tugas Allah. Semoga aku sentiasa beristighfar dan jadikan sebagai pedoman.

– Lila (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *