Melihat Rawatan Busung

Assalamualaikum semua. Nama aku Che Senja Merah. Aku sekadar ingin nak meluahkan rasa sedih aku tatkala teringatkan cara pemergian arwah mak saudara ku yang terkena ilmu khianat orang.

Aku tak tahu siapa. Tapi naluri ku berkata ia ada kaitan dengan suami arwah. Memandangkan suami arwah ni ada perempuan lain yang ingin menjadi isteri kedua, a.k.a madu arwahlah senang cerita.

Aku bukanlah nak menuduh tetapi sewaktu di hari rawatan sedang berlangsung, tatapan mata arwah mak saudaraku banyak kepada suaminya.

Sudahlah suaminya pula enggan nak bawa berubat. Itu pun setelah jenuh, mak bapa aku serta adik-beradik mendesak barulah dia nak bawa ke H**** P*****.

Percaya tak kalau aku cakap, aku menjadi perantaraan dialog di antara perawat dengan si tukang hantar itu.

Ini antara apa yang mak aku bagitahu dialog-dialognya. Aku langsung tak ingat apa-apa waktu kerasukan.

“Aku nak M***. Tapi dia. Dia enggan berpisah. Aku mahu M*** seorang. Tapi dia. Dia degil. Aku nak dia mati. Mati. Mati!”

Kemudian perawat tu soal juga pada aku, siapakah bomoh yang perempuan itu guna khidmatnya.

Aku boleh bercakap orang asli. Dari situlah perawat dan semua dapat tahu. Bomoh orang asli itu menggunakan biawak dan kain batik. Jarang dengarkan?

Tapi itulah dianya. Di sebabkan terlalu lama tak bawa berubat akhirnya busung itu pecah sewaktu rawatan.

Allahu terpulanglah nak percaya atau tak. Mak aku dan yang lain dapat lihat kain batik berdarah yang ada dalam busung pecah itu.

Kini suami arwah sudah kahwin lain tetapi yang peliknya bukan perempuan itu…

Mungkin dia pun takut kut. Entahlah Allahualam…

Dan buat perempuan itu, ingatlah Allah itu Maha Berkuasa. Dunia ini bulat.

– Che Senja Merah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *