Assalamualaikum dan hai. Aku Melur, aku tertarik nak story tentang abang aku, maybe berkait dengan wife dia jugak dan life mereka.
Bukan sebab aku nak busybody life or rumahtangga dia, tapi aku harap apa yang aku kongsikan ni dapat bagi pengajaran pada semua termasuk aku sebagai adiknya.
Ringkasnya, abang aku seorang anak yang dikategorikan bermasalah dan suka buat kepala mak abah aku pening.
Orang cakap anak sulung ni bertanggungjawab, tapi tidak untuk abang aku. Dari kecik sepanjang aku membesar dengan dia (kami jarak setahun) apa ja kes disiplin abang tak pernah buat.
Dari kes ponteng sekolah, gaduh dengan kawan2 atau guru dll, sampaikan muka mak abah ni dah cukup femes kat sekolah. Sehinggalah abang naik remaja, makin liar jadinya.
Abang berhenti sekolah selepas ambik SPM atas alasan dah tak minat belajar. Dengan keputusan yang nyawa2 ikan, abang keluar cari kerja dengan kawan2 sebayanya.
Masa tu kami duduk di KL sebab abah dapat posting sana, lagi bertambah naik tanduk abang.
Abang makin kerap tak balik rumah, buat rumah macam hotel, paling teruk masa tu abang pernah curi semua barang kemas mak dan bawak lari kereta abah masa tu (abang tak ada lesen lagi).
Menangis kecewa mak sebab semua barang kemas miliknya peninggalan dari arwah nenek dengan cincin gelang masa kahwin semua dikebas.
Memang teruk betul abang masa tu, sejak tu abang tak pernah balik rumah and cuma contact kami untuk bagitau dia ok.
Lepastu block kami, selang beberapa bulan abang unblock kejap and bagitahu abang dah ke utara kerja sana sebagai mekanik lepastu block kami balik. Puas mak abah cuba jejak tapi tak dapat.
Sampailah satu haritu, abang berkahwin dengan seseorang yang sudah mempunyai 4 orang anak hasil perkahwinan dahulu. Aku gelarkan kak Su.
Sori aku tak suka gelarkan J pada kak Su sebab aku terlalu sayangkan dia macam akak aku sendiri, hehe.
Awalnya kami sekeluarga sukar nak terima, yelah abang kahwin senyap2 tanpa bagitahu atau jemput kami.
Nak dekat setahun kahwin baru kami tahu lepas abang terlibat kemalangan kecik, akak yang call inform kami (macam aku cakap abang tak pernah balik rumah, contact pun abang block kami).
Start situlah kami kenal dengan kak Su dan anak2nya, so far kami sekeluarga senang dengan kak Su dan anak2 sebab yelah makin besar keluarga kami.
Kami pun taknak ambik port dorang kenal macam mana yang penting status kahwin mereka sah disisi undang2.
Tipulah mak abah tak terasa sebab anak kahwin tapi orang tua tak tau apa2, bagusnya mak abah, langsung tak pernah pertikai status anak2 atau kak Su, selalu datang ziarah.
Layankan mereka macam keluarga sendiri. Kaksu pun layan kami sangat baik, memang aku syukur sangat dapat kakak ipar macam nie dengan harapan abang akan berubah.
Kenapa aku cakap Kaksu baik sangat, sebab masa mak sakit Kaksu yang offer nak jaga mak masa anak2 lain kerja jauh and abah pun kerja, takut mak tinggal seorang diri.
Kaksu jaga mak macam mak sendiri, bila time cuti setiap minggu baru kami balik dan ambik alih jaga mak untuk bagi ruang pada Kaksu rehat and fokus keluarga.
Sampailah mak meninggal, Kaksu cakap dia tak pernah dapat mak mertua sebaik mak.
Cuma satu masalahnya, kami fikir lepas abang kahwin abang akan berubah rupanya tidak, malah makin teruk.
Kata kak Su, pada awal mereka kahwin abang sangat baik pada dirinya dan anak2. Bab nafkah semua tiptop, siap bawak keluar jalan2.
Memang berbeza lah cara abang dengan kami. Tapi sejak masuk 6 bulan lepas kahwin, abang kembali perangai sebenar dia macam dia dengan kami.
Mula tengking2, salah kecik pun habis dimaki, kalau nak makan kena berhidang dan bersuap, kalau makan sendiri contoh kat ruang tamu, habis makan tinggal gitu ja pinggan tu nanti kak Su atau anak2 yang kutip.
Plus abang pengotor yang amat, jarang mandi balik kerja terus landing atas katil, merokok semua dalam bilik.
Abang jugak perokok tegar, kuat minum air k***m dan masih terlibat dengan judi online. Kak Su bising jugak sebab habis bilik berbau, cadar kena puntung rokok.
Tapi tulah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Makin tegur nanti berbakul lah dia maki.
Sudahnya kak Su diamkan ja kadang2 mengadu jugak kat kami adik2 ipar nie. Yelah penat, dengan kerja lagi lepastu balik nak hadap abang dengan kerja2 kat rumah lagi.
Mujur anak2 kak Su memang jenis tolong, ringan sikit bebanan kak Su. Abang jugak culas bab nafkah, yang aku tahu setakat ni nafkah zahir, bab belanja makan barang dapur semua kak Su yang keluarkan modal.
Bila minta kat abang, dia cuma belikan 2 ekor ayam saja setiap hujung bulan lepas dapat gaji, kalau minta lagi dia akan bising kenapa barang yang dia beli cepat habis.
So nak tak nak kak Su laa yang kena guna duit gaji kerja dia tak seberapa tu untuk beli barang dapur.
Yang aku geram tu apa kak Su beli abang pun ikut melantak tanpa tanya mana kak Su susah2 dapat duit beli barang tu. Dasar muka tembok!
Kadang tu barang dapur dah habis, abang main order ja kat Kaksu suruh masak itu ini, bila Kaksu mintak duit tahu pulak abang makan apa ja yang ada walaupun makanan tu dia tak suka.
Yang abang cuma bayar duit sewa rumah tu pun selalu tertunggak sampai owner tanya banyak kali, bil air api pun selalu tertunggak dengan 2 ekor ayam tu.
Part bil air api aku baran betul, sebab bila aku datang rumah dorang macam nak ziarah and bermalam sehari dua, mesti rumah bergelap bila masuk waktu malam.
Aku pelik jugak dah kenapa, rupanya anak kak Su bagitahu ayah (abang aku) marah bil api tinggi sangat tu yang kena bergelap.
Setiap malam ya, nak charge telefon pun ada limit, TV ada tapi abang cabut segala wayar tak bagi pasang. Sumpah aku terus sound ja abang aku masa tu, dia buat diam kepala tenuk dia ja.
Start tu jerlaa kalau ada aku ka family aku bermalam, baru ada cahaya dalam rumah tu, baki hari lain masih bergelap. Dia memang gitu kalau orang tegur, sama ada diam atau maki.
Tapi aku perasan dengan adik beradik atau abah dia banyak diam, tapi tulah bila kitaorang tak ada dia balas dendam kat kak Su atau anak2 tiri dia. Sembang kencang ja nie.
Padahal bil api pun cuma RM100 ke bawah, jadi banyak sebab tertunggak. Kalau ikutkan belanja yang dia keluarkan untuk family dia tak banyak pun nak banding gaji dia yang nak dekat 3k.
Kalau kat rumah tu ada kerosakan macam lampu ka mesin basuh ka, bila Kaksu mintak tolong abang repair, abang buat tak layan siap cakap lagi jimat elektrik kalau barang2 tu rosak. Lepastu dia yang bising kenapa baju2 dia tak berbasuh.
Aku yang dengar pun baran tau bila Kaksu cerita. Kaksu memang selalu cerita kat aku atau adik bongsu and aku tak bagi Kaksu cerita kat abah sebab tak nak abah risau or jatuh sakit fikirkan abang kecuali melibatkan hal besar.
Tapi bila abang tau ada keluarga jauh nak datang bermalam or ziarah, abang akan terus repair and buat rumah tu macam lengkap dengan barang dapur bagai, pastu bila keluarga jauh ka orang luar datang puji, dia kembang. Macam harey ja perangai.
Sebab depan orang lain pijak semut tak mati, kami yang dengar pujian ni cuma mampu cakap hanya Tuhan jerlah tahu betapa meluatnya kami dengan abang. Tapi bila tanya mana duit, dia diam.
Sebab kadang dia akan minta kat kak Su jugak duit untuk rokok. Aku tahu gaji dia mesti labur kat tempat Haram tu sebab tu tak pernah lekat duit tu.
Ikutkan apa ja belanja makan mereka sekeluarga dengan bil2 bagai, abang boleh buat saving tau siap keluar kereta baru lagi tapi tulah sebab benda Haram tu duit pun lebur.
Aku pun kadang geram dengan kak Su sebab terlalu baik, ikuntukan sangat ragam abang.
Kak Su pun gaji bukan besar macam abang, dalam RM1300 macam tu ja untuk tampung semua belanja barang dapur dengan barang2 sekolah anak2 lagi.
Ada masa aku dengan adik beradik termasuk abah aku hulur jugak duit kadang tu kalau kitaorang datang sana beli siap2 barang dapur.
Sebab kesian sangat dengan life kak Su, dapat kahwin dengan lelaki macam tu. Dah dapat keluar dari bekas suami yang tak bertanggungjawab dapat pulak suami sekarang yang lagi haukk.
Kemuncaknya bila time puasa haritu anak sulung kak Su call aku dengan adik aku bagitahu abang dengan kak Su bergaduh besar, dalam call tu dengarlah suara kak Su menangis and suara abang maki2.
Dorang gaduh pasal kak Su minta sikit duit untuk topup barang dapur tapi abang melenting.
Abang siap halau kak Su dengan anak2 keluar rumah. Anak Kaksu yang sulung aku dengar jerit2 pertahankan ibu dan adik2 nya.
Siap dengar suara jiran sebelah masuk campur nak leraikan pergaduhan. Aku dah takut plus risau jadi apa2 pada dorang, sebab abang aku tu bila datang gila boleh jadi macam 2.
Aku nak gerak terus dorang jauh, jadi aku terus off call and call polis. Aku dah tak kisah kalau ada yang kata benda setakat gaduh laki bini takkan nak libatkan polis, sebab aku dah muak dengan perangai abang.
Dari sebelum kahwin asyik susahkan mak abah sampai dah kahwin pun still tak berubah.
Alhamdulillah polis bagi kerjasama cuma mereka mampu warning ja sebab abang tak gunakan kekerasan dari sudut fizikal and bagi nasihat kat abang untuk berubah jadi ketua keluarga yang baik.
Benda tu settle setakat tu saja, and sampai sekarang hubungan anak2 Kaksu dengan abang dingin sangat.
Dorang banyak ngadu kat aku, dorang dah hilang hormat dengan abang sebagai bapa tiri dorang, dorang terkilan dulu masa nak kahwin dengan ibu mereka, kemain janji manis tapi sekarang semuanya dusta semata.
Dorang menangis dekat aku, sebab dorang jugak pernah jadi mangsa masa ibu ayah kandung masih duduk sebumbung, ayah mereka terlibat kes dadah and kaki pukul.
Dari kecil mereka tak pernah dapat kasih sayang seorang ayah, jadi mereka harapkan abang aku tempat menumpang kasih tapi rupanya sama ja.
Aku sumpah malu dengan anak2 sedara aku tu sebabkan abang aku perangai macam tu. Jangan tanya kenapa kami sekeluarga tak pernah tegur, puas dah tegur tapi abang aku jenis tak makan saman.
Dia rasa dia yang paling betul, kadang tu bila kak Su atau anak2 mengadu kat aku sekeluarga, and kami tegur atau marah abang, dia akan balas iya2 tapi rupanya bila kat rumah, abang akan marah balik Kaksu atau anak2 sebab ngadu pasal dia kat keluarga.
Sejak tu kalau kami nak tegur kami kena hati2 sebab taknak Kaksu and anak2 yang kena tempias.
Dulu masa abang bujang, apa saja kes yang dia buat mak abah selalu bela.
Memang mulut mak abah bising tapi tulah bisingnya kat kami, ngadu abang buat hal, sebab abang kan tak ada kat rumah (buat macam hotel) so kamilah yang kena hadap luahan mak abah, dah bising tapi masih nak backup abang.
Yelah anak jahat pun mak ayah tetap sayang dan risau. Contoh masa abang kena masuk lokap and sampai kes mahkamah makabah laa yang ikat jamin siap cari lawyer lagi nak bebaskan abang punya pasal.
Orang luar mana ntah ngadu kata abang buat masalah, mak abah jugak keluar duit settle kan apa yang abang dah buat. Kami marah jugak makabah kenapa bela abang, tu abang naik lemak tapi mak ayah cuma cakap kesian kat abang.
Tapi masih bising kat kami pasal abang, ntahlaa. Tapi abang still tak hargai, bila kitaorang suruh abang ingat balik pengorbanan makabah, abang cuma balas siapa suruh tolong dia.
Memang rasa nak tumbuk ja mulut tu biar terus tak bercakap. Sebab tu kami adik2 jadi malas nak ambik tau pasal abang, bila mak abah dulu2 ngadu and ikutkan hati dah tak nak kisah pasal abang langsung tapi tulah kak Su and anak2 pulak sekarang ngadu soal abang.
Kami jujur dah naik meluat dengan sikap abang, tanggungjawab sebagai anak, abang, suami dan bapa semuanya habis dilanggar.
Aku punya sampai tahap benci dengan abang, aku selalu cakap dengan Kaksu aku tak nak ada kaitan apa2 dengan abang, aku dah tak anggap dia tu abang aku, aku bertahan pun sebab Kaksu dengan anak2 ja yang masih hidup dengan abang.
Pernah jugak Kaksu ngadu yang abang ambik dadah sebab pengaruh kawan, dia punya berani tu hisap benda tak guna tu elok ja depan Kaksu, so kak Su ambiklah gambar or record kat aku, Kaksu tegur tapi macam biasa maki ja dapat.
Aku punya hangin masa tu, sanggup aku turun sana aku sendiri p AADK dengan IPD sana untuk report pasal abang aku.
Siap dorang tanya macam pelik kot ada yang nak report family sendiri, kisah pulak aku sebab aku dah tak larat nak dengar masalah yang sama tapi tak ada solusinya.
Aku siap bagitahu and warning abah, jangan masuk campur lagi dah kalau abang kena tangkap, and mujur abah masa tu ikut cakap aku, mungkin abah pun dah penat nak fikir soal abang.
And yes abang kena tangkap untuk 2 minggu, kecewa jugak aku asal abang tak kena masuk pusat pemulihan lama2 tapi dorang cakap sebab abang masih baru and dorang bagi peluang dan pantau abang lepas bebas.
And that time demi Allah aku rasa aman dunia tak dengar cerita pasal masalah yang abang buat selama 2 minggu tu.
And masa tu berharap jugak abang akan berubah ambik pengajaran, tapi lepas 2 minggu dibebaskan adalah sebulan tu berubah layan anak bini elok2 lepastu kembali perangai asal.
Aku dengan adik2 lain tekad dah suruh Kaksu berpisah ja dengan abang, sebab hari2 Kaksu akan call ngadu abang buat hal itu ini.
Kami pun sampai sesak kepala fikirkan, tambah bila Kaksu ngadu soal duit, kalau kami ada duit lebih memang kami hulur tapi kadang tu ngadu tengah bulan kami pun sesak sampai kami korek duit untuk tolong jugak Kaksu.
Kaksu memang tak minta duit kami tapi siapa ja tak luluh bila dengar dorang kat sana dah tak makan berhari2 sebab tak ada duit belanja untuk barang dapur, bila minta abang dimakinya balik.
Tapi tulah Kaksu punya sayang dan setia pada abang, dia tak nak berpisah dengan abang. Dia kata dia dah serik nak berpisah sebab sebelum ni dia pernah hadap, Kaksu cakap nak hidup lepas berpisah bukan mudah.
And Kaksu yakin abang akan berubah jugakk. Aku tahu hidup dengan status macam tu lepas berpisah memang tak mudah, tapi kalau teruskan hidup dengan orang macam nie mudah ka?
Aku selalu brainwash Kaksu fikirlaa diri sendiri dan anak2, kesian kat anak2. Jangan seksa diri dan sekat kebahagiaan sebab lelaki macam abang.
Nak harapkan dia berubah, kami sekeluarga dulu dah pernah berharap sampailah sekarang kami dah putus harapan. Kaksu masih dengan pendiriannya dan cakap kami tak faham dia.
Ntahlaa aku tak pasti apa yang aku dengan adik2 nasihatkan Kaksu salah atau betul. Sebab anak2 kak Su sendiri cakap dengan kami, mereka lagi rela ibu mereka berpisah dari hidup jadi hamba pada bapa tiri mereka.
Aku siap cakap dengan Kaksu soal duit nak bukak kes ka upah lawyer ka aku boleh tanggung asalkan mereka berpisah,
Kalau soal nak teruskan hidup lepas berpisah, aku dengan adik dah ajak Kaksu dengan anak2 datang duduk dengan kami saja, cari kerja untuk tampung anak2 kat area rumah kami, soal sekolah anak2 kami sanggup uruskan tapi Kaksu still tak nak berpisah.
Aku kadang sampai tegur Kaksu kalau itu pilihan dia, dia kena tahu risiko hidup dengan lelaki macam abang.
Jangan mengadu itu ini sedangkan diri sendiri tahu apa kesan kalau teruskan perkahwinan. Aku bukan nak lepas tangan tau, tapi jujur aku dah penat nak dengar onar yang abang buat.
Orang mungkin akan cakap patutnya aku adik bela abang, eh tak! Kalau keluarga sendiri dah buat salah, tak adanya aku nak backup.
Aku bukan macam mak abah, tolong tutup kesalahan yang abang buat. Aku pun tak boleh salahkan mak abah sepenuhnya, dorang dah didik abang sehabis baik, abang yang pilih salah jalan, cuma part bila abang buat salah ja mereka akan tolong selesaikan.
Yelah kasih sayang orang tua pada anak kan. Selalu bila kak Su or anak2 sedara ngadu soal abang, aku selalu minta maaf bagi pihak keluarga Aku sebab perangai abang.
Terlalu malu kadang nak ngaku abang tu keluarga Aku. Tak faham kenapa abang sampai jadi macam tu.
Aku lagi rela backup kak ipar dengan anak2 sedara aku sebab aku tahu abang aku memang punca. Kalau dengan kami yang keluarga dia sendiri pun abang boleh pijak buang macam tuja, inikan lagi bini dengan anak tiri.
And now Kaksu masih lagi hidup dengan abang, jalankan tanggungjawab sebagai isteri dan suami.
Aku ada ja share luahan anak2 Kaksu tentang abang pada Kaksu, and Kaksu aware pasal tu tapi still dia cakap anak2 dia tak rasa apa yang dia lalui, aku dengan anak2 tak faham sakit nak berpisah.
Tu ja Kaksu respon setiap kali aku bangkitkan soal perpisahan. Abang masih macam tu lagi ya, aku dengan adik pun dah tak tau nak buat macam mana, and sekarang kami cuma mampu dengar ja luahan mereka dan tolong yang mampu.
Kami pun buntu sebab tuan badan sendiri pilih nak hidup semati dengan abang. Korang kalau ada apa2 nasihat, bolehlaa bagi nasihat.
Or maybe yang ada pengalaman macam nie, bagitahu cara nak handle. Thank you.
– Melur (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit