Untuk part I, (https://iiumc.com/melucah-itu-normal/).
Assalamualaikum. Hi korang, aku Z, kembali untuk part ii bagi menjawab beberapa soalan & menjelaskan tujuan isi confession pertama aku. Terima kasih kat admin yang approved confession lepas.
Ya, aku akui bapak aku dah berubah, umur dia awal 50-an dia dah mula berubah, ada yang komen dosa dendam dengan bapak sendiri, tak cium bau syurga.
Aku nak clarify kat sini, DENDAM aku bermaksud, aku BENCI & DENDAM akibat perbuatan dia yang melucah itu sahaja, selemah-lemah iman, menafikan perkara mungkar dalam hati.
Ada juga yang komen katanya bapak aku sorang macam tu terus aku prejudis, rasanya dia terskip perkataan ‘SEGELINTIR’ yang aku tulis di confession lepas, atau dia terasa sebab dia berada dalam golongan segelintir? Wallahu’alam.
Bahkan ada yang bertanya, tujuan confession apa? Sebab bapak aku dah berubah, aku bercerita dekat platform sini sebab tiada yang mengenali aku, dah tentu-tentu orang tak tahu siapa gerangan kami,
Aku bagi contoh jelas depan mata sebab mudah untuk aku bercerita & dalam confession aku pun aku dah jelaskan, tujuan confession aku sebagai AWARENESS kepada mereka yang suka berkelakuan lucah, menganggap benda melucah itu normal.
Ada yang komen menegur asatizah kita yang suka lawak double meaning dalam kuliah etc di surau/masjid, tugas kita sebagai seorang mukmin adalah amar makruf nahi mungkar, janganlah korang mengikut asatizah yang suka berkelakuan macam tu,
Tugas kita sebagai individu, kita jalankanlah dulu kewajipan kita yang tu, tak mudah ya nak menafikan perbuatan mungkar apatah lagi bila ramai yang meraikan, tapi kita sendiri faham benda tu mungkar,
Maka kita buat dulu untuk bahagian kita & kalau boleh, teruskan menegur asatizah yang berkenaan, terpulang secara peribadi @ terang-terangan,yang penting kita jalankan tugas kita. Amar makruf nahi mungkar.
Tahniah yang faham isi-isi confession aku yang lepas & takziah buat mangsa-mangsa keadaan sebab ada yang share kejadian yang menimpa diri sendiri,
Banyakkan yang komen kejadian-kejadian karut hatta korang terkena sebagai pendengar mereka yang suka bercakap lucah, sebagai contoh komen sorang puan ni, katanya di kedai makan, mak ayah berpakaian alim, anak anggaran umur 10 tahun bercerita tentang ‘telur’ a.k.a kemaluan.
Anak 10 tahun tu faham maksud double meaning ayah dia. Korang faham tak kenapa penting untuk kita tingkatkan kesedaran tentang perbuatan melucah dan lain-lain ni? Untuk masa depan generasi kita juga.
Aku tak hairan dengan komen puan guru tersebut sebab aku dah terlalu biasa dengar perkara-perkara ni daripada rakan-rakan aku yang bergelar guru.
Ada 1 kes pelajar rakan aku, baru tahun 1 ya, boleh londeh seluar kawan dia untuk pegang zakar kawan dia? Tahun 1 faham apa? Dia tak faham tapi dia mengikut apa yang dia lihat, mungkin daripada sosmed @ persekitaran dia sendiri tak sihat.
Faham tak tugas seorang guru tak mudah untuk akhir zaman ni? Sebenarnya bukan guru yang bertanggungjawab penuh ya, semua bermula daripada insan bernama AYAH & IBU. Itulah pemula.
Aku taknak bercerita panjang lagi bab ni sebab aku tengok ramai je yang faham tujuan confession pertama aku haritu, alhamdulillah maksudnya penyampaian aku even dah membuka kisah lama bapak aku tersebut sampai.
ALHAMDULILLAH kat sini bukan meraikan perbuatan bapak aku ye, karang ada lagi berhujah benda ni pulak. Alhamdulillah sebab apa yang aku cuba kongsi, sampai dekat sebilangan besar netizen yang komen. Ramai yang faham.
Aku taknak korang bertekak di ruangan komen, sama-sama kita muhasabah tentang isu yang seringkali dianggap picisan ni padahal benda ni isu besar untuk masa depan agama kita sendiri.
Terima kasih yang komen baik-baik, yang sudi berkongsi pengalaman sendiri & juga beberapa komen yang mungkin agak marah dengan aku, takpa, aku okay sebab kita masing-masing punya pandangan masing-masing. Raikan sajalah.
Aku juga nak mohon maaf sekiranya dua confession aku ni menyebabkan korang bergaduh di ruangan komen, aku tak boleh melarang pendapat masing-masing tapi yang jelasnya aku tetap menolak untuk komen-komen yang menganggap perkara ni perkara picisan.
Sekian, spread awareness no hated,
– Z (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit