Aku terpanggil untuk meluah di sini setelah mendengar luahan-luahan isteri di luar sana. Mungkin kisah aku ada yang boleh dijadikan pengajaran.
Disclaimer, aku tak ada niat nak burukkan suami aku. Sebab tu aku luah dekat sini supaya tak ada sesiapa kenal aku atau dia (aku namakan M). Aku cuma perlukan tempat yang zahir untuk aku luah secara agak detail, selain kepada Tuhan yang jadi tempat utama aku mengadu.
Aku kahwin atas percaturan keluarga kedua belah pihak. Keluarga dia pun di kalangan yang baik-baik. Aku tak kenal sangat dengan suami tapi tahulah sebab dia pun staf dalam syarikat tempat aku bekerja.
Ada juga dengar cerita yang bakal suami aku tu agak baran orangnya. Tapi waktu tu aku cuma doa dan berharap yang baik-baik.
Kami kahwin dengan majlis yang sederhana. Aku seorang yang introvert jadi memang ambil masa nak mesra dengan suami. Dia pun memang tak pernah ada pengalaman dengan mana-mana perempuan. Kami mula mengenali hati budi masing-masing.
Tak lama kemudian, aku mula nampak sikap M yang ego, terlalu ego. Aku cuba untuk buat macam kawan-kawan aku, merajuk manja, tapi apa yang aku dapat, silent treatment.
Kemudian aku lah yang terpaksa mengalah sebab dia akan guna kuasa veto sebagai suami. Betapa besar dosa isteri yang berada dalam murka suami. Aku jadi takut.
Lama-kelamaan sikap M makin menjadi-jadi. Mula tunjuk baran tapi bukan pukul. Cuma tinggi suara dan perkataan-perkataan tu memang menyakitkan hati.
Bila aku cuba luah, M akan hukum dengan silent treatment tulah. Sampai aku yang terpaksa merayu-rayu supaya dia ok semula. Kadang benda kecil pun akan jadi punca. Kadang-kadang je dia ok. Aku penat.
Kami dikurniakan 3 anak. Terus terang aku bagitahu kat sini, hal anak-anak, M sangat-sangat kurang beri perhatian. Dia sibuk dengan kerja sampai anak-anak pun tak mesra dengan ayah mereka.
Masa mengandungkan anak ke-3, M dinaikkan pangkat dan pindah tempat kerja yang agak jauh. Jadi kami PJJ, jumpa 2 minggu atau 1 bulan sekali.
Aku diuji dengan anak-anak yang selalu sakit sampai warded. Anak no. 2 aku ada beberapa kali kena tahan sebab jangkitan kuman.
Sampailah aku mengandung anak ke-3, M ajak pindah tempat tinggal dekat sikit dari tempat kerja dia tapi masih lagi PJJ. Mungkin senang sikit dia nak balik. Aku ikut je.
Ada seorang perempuan kawan kerja dia yang aku namakan S. Aku memang kenal dia sebab dia pernah jadi senior masa aku kerja dulu. Dia dah kahwin tapi PJJ juga sebab kerja. Umur awal 30-an.
Aku hormat dia sebagai senior dan aku ada juga kongsi sikit-sikit pasal masalah rumahtangga. Dia pula ada juga macam nak korek-korek. Tapi aku sangka baik waktu tu mungkin dia cuma nak bantu. Yelah, dia lagi tua dan berpengalaman dalam perkahwinan.
Aku ada perasan M dan S macam agak rapat bila bersembang tu macam ada sesuatu. Tapi aku selalu tolak fikiran-fikiran buruk pasal mereka.
M ni jenis suka loyar buruk, jadi kalau bersembang dengan kawan-kawan memang akan buat lawak-lawak bodoh. S juga selalu pinjam kereta M gaya macam dah biasa sangat. Tak lama lepas tu, S ditukarkan ke luar negara untuk tugasan syarikat di sana.
Dalam pada tu anak no. 3 aku yang baru 8 bulan masa tu sakit, seminggu warded. Waktu tu baru juga abangnya keluar hospital. Sampai aku fikir, mungkin sebab dosa aku bersangka-sangka pada suami, Allah tegur dengan anak-anak aku sakit. Aku nangis masa tu, fikiran aku bercelaru.
M pula dengan sikap dia yang kadang ok kadang tak. Sampai satu hari, ada kawan rapat aku yang kerja bawah S, bagitahu aku yang dia pernah terdengar perbualan telefon S. Intonasi manja, dia fikir tu S tengah sembang dengan suaminya. Tapi dia terkejut bila nama M yang disebut.
Luluh jantung aku bila dengar cerita kawan aku tu. Hati aku terus tak keruan. Aku takut rasa hati aku selama ni betul. Malam tu aku buat solat hajat minta bantuan dari Allah supaya ditunjukkan kebenaran. Dan memang ada responNya.
Malam esoknya M balik rumah. Waktu nak tidur, M yang nampak agak penat minta aku tolong chargekan fon dia. Aku pun buatlah.
Tanpa disangka, masuk mesej dari S, “Awak memang dah lupa saya ke,” dan ada beberapa ayat lagi. Aku memang tak tahu password fon M. Hancur hati aku. Malam tu aku tak dapat tidur, aku sambung mengadu pada Allah.
Pagi tu aku buat-buat macam biasa. Rancangan aku untuk dapatkan bukti yang kukuh. Aku layan M macam biasa sampai dia keluar pergi kerja. Aku tak keruan sepanjang hari.
S ada mesej aku tapi aku tak mampu nak layan perempuan yang selama ni aku hormat dan aku sangka baik, rupa-rupanya…
Malam tu aku sambung rancangan. Aku tak tahu dari mana dapat kekuatan buat fingerprint buka fon M senyap-senyap masa dia tidur. Ya, memang semua yang aku sangka tu betul. Bahkan hubungan mereka dah jauh.
Aku terduduk baca mesej-mesej tu sambil ambil gambar untuk bukti. Sampai berjam-jam aku korek isi fon M. Pagi tu dia terjaga, aku kantoi buka fon dia. Dia tarik tangan aku, genggam kuat-kuat. Aku fikir masa tu dia akan marah aku, tapi dia peluk dan minta maaf pada aku.
Aku nangis tak henti. Suami yang aku agung-agungkan selama ni, yang aku harap boleh jaga lahir dan batin aku, rupanya orang yang akan hancurkan hati aku sehancur-hancurnya.
Lepas kejadian tu, aku dah tak mengharapkan cinta dari makhluk selain daripada Yang Mencipta. S dihantar balik Malaysia dan dibuang kerja atas kesalahan tidak beretika di dalam syarikat. Ya, dia juga ada suami yang dipijak-pijak maruahnya. Aku tak ambil tahu urusan mereka.
M berterusan pujuk dan minta maaf atas kesalahan dia. Apa yang aku mampu cakap, kalau masih ada rasa sayang pada aku dan anak-anak, berubahlah. Aku luah semua yang aku pendam selama jadi isteri dia.
Cuma aku tertanya-tanya, tak terdetik ke rasa sayu bila anak-anak tanggung kesakitan atas dosa-dosa ayah mereka? Dia cuma diam. Dia janji akan berubah dan jadi suami dan ayah yang baik. Atas nasihat keluarga, aku beri peluang ke-2.
Alhamdulillah sekarang kami lebih bahagia dan terbuka dalam urusan rumahtangga. Aku nampak perubahan dia walaupun masih ada kerasnya, tapi dah banyak perubahan. Aku bersyukur.
Aku anggap kehadiran S dalam hidup kami walaupun meninggalkan luka yang tak pernah sembuh, berhikmah untuk ubah M jadi suami dan ayah yang penyayang.
Akhir sekali, aku bukanlah seorang yang pendendam. Tapi kemaafan aku belum layak pada perempuan itu. Moga dia berubah dan diterima oleh Allah dan suami. Doakan jodoh aku dan suami panjang, ya. Aku betul-betul sayangkan dia dan harap dia tak akan ulang lagi.
– Isteri tak kuat jiwa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit