Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Terima kasih kepada Admin sekiranya confession ini disiarkan.
Perkenalan saya.. Nama saya Ira (Bukan nama sebenar) saya mempunyai 5 orang adik beradik dan kami semua masih tinggal dengn ibu bapa kami.
Saya ni selalu sangat baca confession kat page ni dan kebanyakannya sekarang ni confession tentang family diaorang (maybe disebabkan pkp).
Okey berbalik kepada tajuk confession saya “memaafkan untuk hidup yang lebih tenang”. Memaafkan disini ialah memafkan ibu bapa awak untuk hidup yang lebih tenang.
Dulu saya ni boleh dikira benci dengan mak ayah saya sendiri disebabkan beberapa peristiwa.
Peristiwa pertama:
Semasa saya berumur 10 tahun (darjah 4), saya ada bergaduh dengan jiran perempuan saya (saya refer dia sebagai A) biasalahkan budak budak bergaduh.
Tapi masalahnya bermula bila si A ni mengadu dekat ayah saya yang saya tak nak kawan dengan A.
Yang buatkan saya sedih sampai sekarang ialah ayah saya marah saya depan semua orang.
Point saya sedih bukannya sebab ayah marah tapi sebab nampak macam ayah lebih percaya anak orang lain sampaikan saya dimarah depan orang ramai tanpa ayah saya tanya kenapa pun.
Masa kejadian ni.. Ayah saya tengah lepak dengan kawan setaman dekat gerai ramai-ramai jadi ramai orang kenal saya dan ini buatkan saya malu sangat.
Saya baru 10 tahun dan time kena marah tu saya macam terdiam. Saya terfikir salah saya ke. Ayah saya tak percaya saya. Apa hebatnya anak jiran tu sampai saya dimarah depan orang lain.
Lepas kena marah saya jalan kaki balik rumah dengan menangis teruk (semua kat situ nampak saya menangis lepas kena marah).
Saya masuk bilik saya dan time tu otak saya jadi tak betul saya nampak hanger berdekatan dan terus ambik dan pukul diri sendiri macam orang gila (bila teringat balik memang macam orang gila).
Sampaikan tiba-tiba saya nampak ayah saya berdiri depan pintu bilik tengok saya… Saya menangis teruk lagi dan ayah peluk dan pujuk saya.
Selepas kejadian tu.. Saya jadi malu dan saya dah tak keluar rumah untuk ke taman.
Sejak dari itu saya dah hilang keyakinan sikit demi sedikit dan saya jadi takut nak luahkan apa saya rasa sebab saya asyik terfikir yang ibu bapa saya takkan percayakan saya. Jadi saya banyak pendam apa saya rasa.
Peristiwa kedua:
Semasa saya berumur 12 tahun (darjah 6) hari saya mendapat keputusan UPSR. Sebelum itu, saya nak beritahu bahawa saya mempunyai seorang abang yang tua setahun daripada saya.
Abang saya mendapat keputusan UPSR 4A1B dan bila saya mendapat keputusan UPSR… Saya mendapat 4A1C.
Ayah saya bila dengar result saya, ayah saya rasa gembira dan terus capai tangan saya dan cakap tahniah. Ini buatkan saya rasa gembira sangat.
Tapi lain pula dengan ibu saya. Disebabkan saya mendapat 4A1C… Sekolah akan memanggil nama saya untuk naik pentas dan saya dibenarkan bawah salah seorang ibu atau bapa naik ke pentas bersama.
Ayah saya menyuruh saya membawa ibu saya. Tapi saya tak sangka bila nama saya dipanggil, ibu saya cakap “tak naklah malu 4A1C jer pun”.
Saya rasa malu sangat dengar ibu saya cakap macam ni . Rasa tak berguna sebab tak membanggakan mak saya. Jadi saya berjalan naik pentas seorang diri dengan fikiran yang asyik fikirkan kata kata ibu saya.
Lepas balik dari mengambil keputusan UPSR… Itu sahaja tiada sambutan sepertimana abang saya dulu.
Bila dengan abang saya.. ayah saya ada berjanji “kalau along dapat 4A abah akan bagi RM100 bagi setiap A” dan lepas saya dapat result UPSR, ayah saya ada ingin membelikan saya telefon bimbit tapi tak jadi sebab ayat ibu saya ” kenapa nak beli? 4A1C jer pun”.
Mungkin ibu tak perasan tapi ayat ni yang buatkan saya hilang keyakinan dari hari ke hari. Dulu saya pernah terasa dengan ayah dan hari itu saya terasa dengan ibu sangat sangat.
2 peristiwa ni mungkin bagi orang lain nampak remeh.
“Alah benda kecik jerpun takkan benda macam ni buatkan kau sedih”.
Tapi 2 peristiwa nilah yang buatkan saya benci dengan mak ayah saya sampaikan setiap kali saya menangis saya akan menangis dalam tandas sebab tak percayakan orang lain even adik beradik sendiri.
Setiap kali saya nangis saya akan teringat 2 kejadian ni membuatkan saya letakkan semua kesalahan dekat mak ayah saya sedangkan tiada kaitan dengan alasan “diorang yang start.. Kalau tak sebab benda dulu tu… aku takkan jadi macam ni. Aku takkan lalui macam ni”.
Kebencian makin bertambah tapi ibu ayah saya masih tak sedar (sebab saya jarang luahkan apa saya rasa.. Kalau sedih pun saya menangis sorang2 tengah tengah malam tanpa diketahui semua orang dan esoknya akan bangun ceria macam biasa) sehinggalah satu hari.
Semasa saya ditingkatan 5… Sek saya ada menjemput ustaz untuk berikan ceramah. Dan tajuk beliau hari itu ialah tentang ibu bapa. Ada satu sesi yang buatkan saya terkesan yang buatkan saya berubah.
Ustaz tu suruh kami semua duduk berdua dan duduk saling menghadap satu sama lain dan bagitahulah masalah tentang ibu bapa, maafkan ibu bapa kita dan doakan kebaikan untuk mereka.
Saya menangis teruk dalam sesi ni sebab saya rasa berdosa sangat buang masa membenci ibu bapa saya sendiri. Saya berjanji tak nak benci ibu bapa saya lepas itu dan Alhamdulillah Allah permudahkan urusan saya.
Makin hari saya nampak kebaikan ibu bapa saya yang selama ni saya tak nampak sebab dibutakan kebencian. Saya sedar saya patut bersyukur sebab saya dilahirkan dalam keluarga ini.
Saya banyak baca confession kat page ni yang ibu bapa tak support, suka membandingkan kita dengan adik beradik lain yang lebih hebat.
Saya bersyukur sebab saya dapat perasan yang Ibu bapa saya support saya diam diam dengan tindakan dan bukannya kata kata (mungkin tak pandai nak luahkan seperti saya). Belikan saya benda yang saya perlukan bantu saya sehinggalah kini.
Disebabkan ceramah ustaz tu juga… Saya dah semakin baik. Saya dah jarang nangis malam malam dan hati saya pun makin tenang. Dan Alhamdulillah tahun ni saya mendapat keputusan SPM saya dengan cemerlang (dapat naik pentas) dengan sokongan mak ayah saya.
Saya harap kepada reader yang baca confession saya ini.. Yang ada masalah dengan mak ayah tolonglah perbaiki sebab saya memang dah rasa menyesal benci mak ayah saya sendiri.
Mula mula rapatkan diri dengan Allah/Tuhan minta kekuatan, doakan diri dipermudahkan urusan, doakan yang baik baik untuk mak ayah awak, doakan diri sentiasa tenang tanpa dendam.
Rapatkan diri dengan mak ayah awak slow slow.
Saya harap reader tak buang masa macam saya yang membenci ibu bapa saya selama bertahun tahun kerana mak ayahlah insan yang berkorban, berpenat lelah demi kebaikan masa depan saya. Saya baru sedar lepas saya berniat untuk berubah.
Terima kasih Ya Allah sebab beri aku peluang sementara ibu bapa aku masih ada.
Sekian dari saya,
– Ira (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit