Memahami Dahulu, Kemudian Baru Difahami

Hi pembaca semua. Saya terpanggil menulis artikel ini kerana, saya rasa masih ramai yang merasakan mereka senang untuk memahami situasi seseorang hanya kerana mereka melalui pengalaman yang sama. Contoh paling senang, orang yang kematian ibu.

Si A, ibu beliau meninggal ketika umur beliau 10 tahun. Si B, ibu beliau meninggal ketika umurnya sudah 30 tahun. Orang ramai akan menganggap, B tidak relevan untuk bersedih lama dan tiada semangat untuk teruskan hidup, kerana, A kehilangan ibu ketika kecil dan dia boleh sahaja redha dan terima hakikat. Lalu B pon terpaksa menerangkan pada setiap orang, yang situasi dia dan A tak sama.

Tetapi orang masih tak faham. Kenapa ? Sebab dari kecil lagi kita sudah diajar – apabila seseorang menyatakan kesedihan, kemarahan, kita terus kata “Aku faham, aku pon pernah kena begitu “, atau “Chill lah jangan marah, blablabla “.

Dalam buku “7 habits of highly effective people”, salah satu habit ia adalah “Seek first to understand, then to be understood” – iaitu cuba bersunguh sungguh memahami apa yang dikatakan orang itu dahulu sebelum kita member pendapat. Contoh seperti situasi di atas tadi – apabila B menyatakan dia sedih dengan kematian ibunya, jangan katakan pada B begini, “Kalau A yang kematian ibunya masa dia umur 10 tahun boleh teruskan hidup, kau pon boleh” atau “Oh, aku faham, ibu aku pon meninggal baru baru ini.”

Sebaliknya, tanya dahulu untuk memahami kesedihannya dan melihat dari perspektif dia. Tanyalah pada B begini “Boleh aku tahu kau dengan arwah ibu kau rapat bagaimana?” atau apa apa sahaja pertanyaan yang boleh membuatkan kau faham kenapa B begitu bersedih. Tanya dan dengar lagi cerita dia, sampai lah kau tahu tentang situasi dia.

Selepas bertanya, dan memahami, barulah kau boleh nyatakan pendapat, dan nasihat, tapi jangan paksa dia untuk terima pendapat kau. Jangan guna ungakapan “Kau kenelah begini bla bla”. Sebaliknya, bagi cadangan padanya. Atau ajak lah dia pergi ke mana mana, pulihkan semangatnya dengan perbuatan, bukan dengan perkataan.

Sebenarnya banyak lagi situasi dimana kita sentiasa rasa kita faham apa yang dilalui orang itu. Situasi seperti Seseorang menyatakan yang dia mahukan perkahwinan besar besaran, lalu orang terus kecam . Padahal dia mahu buat perkahwinan besar besaran sebagai hadiah untuk ibunya. Atau situasi seorang perempuan yang sentiasa makeup. Lelaki akan kecam perempuan seperti ini kerana katanya perempuan itu fake. Padahal selama ini perempuan itu terpaksa berhadapan dengan kutukan orang tentang mukanya yang berjerawat.

Korang semua mesti pernah juga berhadapan dengan situasi di mana korang bersedih dan apabila korang luahkan perasaan, orang akan suruh korang untuk “Chill lah! ” atau “Relaks lah”, padahal diaorang tak cuba langsung pon untuk memahami korang dari perspektif korang bukan ? Sebenarnya kalau korang nak tahu, orang orang seperti itu jugalah yang menjadi keyboard warrior di alam maya. Galak menaip, mengkomen tanpa memahami langsung situasi orang itu.

Dan kalau korang adalah antara orang yang pernah komen “Chill lah” pada orang atau korang ialah keyboard warrior, anda saya sarankan anda membaca buku 7 habits of highly effective people dalam bab “Seek first to understand, then to be understood”.

Terbaik ~~~~~

– Citizen

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *