Memang Begini Nasib Orang Introvert

Hi, admin dan semua pembaca tegar IIUM Confession. Aku tergerak nak buat confession juga selepas baca Confession “Beban jadi tempat mengadu,” (https://iiumc.com/beban-jadi-tempat-mengadu/).

Sebab aku pun mengalami situasi yang sama. Aku Nina, umur 28 dan bekerja di ibu kota, dan nama dalam confession ni semua bukan nama sebenar ya.

Yes, aku tahu aku seorang introvert, sejak kecil sebenarnya. MBTI, personality test, you say it apa semua aku dah buat and semuanya result aku positif introvert. Jadi aku kena je la terima kenyataan kan.

Kisah aku sama dengan confessor Beban Jadi Tempat mengadu ni. Macam aku cakap tadi, dari zaman kecik lagi aku introvert. Aku jenis tak reti nak berkawan in a group, ramai-ramai, huha huha sana sini.

Maximum yang aku boleh go hanya 3 orang. Dan semasa di universiti, aku hanya ada seorang sahabat baik. Kemana-mana aku hanya dengan dia, macam belangkas. Aku namakan dia Zurin.

Zurin seorang yang peramah, cantik & perwatakan tomboy sikit. Tapi semua orang suka dekat dia sebab dia manis mulut. Zurin ok, tapi aku kurang gemar sifat dia yang suka mengutuk sesiapa yang dia tak suka pada aku.

Korang yang introvert mesti tahu, sifat introvert ni dia lebih mendengar daripada bercakap. Macam tu lah aku sejak zaman universiti.

Boleh dikatakan satu kelas tu semua Zurin mengata diorang depan aku. Tapi bila depan mereka, Zurin memang baik & peramah. Semua orang senang dengan dia.

Disebabkan sikap introvert aku ni, memang aku tak ada kawan lain dekat uni. Semua aku buat dan bergantung pada Zurin. Zurin pun walaupun peramah, dia pun bergantung pada aku. Aku tak datang kelas, dia pun tak datang dan begitu lah sebaliknya.

Aku rasa Zurin ni macam soulmate aku versi perempuan. Sebab apa yang aku minat, dia pun minat dan kitorang sangat serasi.

Boyfriend-boyfriend Zurin, semua aku kenal dan dia memang kerap tukar boyfriend. Ye lah, orang cantik kan. Kalau jalan berdua dengan Zurin pun, orang akan tengok dia saja. Tapi aku ok jer, sebab Zurin memang cantik, baik pulak dengan aku.

Sepanjang 6 tahun ni, macam-macam suka duka aku lalui dengan Zurin. Zurin ada masalah dengan family, aku dengarkan. Zurin tak cukup duit, aku pinjamkan.

Aku dapat scholarship yang lumayan jugak lah, so aku mewah sikit masa dekat uni, berbanding Zurin yang hanya berbekalkan duit pinjaman.

Tapi aku ok jer, aku jenis tak berkira bab makan & duit. Aku pernah jadi ubat nyamuk time Zurin blind date juga haha. Sepanjang 6 tahun belajar engineering ni, aku tak ada boyfriend. Life aku cuma study, game, dan Zurin. Boring kan?

Sampai la ke alam pekerjaan. Aku di ibu kota, Zurin masih di Selatan. Start bekerja, baru aku ada boyfriend, Naim. Dan perempuan ni biasa lah, bila dia ada masalah dengan boyfriend mesti nak cerita dekat kawan dia kan. So macam tu jugak aku nak cerita dekat Zurin.

Tapi bila Zurin dengar masalah aku dengan Naim, dia tak suka dan suruh aku tinggalkan Naim. Sampai satu masa tu dia bagi kata dua dekat aku “kalau kau tak tinggalkan bf kau, kita putus kawan,” terkejut aku masa tu.

Naim seorang yang baik, aku kenal dia pun dekat game Mobile Legend hahaha. Naim selalu ada dengan aku. Dia ada dengan aku dari aku start menganggur, jadi supervisor, sampai lah aku jadi engineer.

Naim was there dan selalu support aku. Zurin pun ada, tapi sekadar menjadikan aku tempat bercerita masalah dia, dan boyfriend-boyfriend dia saja. Setiap kali aku nak bercerita tentang aku, mesti dia potong dan bercerita tentang diri dia.

Zurin ni pula someone yang suka post screenshot-screenshot conversation dekat status whats app time bercinta. Nafkah couple la, sweet-sweet sayang baby la, apa la semua lah screenshot tu dia post sampai rimas juga aku kadang-kadang.

Tapi sebab kawan kan, aku tak berani tegur sebab Zurin someone yang cepat terasa. Tambahan pula, Zurin adalah someone yang susah untuk meminta maaf.

Sepanjang perkenalan kitorang, kalau ada perselisihan faham pun, aku yang akan minta maaf dulu. Tapi aku okay saje sebab dia pun kawan baik aku.

Kemuncaknya bila ada sekali tu aku post status whats app, quote dari Page apa aku tak ingat. Ia lebih kurang berbunyi ‘’orang lain dah couple putus banyak kali, dan aku ni masih lagi dengan lelaki yang sama,’’.

Sumpah, aku memang tak ada niat apa-apa masa tu dan aku tak terfikirkan Zurin langsung masa tu. Lepas Zurin baca, terus Zurin post satu status yang betul-betul menyakitkan hati aku.

Dia sindir aku, cakap aku jakun baru bercinta, bercinta tak pakai otak, tak sedar diri dan dia tulis lepas ni dia tak nak ada apa-apa dengan aku. Dan ada beberapa status lain yang menyayat hati aku tapi aku pilih untuk lupakan.

Patut lah aku chat dia tak reply. Dari mana datang semua ni? Aku pun tak tahu.

Malam tu juga, aku menangis teruk sangat. Aku kalau marah sekalipun, aku takkan tergamak cakap macam tu dekat kawan susah senang 6 tahun dengan aku.

Tapi Zurin pun jenis tukar-tukar lelaki, mungkin persahabatan 6, tahun ni tak ada makna apa-apa untuk dia agaknya.

Zurin pun block aku di semua social media. Rupanya Naim ada PM Zurin personal untuk berbaik dengan aku, tapi Zurin seen saja. So, terputuslah persahabatan 6 tahun tu macam tu je.

Selepas setahun bekerja, aku rapat pula dengan seorang ex classmate aku zaman uni dulu, Fiza. Fiza kerja berhampiran dengan rumah aku dekat ibu kota, jadi kitorang kerap berjumpa. Fiza ni lah manusia yang paling Zurin benci masa zaman uni dulu.

Disebabkan circle aku zaman uni dulu cuma Zurin, of course aku pun terikut tak suka dengan Fiza. Tak suka je la, tak level benci macam Zurin lagi. Bila fikir balik tak tahu kenapa Zurin benci Fiza sedangkan Zurin banyak kali minta tolong Fiza kalau ada apa-apa.

Selepas kenal Fiza, rupanya baik je Fiza ni. Langsung tak sama macam yang Zurin describe dan bercerita dulu. Fiza pun suka meluah perasaan dekat aku. Pasal family, pasal boyfriend, pasal bos dekat tempat kerja.

Aku ok saje pada mulanya. Sebab aku pun tak ramai kawan dekat KL, so ada Fiza aku lega sikit lah, ada kawan berborak, lepak.

Disebabkan aku suka memasak, aku pun suka panggil Fiza datang rumah and jamu dia dengan macam-macam masakan aku, tak pun aku masak, then tapau hantar rumah dia.

Maybe itu aku punya love language. Kalau aku selesa dengan someone, aku please dia dengan makanan huhu. Naim tu tak payah cakap la, dari kurus ke gemuk aku buat dia hahaha.

Untuk pengetahuan korang boyfriend Fiza sangat toxic. Jenis kalau gaduh tu, suka memaki hamun, suka tengking-tengking Fiza.

Setiap kalu gaduh Fiza akan hantar screenshot bf dia memaki hamun. Perkataaan b**i, bang***, pelac**, tu dah biasa sangat dah Fiza kena. Sebagai kawan, aku nasihatkan Fiza untuk keluar dari toxic relationship ni.

Oh ya, bf Fiza juga kaki curang. Beliau adalah lulusan universiti di Mesir, pernah menjadi mutawif di Mekah, dan vlognya bercerita tentang pengalaman di Mekah pernah disiarkan di salah satu page di facebook.

Pernah satu hari Fiza call aku, malam-malam buta masa tu Fiza menjerit-jerit dalam kereta, sebab dia depress dengan perangai bf dia. Aku yang tengah baring sebab demam ni, gagahkan diri capai kunci kereta, drive selama 30 minit untuk jumpa Fiza dan tenangkan dia.

Aku ajak dia singgah mamak & dengar dia luah perasaan. Tak lama selepas itu, dia berbaik semula dengan boyfriend dia.

Berkali-kali juga insiden Fiza depress dan seperti biasa aku datang ke Fiza, nasihatkan dia dan suruh dia putuskan hubungan dengan bf dia.

Akhirnya Fiza putuskan juga hubungan dengan bf dia. Itu pun setelah ditinggalkan. Fiza hilang arah masa tu, tapi aku cakap dekat dia, “xpe..aku ada,”

Bermula lah episod duka Fiza dan aku la yang selalu teman Fiza makan, jalan-jalan, kesana sini. Macam-macam aku nasihatkan Fiza.

Setiap pagi, malam, Fiza akan chat aku borak-borak dan meluah perasaan dia, dan aku sebagai pendengar setia pun mendengar, memproses dan menyelesaikan masalah dia, bagi moral support memandangkan Fiza pun tak ada sesiapa dekat KL.

Sejak Fiza single, macam-macam lelaki dia berkenalan dan keluar melalui bermacam aplikasi dating. Aku hanya mendengar, macam biasa.

Sampai lah satu masa tu Fiza menyepi. Aku pun busy dengan kerja, jadi tak sempat nak tanya khabar dia sangat. Aku ajak keluar pun Fiza banyak kali mengelak dan bagi alasan kerja & macam-macam. Aku fikir mungkin dia dah tak sedih lagi dan tak perlukan aku. Aku faham saja.

Satu hari tu, mungkin Fiza terlupa nak hide story dia daripada aku, dia post gambar dia tengah makan dengan boyfriend dia.

Ya, dia get back balik dengan bf dia yang abusive tu. Patut lah dia senyap, tak cari aku dan banyak kali mengelak tiap kali aku ajak keluar. Aku biarkan aje la, orang tengah bahagia kan.

Tapi aku terasa dipergunakan. Banyak sangat masa, energy aku spend utk Fiza. Almost everyday chat, aku bagi kata-kata semangat, aku google cari lagu2 move on dan send ke dia.

Tiap petang aku gagahkan diri jogging dengan dia. Dan macam-macam aku buat untuk dia sentiasa happy & tak fikir pasal abusive bf dia. Bila dah kantoi aku tahu dia getback, dia cuma cakap dia dgn bf dia kawan-kawan biasa je..

Aku tahu dia takut aku marah. Tapi aku diamkan saja. Penat.

Begitu juga dengan housemate aku, aku juga menjadi pendengar masalah cinta diorang. Boyfriend curang banyak kali pun, still nak lagi. Aku pun tak faham. Sakit hati dengan bf, tapi tak nak tinggalkan. Lepas tu aku pula berat kepala dengar masalah diorang.

Bila diorang berkurung dalam bilik tak nak makan, aku pula yang susah hati. Ya, seperti biasa aku pujuk diorang dan kadang-kadang terpaksa jadi orang tengah mendamaikan pula. Bila dah berbaik, aku dilupakan.

Kemuncak aku rasa fed up dengan semua ni, bila time boyfriend aku meninggal. Ya, Naim kena langar lari dan meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital.

Masa ni pula MCO, hanya waris terdekat saja boleh ambil dan tengok jenazah. Aku lost tak ada tempat aku nak meluahkan perasaan.

Kawan-kawan aku, yes diorang mendengar. Tapi diorang tak boleh tenangkan aku seperti aku tenangkan diorang. And setiap kali aku meluah, diorang akan cakap diorang pun sedih time makcik, atuk, nenek diorang meninggal.

Masa ni aku rasa tak apalah, diorang tak faham perasaan aku, sebab bf diorang semua masih bernyawa, walaupun tak guna. Selepas tu, macam-macam ujian tertimpa ke atas aku. Aku kena sexual harassment, kena tindas, kena fitnah dekat tempat kerja, masalah family lagi.

Masa ni adalah the lowest point in my life. Aku nak cari teman bercerita malangnya tak ada sesiapa pun yang betul-betul mendengar.

Semuanya acuh tak acuh. Bila aku type panjang-panjang, diorang reply pendek-pendek saje. Suruh aku sabar, dan tukar tempat kerja lain.

Itu saje.

Yes memang itu solusinya, tapi tukar tempat kerja ni, bukan macam tukar baju yang boleh resign and dapat kerja bila-bila masa. Yes, aku pendam seorang diri sampai lah aku di diagnosed kemurungan.

Untuk pengetahuan pembaca, family aku jauh, dan aku pun tak ingin bercerita dengan diorang sebab diorang semua dah kahwin dan ada life masing2..Aku tak nak diorang risaukan adik bongsu diorang lagi, aku pun dah besar.

Aku tahu adik beradik aku concern pasal aku sebab aku dah melalui kesusahan yang panjang sejak kecil lagi. Parents aku pula dah lama meninggal sejak aku kecil. Jadi kepada kawan terdekat la tempat aku nak meluah perasaan.

Tapi end up macam ni pula.

Ada lagi sorang kawan aku pula, Lina. Dia baru je kahwin. Sebelum dan selepas kahwin pun aku tempat dia mengadu nasib. Banyak kali dia ajak aku jumpa, tapi end up asyik reschedule saja. Sampai aku rasa penat.

Aku punya la excited nak jumpa dia, tapi sikit-sikit ada kerja lah, mak mertua datang lah, suami ajak pergi wedding la macam-macam. Aku faham je dia dah kahwin, tapi tak perlu kot asyik berjanji nak jumpa at last tak jadi.

Kita pun penat, dah set in mind, clearkan kerja awal2 nak jumpa dia, end up tak jadi, berulang kali pulak tu. Pernah sampai aku dah halfway nak ke tempat dia, lepas tu cancel plan sebab dah berbaik dengan suami.

Kontrak rumah sewa aku duduk sekarang ni dah nak habis hujung bulan. So aku pun merata mencari rumah sewa baru. Kebetulan Fiza tengah pening ada penyewa rumah dia nak keluar hujung bulan ni, dia urgent nak cari penyewa baru.

Bila Fiza tahu aku cari rumah sewa, dia happy sangat bila aku setuju menggantikan penyewa yang nak keluar tu. Sekali lagi aku jadi penyelamat Fiza. Hopefully aku okay lah nanti bila duduk serumah dengan dia bermula bulan 9 nanti.

Baru-baru ni, aku stress berkenaan kerja. Aku whats app Fiza, ajak dia keluar. Aku bagi tahu dia yang aku stress. Fiza rupanya dekat klcc, dengan Nadia. Nadia kawan sekampung Fiza, dan dia baru pindah KL dan duduk berhampiran dengan rumah Fiza.

Sejak Nadia ada dekat KL, Fiza nak berjalan, pergi makan, semua dengan Nadia. Langsung tak ajak aku lagi dah. Kalau dulu chat berborak setiap hari, sekarang seminggu sekali pun tak ada. Story dia, semua penuh gambar dia dengan Nadia je.

Sampai kawan aku yang lain pun tanya, aku tak jumpa Fiza lagi dah ke. Bukan tak nak jumpa, tapi tak dipelawa takkan nak tersorong-sorong kan.

Berbalik cerita aku stress tadi, aku whats app lagi seorang demi seorang (total 6 orang) untuk ajak keluar teman aku sebab aku stress.

Yes, sorang pun tak available. Time ni aku betul-betul tersentak. Disaat diorang perlukan aku, aku berlari sepantas mungkin dapatkan diorang.

Diorang nak makan apa, aku masakkan. Diorang nak pergi mana, aku temankan. Diorang nak luah perasaan, aku sentiasa ada. Tapi bila aku memerlukan? No one’s ever there for me. NO ONE.

End up nya, aku dress up cantik-cantik, aku drive sorang-sorang pergi starbucks. Ya, aku heal diri aku sendiri.

Disaat masing-masing tengah rancak bergelak tawa berbual dengan rakan masing-masing dalam starbucks tu, aku duduk dekat sudut paling hujung & tersorok. Makan kek, sambil lap air mata, haha.

Kenapa ya, susah sangat ke orang lain nak menghargai? Aku tak minta pun emas berlian ke, just masa. Kalau aku boleh bagi 100%, tak boleh ke orang lain at least trying?

Seperti mana bila birthday diorang aku belanja, aku bagi hadiah, at time birthday aku at least call and wish happy birthday? Adakah aku hanya wujud bila duka dan masalah menimpa korang saje?

Aku hilang parents, saudara mara menjauhi kami sekeluarga, aku pernah dibuli, aku mengharungi hidup yang sukar sejak aku berusia 5 tahun dengan adik beradik aku. Mungkin kah emosi aku tercalar disebabkan masa silam aku?

Jadi bila dewasa, aku perlukan validation orang lain untuk aku rasa happy walaupun hakikatnya aku terpaksa korbankan diri aku tanpa aku sedar.

Sebab tu bila ada orang kawan dengan aku, aku bagi 100% masa dan energy aku dan berharap orang tu pun buat benda yang sama. Sebab aku takut kehilangan lagi?

Aku ni pemalu. Jarang nak show diri aku dekat socmed. Tapi malam aku pergi Starbucks tu, first time aku post dekat tiktok, tentang tanda-tanda aku mental breakdown sebab kawan-kawan, dan aku share dekat Instagram story.

Dah la background tulisan-tulisan tu muka aku, memang nampak sangat kan aku buat sendiri video content tu. Ada yang seen je. Ada yang ‘guilty concern’ tanya tentang story aku.

Aku tak buka satu pun chat. Fiza pun keesokan harinya whats app aku, ajak aku jalan-jalan dekat putrajaya tapi aku tolak, aku cakap aku busy.

Sorry, the damage has been done. Aku rasa dah tiba masa cukup lah aku hanya dengan diri aku. Sebab walaupun korang ada, aku tetap rasa sunyi. Aku tetap rasa aku sorang-sorang. Jadi tak ada beza. Lagipun pada mata korang aku kan tak wujud, kecuali bila diperlukan.

Malam tu aku decide yang aku akan masih berkawan, cumanya aku ambil pendekatan untuk tak nak lagi menjadi air kopi yang dibiarkan setelah sejuk dihirup manusia. Tak nak lagi menjadi bantal yang menyerap semua curahan air mata orang lain lalu ditinggalkan. Enough.

Tak apa la single, tak ada kawan baik pun. Sekurangnya aku masih ada family. Allah pun ada. Apa yang telah aku beri selama ni, semua aku ikhlaskan.

Tujuan confession hanya meluah perasaan terbuku aku saja, sikit pun tak ada niat untuk mengungkit. Semoga menjadi pengajaran untuk orang lain yang mengalami situasi macam aku.

Pesan aku satu saja, berhenti lah berharap dengan manusia, kerana kita pasti akan kecewa. Berharap dan bergantung lah kpd Allah SWT, yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Semoga hari-hari mendatang lebih baik dan bahagia untuk si introvert yang hatinya tercalar seperti kita semua. Aaaminnn..

– Nina (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *