Assalamualaikum. Saya terpanggil nak buat confession ni lepas baca pasal Cinta, Sayang, Menyampah, (https://iiumc.com/cinta-sayang-dan-menyampah/). Sesungguhnya awak, you are not alone. Saya juga pernah berada dalam fasa itu.
Saya dah kahwin 6 tahun, tapi bezanya anak saya berderet. Tiap tahun beranak. Dulu, masa anak 1 nak masuk 2, 2 nak masuk 3, begitulah perangai suami saya. Masa tu dia gila dengan PUBG. Kemuncaknya masa saya tengah sarat mengandung anak ketiga, anak sulung kami demam.
Sepanjang malam tu kami berjaga, tapi dia berjaga dengan game, dan hanya saya yang berjaga untuk jaga anak. Bila anak menangis, badan anak panas, saya yang uruskan. Dia? Hmm melayan game jelah.
Bila disuruh, nanti, sekejap, game ni tak boleh tinggal, matilah nanti. Saya memang betul betul rasa benda ni dah melampau, dahlah dalam PUBG tu siap ada suara perempuan gedik tengah main game sama sama. Memang aku lost control.
Saya ambik anak dan saya cakap, aku peduli apa game kau nak mati, ni anak aku, kalau anak aku mati, kau pun mati.
Saya hempas pintu bilik dan keluar ke bilik lain. Saya menangis semahunya. Memang saya rasa loser sangat. Aku tersalah pilih suami ke? Apa lah malang sangat nasib aku.
Dia tersentak bila saya cakap begitu sebab sepanjang tempoh perkahwinan saya tak pernah bergaduh dengan dia. Even sepanjang kami kenal, saya memang tak pernah marah dan bergaduh dengan dia. Dia tau saya memang betul betul kecewa masa tu.
Sejak dari haritu memang dia tinggalkan terus bad habbit dia tu. Cumanya suami saya ni masih tak boleh berenggang dengan handphone. Part game dah selesai. Part handphone pulak. Ya Allah, menyirap lagi aku.
Kalau time cuti, dia boleh bangun, belek handphone dan hanya akan bergerak untuk makan dan ke tandas. Itu sahaja. All day long. Lepas tu dia membuta balik.
Sungguh memang rasa hidup dengan tunggul. Solat jangan cakaplah. Bila dia rasa nak buat je. Sampailah satu hari, saya dah beranak anak ketiga.
Dia suka saya beranak ramai. Tapi yang melayan anak, aku sorang jugak. Ingat aku kilang ke.
Saya warning, anak dah 3, berubahlah. Sampai bila nak hidup macamni. Sebelum aku meroyan, baik kau berubah. Sama sama ambik tanggungjawab besarkan anak, jalankan peranan kau sebagai suami.
Masa ni saya dengan dia memang langsung tak ada pillow talk ke, heart to heart session ke. Dia memang dengan dunia dia.
Saya terkontang kanting macam orang bodoh dalam rumah ni sorang sorang. Macam tak ada laki pun ada rasanya. Saya cakap saya penat. Kau yang beriya nak anak, kau kena tolong aku jaga anak.
Kalau tak, bye. Saya memang bagi kata dua macamtu. Saya betul betul bertegas dengan apa yang saya katakan.
Sekali lagi mungkin dia terkesan dengan kata kata saya. Sebab saya ni sangat jarang marah. Saya sangat tolerate, saya selalu ikutkan rentak dia, saya jarang mengadu penat, but when I do, I really mean it.
Alhamdulillah slowly dia berubah. Tiap kali dia start ‘lupa daratan’ balik, saya akan tegur. Tapi untuk kali ni, saya tegur dengan teguran manja jelah. tak adalah warning lagi.
Cuma saya akan konsisten dalam menegur. Plus anak anak dah makin besar. Dah makin paham. Anak anak saya memang tak diberi gajet.
So anak anak memang akan sound daddy diorang kalau dia nampak daddy terlalu asyik dengan handphone. Padan muka. Anak pun dah pandai tegur.
Mana kita nak letak muka. Dan apa yang saya nampak masalah ni sedikit sebanyak berpunca dari pergaulan suami juga.
Dulu kawan kawan suami saya ramai yang bujang, yang dah kahwin pun banyak yang berlagak macam bujang. Biasalah manusia ni, terikut ikut. Dulu circle of friends dia tak elok.
Part ni susah sikit saya nak tegur, ego lelaki kan. Alhamdulillah, lepas suami tukar kerja baru, jumpa kawan baru yang lebih matang, bergaul dengan circle of friends yang baru, saya nampak perubahan besar dalam diri dia.
Dulu mungkin bila dia ‘busy berkeluarga’ dia rasa left out dari kawan kawan dia. Mungkin juga dulu kena perli kalau dia sibuk dengan keluarga. Tapi sekarang dah tak lagi. Kawan kawan baru dia sangat mementingkan keluarga.
Kalau nak keluar pun, mesti bawak anak bini masing masing, keluar sama sama. Tak ada istilah hilang macho kalau kena layan anak bini. Alhamdulillah syukur dia dipertemukan dengan circle of friends yang baru ni.
Nasihat saya, untuk selesaikan masalah macamni jangan tengok pada masalah saja. Kaji puncanya sekali. Sebab dari punca kita akan dapat ubat. Dari punca akan ketemu dengan penyelesaian.
Dan kat sini saya nak share sikit puncanya suami jadi macamni. Pada saya ini adalah akibat daripada cara didikan ibubapa yang tidak memberi rasa tanggungjawab pada anak.
Mak mertua saya akan buat semua benda untuk semua anak dia. Dan dia akan cuba memberi alasan untuk semua perkara buruk yang anak dia buat. Dia juga akan sentiasa menangkan anak anak dia dalam apa jua situasi. Ya, inilah puncanya.
Dan suami saya sekali sekala akan kembali berperangai menyakitkan hati begini, bila dia di rumah mak dia. Sebab? Mak dia memang tak suka kalau anak lelaki dia kena ‘tolong’ isteri jaga anak, buat kerja rumah.
Tapi kalau menantu lelaki dia tak ‘sama sama’ buat kerja rumah, jaga anak dengan anak perempuan dia, dia tau pulak nak meroyan. Haaaa, you know what I mean. Saya malas nak panjang panjang cerita bab ni. Tapi begitulah ceritanya.
Saya pulak dari kecik dah dididik dengan rasa tanggungjawab. Semua kerja rumah kami kena uruskan sementelah mak saya sendiri adalah seorang ibu berkerjaya.
So saya memang pantang dengan orang yang suka buang masa dan tak pandai manage masa ni. Nak main game, nak mengadap handphone tu tak salah, tapi janganlah sampai bertuhankan handphone dan game.
Kau hidup untuk buang masa je ke? Alangkah ruginya masa dan tenaga muda kau kalau dibazirkan dengan aktiviti tak berfaedah macamtu. Come onlah. Dah besar panjang, akal kat mana? Takkan tak boleh pikir, baik buruk sesuatu perkara.
Dan buat ibu ibu yang sedang mendidik anak anak, tolonglah ajar anak anak anda akan pentingnya tanggungjawab keatas diri sendiri dan orang sekeliling.
Tolonglah ajar anak anak kalian tentang common sense. Tolongah ajar anak anak kalian untuk sama sama buat kerja rumah.
Dan janganlah ditatang anak tu sampai rosak. Jangan sampai anak jadi tuan, awak sebagai mak jadi hamba. Jangan sampai cara didikan kita yang konon bagus sangat tu memakan diri kita. Sampai bila nak jadi hamba untuk anak anak.
Yang nak mengadap perangai buruk anak anak korang ni nanti, kami kami nilah, bini bini dan bakal bini anak anak korang tu.
Nak bercerai berai sebab benda macamni, entahlah. Pada saya selagi boleh ditegur, dibaiki, diusahakan, janganlah sampai porak peranda walaupun hakikatnya memang tengah tunggang terbalik.
Tapi inshaaAllah, saya percaya pada usaha, doa, ikhtiar. Saya masih mahu memperjuangkan perkahwinan ini.
Saya juga masih nak tengok suami saya berubah, sebab nampaknya dia mahu berubah. Jadi saya akan terus support dia untuk berubah. InshaaAllah. Dia juga sayangkan anak anak, saya dan perkahwinan ini.
Jadi saya cakap kat dia, it’s okay, we are in this together. It may be your addiction, and you may need help to overcome this, no worries, we’ll get through this. Kadang kadang dalam perkahwinan, bukan kita je, suami pun perlukan assurance begini.
Kadang dia taknak reach out sebab dia segan. Dan untuk kes suami saya, memang saya ada heart to heart talk lepas apa yang jadi, dia cakap dia tau dia silap, dia tau dia abaikan saya dengan anak anak kerana handphone sebelum ni.
Bila saya tanya, dia cakap dia tak ‘pandai’. I don’t know how to put this into words tapi camtulah dia perlu dibantu. Dan saya sebagai isteri kena ‘bantu’ dia untuk berubah.
Kalau korang yang ada masalah sama, masih sayangkan perkahwinan korang, cubalah bantu pasangan korang berubah.
Tapi kalau korang rasa dah give up dan pasangan korang pun sejenis memang tak ada hati nak berubah, you know what to do. Ini cerita saya yang mana suami saya ada keinginan nak berubah.
So saya bantu. Alhamdulillah, positif nampaknya. Dan doa lah, doa banyak banyak semoga lembut hatinya.
Time masak doa, time buatkan air dia doa, time gosokkan baju dia doa, time pandang muka dia, doa dalam hati. Doa lah. Doa. Mintak dengan Allah semoga terbuka dan lembut hati dia untuk nampak anak bini ni.
Untuk lupakan handphone, game segala bagai ni. Ingat, perceraian itu halal, tapi paling dibenci Allah. Bergegar arash setiap kali berlaku perceraian.
Sebab? Allah nak kita sebagai manusia ni usaha dulu, mintak tolong dari Dia sebelum mengalah. Mintak pada Dia. Yakin pada Dia. Doa lah selagi mampu. Doa tu kan senjata orang mukmin.
Mungkin ramai yang tak bersetuju dengan tips ni. Takpelah, yang mana nak cuba, cuba dulu. InshaaAllah ada cahaya bagi orang orang yang berusaha dan berdoa pada Allah. Allah takkan biarkan hambanya yang meminta ‘pulang dengan tangan kosong’.
Dan oh ya, saya juga dah pakai perancang. Anak bongsu saya pun dah masuk 2 tahun, this year. Saya cakap selagi kita semua belum betul betul berubah, jangan tambah anak lagi.
Saya tak nak anak anak saya dibesarkan dalam suasana toksik. Kang ada pulak nurtizen yang komen part pakai perancang ni kalau tak dijelaskan. Hehe.
Semoga siapa saja yang sedang berdepan dengan masalah yang sama diberi kemudahan untuk menghadapinya dan diberi jalan keluar dari masalah ini.
Doakan suami saya terus berubah kearah lebih baik. Saya tau ramai yang sedang mengalami nasib serupa. Know that, you are not alone.
Mana yang baik dari penulisan saya ni, korang ambiklah jadikan panduan, yang buruk, buanglah jadikan sempadan. Semoga kita sama sama beroleh manfaat dari perkongsian ini. Sekian.
– Joyah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit