Membahan Suami Yang Curang

Actually saja aku nak bercerita pengalaman aku bila husband aku kantoi curang dan kaitkan dengan apa yang berlaku kat Cik Epal sekarang ni.

Aku ni memang blogger tegar seiring sezaman dengan CE dan blogger seangkatan dengan dia. Dari blog ke IG dan sekarang TikTok dan Threads. Bukanlah fans separuh mati pun just jadi follower je.

Bila kes rumah tangga dia jadi liputan hangat kat semua social media ni aku pun tak terkecuali follow tapi tak la into the scene tinggalkan komen yang murni dan tak murni kat dua-dua belah pihak. Walau apa pun tanggapan dan persepsi orang lain terhadap CE, aku di pihak dia.

Sebab apa? Sebab aku pun wanita tersakiti macam dia. Dicurangi, dikhianati dan ditipu hidup2. Cuma aku masih bertahan dalam perkahwinan dan Alhamdulillah laki aku bukan NPD macam Jo tu.

Sampai sekarang aku simpan kisah hitam hidup aku ni dari pengetahuan dua belah keluarga. Sorang pun tak tau laki aku pernah buat apa kat aku.

Aku nak komen bab CE dok membahan sakan pasangan J & D tu kat IG dia. Bagi aku, biar je CE jalani dan buat apa yang dia rasakan ok sekarang ni. It’s actually one of her coping mechanisms, and could be a revenge too or a warning to that woman.

Kita boleh interpret macam2 tapi biarlah CE buat semua tu. Jangan judge dia.. instead as women kita support dan slowly nasihat dia. Bukan kecam, blame dan name dia bukan2. Women should empower women. Bukan menjatuhkan!

Aku sendiri pun macam tu. Lepas husband aku kantoi, dia nangis2 minta maaf (bukan sekali ye) berkali kali kantoi, aku still maafkan dan bagi peluang untuk dia berubah.

Tapi dalam tempoh aku nak pasrahkan hati aku yang dah remuk ni, terima dia semula lepas dia dah hancurkan kepercayaan aku, nak tengok muka dia hari2 tiap bangun tidur sebelah bantal, aku perlukan kekuatan yang sangat tinggi.

Kadang2 aku tewas..bila aku tewas dengan emosi dan dendam aku sendiri, aku akan keluarkan ayat2 yang laki aku tak suka dengar. Itulah saat aku membahan dia perli dia, dengan cara tu hati aku puas.

Contoh: Tengah drive tiba2 mesej masuk..saja aku bahan dia, “Hah perempuan mana mesej tu? Penyondol tu ke?”.. sebab aku tau ada 1 masa tu dia reject call Penyondol tu depan aku. Dan masa tu aku tak tau dia tengah berskandal belakang aku.

Bila dah kantoi aku check call log, timing semua aku boleh agak bila call tu masuk.. Penyondol tu call masa laki aku tengah drive nak hantar aku pergi kerja. Jadi itulah masanya aku membahan dia.

Contoh lagi: Aku ni boleh kata dah makin berisi lepas beranak 2 anak. Bukan aku x de usaha nak kuruskan badan tapi dah cuba bermacam cara. Ditambah ambil pil perancang lagi la susah nak turunkan berat badan.

So ada ketika memang aku bahan je laki aku, “kalau rasa saya ni dah tak cantik, pergi je la kat perempuan lain. Saya ok je kita cerai.” Honestly aku memang dah fikir ke arah tu sebab aku rasa x perlu dah kot nak teruskan kalau dah tak sayang, atau sayang tu dah beralih arah.

Banyak lagi la aku membahan laki aku dalam tempoh aku nak healing sampai suatu ketika dia merayu aku stop. Yela macam netizen yang takde empathy kat CE merayu dia untuk stop.

Aku cakap kat laki aku, dia kena hadap la ini lah kesakitan yang dia kena rasa. Tu setakat membahan je.. aku ni kena tipu, hati macam kena toreh ingat boleh sembuh gitu je ke? Ke dia nak lagi dasyat aku balas berskandal dengan laki lain?

Aku cakap he has to pay the price. Aku jadi isteri yang sangat sarcastic dalam tempoh healing process tu. Aku bukan diri aku sendiri. Tapi tu lah cara aku sembuhkan diri aku walaupun sampai sekarang luka tu masih berdarah.

Bezanya, aku dengan CE, aku tak expose di social media. Of course la kat sini korang tak kenal aku. Kisah CE, dia tayang di socmed sebab si Jo tu la. Kalau Jo tak mulakan, CE tak kan membahan sampai sekarang.

Laki aku kantoi 2 tahun lepas..Sampai sekarang aku masih trauma, kadang2 mimpi jumpa perbualan laki aku dengan penyondol dalam fon. Aku kerap dapat nightmare. Kadang2 aku bangun terkejut sebab rasa macam peristiwa tu berlaku lagi. Peristiwa aku terjumpa perbualan laki aku dengan penyondol.

Dan bayangan2 yang otak aku cipta bila laki aku cerita dorg pernah keluar dating dan pegang tangan. Korang ingat benda tu tak tinggalkan trauma kat isteri? Inikan CE yang double triple mungkin lagi teruk dari aku.

Bila aku tengok CE dok membahan ex dia dengan cara korek kisah lama, perli2 si J dan D tu, hati aku sendiri puas. Macam mana aku puas lepas aku cakap benda2 tu kat laki aku dulu.

Aku tau aku berdosa dok buat macam tu kat laki aku, kadang malam2 aku tahajjud aku menangis kat Allah sebab tak tahan sakit sangat hati ni. Nak lari tak boleh, nak bertahan aku rapuh.

Selagi kita tak duduk dalam kasut isteri2 yang dikhianati janganlah kita meninggi diri komen pasal orang lain, x classy la, rempit la, merentan la..Cuba ko pulak yang kena, silap hari bulan gila kot. Tak pun korg lagi teruk dari CE dan aku.

Aku pun hampir gila..Aku toreh tangan aku sendiri masa aku sorang2 kat office. Hati aku sakit sampai bilah pisau yang tajam pun aku tak rasa sakit. Aku pernah doa nak masuk hospital (laki aku kantoi masa aku pregnant anak no 2)..

Aku doa nak stay kat hospital sebab tak nak balik rumah, tak nak tengok laki aku. Sakit ke tak sakit aku nak duduk hospital. Sebab aku rasa aku dah gila time tu. Gila sebab dalaman aku sakit sampai aku tak boleh rasa apa2 kat physical aku.

Aku doakan akan terus kuat dan sembuh dari luka ni. Aku doakan CE pun kuat hadapi semua ni. Ko kaya CE..lepas ko dah lepaskan segala beban, ko dah puas membahan, ko teruskan hidup ko. Sekarang ni aku faham ko tengah nak sembuhkan hati ko.

Aku pun sekarang di fasa acceptance. Sekarang aku fikir nak cari duit je, nak happykan diri sendiri.

Semoga terus kuat isteri isteri yang dikhianati.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. Setuju.. kita tidak berada dalam kasut orang so jangan sesuka judge org tu tak classy la hauk la..sebab tiap orang ada cara sendiri dia nak heal ing

    Bukan mudah untuk memaafkan bila dicurangi.Semoga sis tabah dan please love yourself first whatever happens ya

    Self love tu penting..baru kita tak sakit sangat bila orang buat kita.

    Tolong jangan sayang suami melebihi syg Allah dan Rasulullah.Tu je nak pesan

  2. ala benda kecik pun nk perli2 xperlu la ye… xsalahkan laki nk kenal2 dgn prmpuan lain meski pun da ada bini. nk jugak makan lasagna skali skala. jemu kot hari2 makan kuih apom hangit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *