Membandingkan Orang

Hi semua pembaca IIUM Confession. Nama aku Ilham berumur 33 tahun. Aku kerja di bahagian grafik.. 

Aku dulu bukan pelajar cemerlang. Sebab itulah Mak saudara yakni Maklong aku suka membandingkan aku dengan anaknya, Firhan (bukan nama sebenar) yang seorang yang pandai belajar.

Masa UPSR, aku cuma dapat 5B. Manakala Firhan dapat 4A 1B. Seminggu Maklong aku kecoh dan julang tinggi Firhan kat orang lain. Siap mention nama aku dapat 5B sebab otak tak macam Firhan.

Ibu aku bengang jer dengar tapi sebab Maklong tue kakak Abah aku, Ibu diam tapi perasaan geram Ibu tue Tuhan saja yang tahu. 

Masa PMR (sekarang PT3) pulak, aku cuma dapat 4A dan 4B. Firhan pulak dapat 6A 3B. Maklong telefon Ibu tanya tapi nadanya macam memerli. Ibu cakap aku dapat 4A jer. Yang lain semua B.

Maklong aku macam terdiam kejap. Lepas tue cakap, “Oh ada A ya. Ingat takde..” Terus letak telefon. Kebetulan aku ada dengan Ibu. Tapi kami biarkan saja. Masa form 4, aku ambil aliran sastera tapi tapi subjek yang aku ambil adalah:

Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Sejarah
Matematik
Pendidikan Islam
Sains
Tasawwur Islam
Pendidikan Seni Visual
Perdagangan

Itupun jadi perbandingan oleh Maklong aku. Firhan ambil kelas sains tulen. Bangga bukan main Maklong sampai ejek aku ambil pendidikan seni macam budak tadika melukis-lukis katanya.

Ayat dia, “Dah kerja jadi pelukis jalanan jerlah ya.. ” Aku cuma pekakkan telinga. Abah aku, tahu jer perangai Maklong tapi tak boleh buat apa sebabnya Nenek aku pernah tegur Maklong.

Tapi akhirnya Maklong mogok dan tak balik kampung jenguk Nenek sampai 5 tahun. Akhirnya Nenek pulak merayu kat Maklong dan minta maaf.. 

Lepas exam SPM, aku tolong anak Maktam aku jual burger. Yelah, dapatlah duit belanja dari duduk rumah tak buat apa kan. Nama anak Makngah aku tue Hatim.

Pernah Hatim ajak Firhan tolong dia. Firhan tue okey saja tapi dilarang oleh Maklong disebabkan Firhan katanya pandai belajar. Taknak “berjangkit”dengan aku dan Hatim yang dianggap takde masa depan.

Sebenarnya, Firhan pernah cakap dengan aku yang dia selalu dipaksa oleh Maklong atas dasar nak menunjuk-nunjuk. Dia sendiri pun buntu. Nak dilawan katanya itu Mak sendiri.

Dan kata Firhan lagi, Ayahnya yakni Paklong pun tak berani dengan Maklong. Sebab sekali Maklong mengamuk, boleh terbalik rumah. Pernah Firhan cerita yang Ayahnya tidur luar gara-gara Emaknya tak puas hati sesuatu hal.. 

Setelah keluar result SPM, aku dapat 6A, 2B dan 1C (Matematik). Firhan cuma dapat 5A. Macam biasa, Maklong telefon tanya. Setelah itu, Maklong tak kata banyak terus letak telefon. Ibu faham benar kenapa sebabnya.

Dan tak lama tue, rezeki aku ada kawan Abah nak sponsor aku belajar kat IPTS. Aku tetapkan memilih bidang rekaan grafik di sebuah IPTS di Shah Alam. Firhan ambil bidang perubatan makmal.

Maklong aku siap mention yang Firhan bakal jadi doktor. Kakak sulung aku sampai cakap, “Bukan perubatan makmal tue kerjanya di dalam makmal ke..” Aku hanya mengangkat bahu saja. 

Hampir dua tahun lebih belajar, akhirnya aku berjaya grade. Pointer aku takdelah gempak mana. Lepas tue, keluarga aku buat majlis kesyukuran serta doa selamat. Maklong sekeluarga tak datang masa tue.

Beberapa minggu tue baru tahu cerita yang sebenarnya Firhan berhenti belajar sebab dah tak boleh bawa course yang diambil. Sampai bergaduh dengan Maklong. Dan Maklong aku taknak Firhan berhenti belajar sebab nanti katanya dia malu.

Firhan sampai stress dan keluar rumah sampai seminggu tak balik. No wonderslah Maklong dah tak berapa kecoh macam dulu-dulu…

Aku kesiankan Firhan. Maklong terlalu memaksa sampai dia stress. Ikutkan dia taknak course perubatan makmal tapi dipaksa sampai Maklong cakap Firhan anak derhaka kalau tak ikut cakap…

Maklong aku nie bukan setakat aku, anak saudara yang lain pun kena. Kakak aku kahwin umur 23 tahun pun dia komplen. Katanya baru umur 23, dah gatal nak nikah.

Firhan sejak berhenti belajar, dia kerja kat Johor Bahru dan duduk disana. Hampir dua tahun baru dia ada kekuatan balik ke rumah Maklong. Itupun dipujuk rayu oleh Maklong…

Sekarang nie, aku pun ada kerjaya sendiri, begitu jugak dengan Firhan. Dari kerja biasa kini sudah menjadi supervisor. Maklong aku pun sekarang kurang sihat. Takpelah, benda dah lepas.

Sebenarnya, masing-masing telah ditetapkan rezeki. Macam Firhan, sudah berkahwin dan ada anak. Aku pulak belum rezeki jodoh lagi tapi Allah beri rezeki lain. Dalam erti kata, tak perlu nak membandingkan orang lain.

Tak pandai akademik tak bermaksud dia takde masa depan. Akademiknya mungkin kurang tapi kita tahu dari segi kemahirannya.

Kawan aku, walau belajar setakat SPM tapi sekarang mampu mempunyai kilang kecil untuk buat kek dan roti. Kawan aku lagi seorang yang kelas hujung dan sampai Cikgu pun cakap takde harapan pun dah berjaya ada bengkel kereta sendiri. 

Siapalah diri kita nie nak suka hati bandingkan orang? Rezeki manusia lain-lain. Tak payah sesakkan otak dan hati sendiri dengan benda macam tue. Hidup dengan seadanya sudah…

Masya-Allah…

Tabarakallah…

– Ilham (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *