Assalamualaikum admin.. Terima kasih kalau sudi menyiarkan cerita saya.. Kalau tak siarkan pun takpe lah.. Yang penting saya luahkan jugak..
Saya terkesan dengan tajuk confession TERASA DENGAN ADIK BERADIK, (https://iiumc.com/terasa-hati-dengan-adik-beradik/). Tajuk yang sama, tapi berbeza cerita..
Saya mempunyai 9 adik beradik.. mempunyai abang, kakak, adik lelaki dan perempuan.. keluarga kami keluarga B40.. kesembilan adik beradik telah bekeluarga dan mempunyai anak-anak.. tapi semua dikalangan B40 juga..
Cerita ini lebih ke arah kakak saya.. Dia telah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak.. Di dalam lingkungan 9 bulan hingga ke 7 tahun..
Kakak saya ni ikut pandangan saya dia tidak matang walaupon telah berumur pertengahan 30.. Walaupon telah mempunyai 4 orang anak.. Suami muda 10 tahun.. Selalu nya orang akan kata lelaki lambat matang..
Ya betul.. Memang tak matang dan perkahwinan mereka memang bermasalah.. Keja on off.. Isteri pon sama masa muda kerja on off..
Tapi nak melawa atau melaram pandai pula.. Tapi tidak mahu berusaha.. Dengan dua-dua tiada pendapatan tetap.. Suami kerja on off.. Apelah nak diberi anak-anak makan pakai tempat tinggal..
Selama perkawinan mereka, kalau tak tinggal di rumah mertua, rumah ibu bapa saya.. Kalau bergaduh dengan mertua, balik rumah ibu ayah saya.. Kalau bergaduh dengan ibu ayah saya, balik rumah mertua.. Macam tu lah kehidupan anak beranak..
Diorang juga kerap bergaduh sampai ditinggalkan macam tu saja.. Yang si ayah nak jaga anak no 2 saja, yang lagi 3 orang ank tak dipedulikan makan minum pakai mereka..
Yang pelik nya, walaupun suami berperangai begitu dari awal perkahwinan keluar juga anak sampai 4.. Bila bergaduh dengan suami, ibu ayah saya yang menanggung segala makan pakai mereka..
Ayah saya pencen, ibu surirumah.. Tidak lupa juga anak-anak tidak dibawa untuk vaksin sedangkan vaksin itu percuma.. Kesian anak2 tu..
Maaf la cerita ni panjang sedikit.. Bila kehidupan kakak terumbang ambing begitu, mula la si kakak nak cari kerja.. Anak-anak ditinggalkan pada ibu ayah saya yang warga emas..
Warga emas tu umur 60 tahun ke atas ye.. Jadi bayangkan lah orang tua yang kudrat tinggal seberapa nak menjaga anak-anak 4 orang tu.. Anak no 2 kadang-kadang ayah dia hantar semula sebab terbiar jugak dekat rumah mertua dia..
Dah ayah nya tak bekerja.. Biawak hidup saja.. Kakak saya dari muda memang bermasalah sosial sedikit.. Bergaduh dengan orang tua tu sudah lali..
Kemuncak nya selepas berkahwin, lagi teruk perangai nya.. Sehingga sanggup ber aku kau dengan ibu saya.. Dan telah pon menggunakan kekerasan kepada ibu..
Malangnya masa kejadian itu, tiada siapa dirumah.. Bila dinasihatkan untuk berubah ke arah kebaikkan iaitu suruh suami nya bekerja, atau bercerai, mulakan kehidupan baru, dimarahnya kita balik..
Konon membezakan keluarga dia mentang2 dia miskin, suami pmr saja.. Kakak saya ni terkenal ye dengan drama queen dan cerita putar belit..
Sudah lali kalau dia mencanangkan cerita dengan orang lain bahawa dia dibuang keluarga..
Tapi walaupon begitu kehidupan dia, kami sekeluarga masih membantu dia dari segi kewangan dan macam2.. Tidak pernah membuang dia daripada keluarga.. Anggap seperti tiada apa yang berlaku.. Tapi masih juga tiada perubahan dari kakak..
Saya boleh dikatakan baran juga, tapi dalam hati masih fikirkan dia adalah darah daging saya.. Mana sanggup saya lihat dia anak beranak merempat.. Tapi saya tak sanggup juga dia perhambakan kedua ibu bapa saya..
Kakak saya ibarat peribahasa melepaskan anjing tersepit.. Bila ditolong, stabil semula (suami isteri berbaik) mula lah kita diludah, digigit dan dimaki bila beri nasihat.. Kesian ibu yang terima makian- makian dia..
Sedangkan ibu itu lah yang menjaga dia berpantang, menjaga anak-anak dia.. Ayah pula diam membatu.. Menangkan anak sahaja.. Mesti tertanya abang-abang dimana..
Ya.. Abang-abang pon begitu.. Seorang dua saja yang bersuara tapi bukan yang sulung mahupon angah.. Semua diam membatu.. Konon nak dengar cerita dua belah pihak..
Saya dari bujang sehingga berkahwin memang duduk bersama ibu dan ayah.. Jadi saya nampak dan tahu apa yang berlaku.. Saya lah yang mendengar rungutan ibu bahawa dia kepenatan menjaga cucu dan karenah kakak..
Saya banyak kali suarakan masalah kakak, tapi sampai sudah tiada yang bersuara.. Yang diharapkan untuk bersuara, diam membatu.. Bergaduh bertumbuk dengan dia memang ada kerana saya geram dengan sikap kurang ajar dia..
Dalam masa berlalu tu adalah juga pasang surut perasaan geram tu.. Bila tengok kesusahan dia, saya tolong juga.. Ibu ayah ade sebuah rumah yang disewakan.. Sebagai pendapatan bualan mereka..
Saya memaksa ibu untuk biar kakak duduk di rumah itu supaya dia berdikari, tak perlu berpindah randah dan yang penting tidak menyusahkan ibu ayah..
Biarlah dia duduk disana laki bini anak beranak dengan selesa. Ade ruang privasi, ada bilik tidur dan kehidupan sendiri.. Sebab kakak pernah menadu pada ibu, suami nya tidak suka duduk di rumah ibu ayah kerana ramai dan tiada privasi..
Tapi tak nak pula bekerja dan menyewa rumah.. Ibu setuju dan berbincang dgn kakak.. Kakak bersikap tarik tali..
Yelah, kalau hidup sendiri terpaksa la berdikari kan.. Takdelah orang nak tanggung dia 1 keluarga.. Panas tak sampai ke petang.. Kakak buat hal lagi dengan suami dia.. Bergaduh dan ditinggalkan lagi..
Kemuncaknya kemarahan saya, saya tak tahan melihat sikap kurang ajar dia pada ibu hanya kerana ibu menasihati dia, saya halau dia keluar dan duduk di rumah yang ibu berikan.. Dia keluar dari rumah..
Tapi sama juga, masih menyusahkan ibu ayah.. Tahu- tahu sajalah mana ada ibu ayah sanggup lihat cucu- cucu kesusahan.. Turut kan juga kadang-kadang kehendak dia..
Semasa PKP, dia dapat bantuan BPN.. Berjoli sakan dia.. Saya yang bekerja berjawatan pon berfikir 10x berkaitan harga untuk beli barang- barang peribadi, sedangkan dia yang hidup melarat dapat bantuan BPN semata.
Tiada pendapatan bulanan selamba aja beli pencuci muka cetaphil tu.. Ulang alik kedai RM2.10 jangan cerita lahhh.. Kemudian tempoh PKPP dia berhasrat untuk bekerja.. Anak-anak mahu dihantar ke rumah ibu bapa..
Saya memang tidak bersetuju.. Kerana ibu dah tak larat menjaga cucu yang ramai.. Ini adalah masa ibu nak berehat.. Tapi lain pula dengan ayah, konon sanggup menjaga cucu..
Saya suarakan pada adik beradik mohon tindakan berkaitan situasi kakak saya.. Saya hanya minta dia bekerja dari rumah.. Meniaga on9 dan lain- lain kerana ada masa sendiri, dapat jaga anak- anak sendiri..
Tapi tiada jawapan.. Kemudian kami mendapat berita kem4tian nenek.. Ibu terpaksa pulang ke kampung.. Tinggal ayah dan saya serta anak saya dirumah..
Walaupon begitu, kakak masih teruskan niat untuk bekerja kerana risau tiada duit untuk perbelanjaan persekolahan seorang anaknya.. Ditinggalkan pada ayah untuk menjaga cucu..
Saya terlampau geram, dan suarakan lagi pada adik beradik.. Masih juga tiada tindakan dan jawapan.. Hanya 3 orang abang yang balas dan adik saja yang respon.. Itu pon seorang masih ade yang membela dia..
Kedua abang yang tertinggi diam seribu bahasa… saya terlampau geram, memaki kakak di group whatsapp keluarga dan kemudian left semua group keluarga..
Kemudian dapat screenshot dari adik tertulis abang yang paling tertinggi pangkat nya menyalahkan saya.. Ayat nya lebih kurang berbunyi,
“Kalau tak mahu menolong, jangan mengahasut.. Orang tu (kakak saya) tak bekerja salah, bekerja pon salah.”.. Adik juga merasa marah kerana selama beberapa hari saya bersuara, bila dah left group baru dia muncul..
Baru nak bersuara dan yang penting sekali membela kakak.. Bukannya membela ibu.. Sedangkan sudah diterangkan kudrat mereka tak larat dah dan apa perbuatan kakak kepada ibu bysebelum ni tak boleh diterima..
Kemudian di group adik beradik, dikatakan saya tidak profesional kerana left group, tak berdepan dengan masalah.. Tidak boleh terima pendapat orang lain.. Tak nak membantu adik beradik yang kesusahan..
Sedangkan sebelum ini, saya yang memaksa ibu untuk berikan rumahnya pada kakak untuk sementara sehingga dia mampu menyewa, belikan telefon 2nd untuk kakak supaya senang dihubungi, tanggung makan minum semasa duduk dirumah ibu ayah..
Tapi apa saya dapat daripada abang yang sulung.. Kena tuduh sebagai penghasut..
Sekarang, saya dah block mereka di socmed, whatsapp, telefon dan lain-lain lagi kerana terSANGAT kecil hati kecewa sebab kata-kata mereka.. Sedangkan niat saya hanya mahu membela ibu ayah saja..
Saya juga mempunyai niat untuk berpindah dari rumah ibu ayah.. Tidak mahu berjumpa dengan abang2 yang pada saya tak berguna.. Dan kakak masih perhambakan ayah saya sehingga ke hari saya hantar confession ini..
Ibu akan balik pada hujung minggu selepas selesai upacara tahlil dikampung.. Dan ibu lah pula akan mengambil alih penjagaan cucu.. Ayah akan lepas tangan sebab dia pon tak sihat sangat.. Ada darah tinggi dan kencing manis..
Abang-abang yang diam seribu bahasa, diam sehingga ke sudah membiarkan ibu ayah menjadi hamba.. Langsung tiada yang bela..
Maaf kerana cerita yang panjang ini.. Saya hanya meluahkan kegeraman saya di sini..
Terima kasih..
– Mentari (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit