Assalamualaikum semua dan terima kasih admin kerana siarkan bebelan aku. Aku ada random thought dalam fikiran aku yang membuatkan aku rasa macam benda ni patut la kita ubah.
Aku agak pelik bila orang kita cakap macam ni “kalau ada orang minta sedekah/derma, bagi ajelah.. niat dia kita letak tepi dulu, janji kita dapat pahala”. Eh, nak bagi bantuan tapi tak tahu apa yang diperlukan oleh orang tu. Fikir la panjang sikit, bila korang bagi duit, mestila korang nak tahu duit tu dibelanjakan ke mana dan betul ke dibelanjakan ke arah itu.
Ni bukan berkira, tapi Sedekah dan bagi derma lah dengan bijak. Salurkan pada saluran yang betul. Ni orang upload post dekat facebook, ada no akaun, ada no. telefon, ada gambar sedih-sedih sikit terus bank in. bukan sikit, ada tu beribu-ribu. Mentang-mentanglah duit tu macam tisu tandas je. Orang macam ni meningkatkan ramai scammer dekat facebook. 1 post facebook tu kalau ada beribu orang tengok dan derma RM1 agak-agak berapa dah penipu tu dapat.
Baru-baru ni isu keganasan dekat new zealand. Ada la yang salahkan game punca wujudnya keganasan macam tu. Keganasan ni sejak zaman penjajahan jepun lagi ada. Mana ada game ke ape ke waktu tu. Isunya adalah, kita ni mudah sangat main cakap ikut sedap mulut je. Professional yang belajar cara pemikiran pengganas ni punya la banyak diorang kaji punca keganasan ni. punya la banyak punca dia tapi kita ni senang je cakap games. Jangan la cakap perkara yang kita bukan dalam bidang dia. Kita ni bila kita cakap fikirkan yang kita ni mewakili siapa.
Game ni wujud sebab perangai hodoh manusia, bukannya Manusia yang tiru game. Manusia yang buat game tapi game pulak dipersalahkan. sape yang cipta siapa yang dicipta. Manusia ni ada bidang masing-masing, ada berpuluh kursus dekat universiti bukannya mampu kuasai semua. subjek spm yang ada 10 subjek tu pun korang belum tentu boleh skor semua inikan tiba-tiba nak bercakap pasal bidang yang takder kena mengena dengan kita. tu la sebabnya wujud orang letak pad wanita atas dahi, sebab percaya orang yang bercakap di luar bidang dia. Demam pi cari founder produk, bukannya doktor.
Bagi aku penulis berita tu yang salah. diorang ni pengundang fitnah. Kalau tulis tajuk mesti nak sensasi. Dah la temuramah orang yang tak berkelayakan. Kalau korang perasan banyak berita baru-baru ni dekat socmed macam ditulis oleh orang yang kurang akal. Kalau dalam page yang kita tak kenal, tak tahu admin dia takper lagi. Ni berita-berita dari syarikat akhbar terkemuka yang sebelum wujudnya internet mereka yang monopoli berita-berita dan isu semasa. Etika kewartawanan entah letak dekat mana. Kita pulak suka la cari orang yang tak berkelayakan dalam bidang tu untuk bantu kira. Ibarat kereta rosak nak baiki tapi bawak jumpa doktor.
Selanjutnya, aku nak rant la sikit orang yang suka sangat bagi feedback buruk pasal penjawat awam. aku tengok rata-rata pemikiran orang mesti anggap orang kerja kerajaan ni masuk kerja guna kabel. weh, bukan semua yang masuk guna kabel. aku antara orang yang lulus temuduga tanpa kabel ape semua tu. memang la ada yang guna kabel, tapi kalau kerja swasta takder yang guna kabel ke? aku rasa ada lagi banyak yang guna kabel. Bapa saudara , mak saudara lah sepupu sepapat semua serap dalam satu company. Bagi aku guna kabel selagi kelayakan tu ada bagi aku tiada masalah. Ni masalahnya tiada kelayakan pun nak juga jawatan tu. tu la yang jadi Menteri tapi tiada apa-apa kelayakan tu.
Seterusnya adalah bila penjawat awam ni mengeluh kerja banyak, stress mesti ada orang yang cakap “ala kerja gomen bukan banyak kerja pun, punch in pukul 8, buat kerja sikit pukul 10 keluar makan lepastu pukul 1 rehat pukul, pukul 2 masuk kerja, buat kerja-kerja sikit, pukul 5 punch out. Ni aku nak bagitahu, bukan semua penjawat awam buat perangai macam tu. Bukan semua jabatan pun macam tu. Ada jabatan yang waktu rehat pun kena kerja. Macam tempat aku ni, boleh buat tuntutan masa je.
Sistem kerajaan ni tak semua benda ikut standard sebab setiap tempat berbeza ketua jabatan dia, klien dan tenaga kerja pun berbeza. Kalau kerja dalam bidang kesihatan, yang mana kerja syif tu aku rasa nak makan pun susah. Kalau office hour, yang klien tak ramai boleh lah buat macam tu. Itupun mesti kena pastikan yang kerja tak terbengkalai (minta kawan cover sekejap dan lapor pada atasan untuk keluar). semua benda ada hitam putih kalau nak keluar.
Selalu korang call jabatan kerajaan selalu takder orang angkat. Aku pun pernah hadapi masalah yang sama. Ni aku nak bagitahu, masalah kat jabatan kerajaan ni kebanyakannya tak kuatkuasakan skop kerja betul-betul terutama kalau kerja dekat jabatan yang sibuk, abis kakitangan kena multitask, gred 11 buat kerja gred 27, gred 41 buat kerja gred 27. Benda yang tak belajar pun kena buat tu tak masuk masalah suka taichi kerja dekat orang, main passover je kerja dia lepastu dia hilang entah ke mana, tapi tak semua tempat la macam tu. Ada tempat tu staff tak cukup pulak,bila minta tambah staff, asyik dibalas tiada kekosongan, tiada pos di tempat tu. akibatnya, sistem perkhidmatan tu jadi caca marba.
Banyak je yang bergaduh sebab bukan skop kerja dia pun dia buat, beza gaji banyak Lepastu ada orang atas yang jenis acah-acah workaholic ni suka sangat la bagi ayat ” waktu zaman saya kerja dulu boleh je saya buat semua,awak baru buat sikit dah mengeluh”. Dia taknak bandingkan jumlah klien zaman dia dengan zaman sekarang macam mana.Lepastu, Bila kita nak buat kerja ikut skop kita je mula la keluar ayat ” kerja jangan berkira, buat je kerja tu” padahal dia takut nak tegur orang yang sepatutnya buat kerja tu tapi tak buat. akibatnya, orang yang sepatutnya buat tu hilang entah ke mana.
Dalam satu organisasi tu pulak, orang atasan tolongla buat meeting setiap pagi, setiap hari. ini untuk mencari apa masalah yang perlu diperbaiki melibatkan semua kakitangan. cukupla 10 minit untuk cari penyelesaian masalah antara kakitangan ni supaya perkhidmatan tu boleh diperbaiki dari masa ke semasa. ada satu tempat ni, ada la kakitangan yang tak sekepala, masalah hilang dari tempat kerja, bergaduh, orang atasan buat tak tahu je dengan masalah tu. bila minta penukaran unit taknak bagi tapi masalah kakitangan tak selesai-selesai. akibatnya kerja tak jalan. penambahbaikan pun tak boleh nak buat.
Melalut dah cerita pasal tempat kerja aku.. Akhir sekali, aku nak minta orang awam kat luar sana tolong la buat aduan di saluran yang betul, Biro pengaduan awam ada, SISPA ada, SPRM pun ada. Ada apa- apa yang tak puas hati adukan je ikot saluran ni. Kakitangan kerajaan kalau ada kawan sekerja yang bermasalah pun boleh adu ikut sini kalau orang atas buat senyap je pasal aduan kita. Orang atasan tu pun kita boleh adu jugak ikut situ. Biar ada penambaikan. Penambahbaikan ni untuk orang awam jugak, untuk generasi akan datang.
– Emir
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit