Member Aku Kunyit

Assalamualaikum W.B,T

Terima kasih admin kerana menyiarkan artikel ini. Tulisan aku kali ini lebih kepada ingin mendapatkan responsif dari para pembaca berkenaan apa yang terjadi kepada member aku yang terlibat dalam gejala kekunyitan. (Aku normal dan sejati, sudah bertunang dan ingin berkahwin dengan perempuan) haha. Moga-moga pandangan kalian dapat aku dalam ruangan komen tidak salah faham dengan apa yang aku tulis.

Orait. Back to the topic, aku ada member. Which is memang member baik. Kami berkawan sejak zaman universiti lagi. Universiti mana? Aku rahsiakan. Kan kantoi pulak dengan member aku. Tapi for sure, ianya di utara tanah air hehe. Member aku ni secara zahirnya tampak normal. Serius, kalau semua orang tengok, tak akan perasan beliau ni biseksual (dia xdelah kunyit sepenuhnya, ada juga perasaan dkt perempuan).

Macam mana aku boleh tahu? Sebelum ni masa tahun 2 di universiti, dia roomate aku 2 sem, so aku pernah guna laptop dia. Nak dijadikan cerita, aku terbukak history web sebab aku nak search aku punya history assignment ape entah. Tup2 aku nampak macam laman web porn. Ok, tu normal la kan laki kantoi tengok porn, tapi tiba2 aku berdegup kencang, merasakan mataku perlu disamak dan nak muntah semua ada. Laman web gay siakk. Terus aku tutup laptop. Aku positif kan diri jgk la awal-awal. Tapi aku tak puas hati. Aku nak tahu kebenarannya yang tersingkap disebalik kekusutan jiwa. So ada 1 malam, aku selongkarlah phone dia. Zass, aku slidekan phone. Takde lock. Terus buka whassapp. Ewwwww, teka apa aku baca? ws-ws lucah dengan lelaki. Jilake. Kena samak lagi mata aku. Terus aku letak balik dan berlalu pergi.

Pada masa yang sama aku tak sedap duduk. Risau juga aku kan kena bantai malam-malam. Dah la satu bilik. Aku teruna lagi wei. So, aku buat keputusan untuk pindah bilik la sem seterusnya. Masa tu aku rasa macam cannot go. Aku tak cakap la sebab risau kena tibai. Aku just cakap nak privasi study. Beliau takde syak apa-apa pun sebab dia pun suka privasi jgk katanya. Kebetulan ada bilik kosong rumah sewa tu. Aku berkawan macam biasalah cuma aku tak reti nak tolong macam mana weh. Kan aku cerita dekat orang kan tu aib dia. Nak sound diakan nampak aku ceroboh privasi dia. Jadi aku diamkan aje.

Akhirnya aku fikir, aku tak boleh nak jijik dengan member aku sendiri. Dia pun baik ja. Maybe itu dugaan dia mempunyai nafsu dengan kaum sejenis. Apa yang pasti aku rasa dia still respect aku as member. Maksudnya dia takdelah nampak macam ada perasaan dekat aku or dengan semua lelaki. It just maybe certain2 sahaja. Sama mcm orang lelaki suka perempuan la. Bukannya lelaki taste dia sama. So aku anggap muka aku yang hitam sawo matang dan tak jambu ini bukan taste member aku la untuk dia ada feeling dengan aku. Geli bodo. Aku terajang kalau dia sentuh aku hahaha. Sebab aku nampak juga dia macam berusaha untuk mengelak dari kantoi dgn budak-budak kelas, contoh kalau ada road trip dia xkan tidur 1 katil dengan member laki lain. Kalau tidur pun dia akan sekat bantal dekat tengah. Member2 kelas tak perasan, aku sorang je perasan. Maybe dia tak nak rosakkan persahabatan.

Sehingga pada akhirnya, aku dapat tahu, ada seorang perempuan minat dekat beliau. Dia pun ada rupa juga. Tak mustahil la pompuan suka. Akhirnya mereka bercinta. So aku fikir, maybe member baik aku ni, akan sembuh dari penyakit “kunyit” dengan ada awek. Aku selongkar sekali lagi phone dia. Alhamdulillah sudah tiada mesej-mesej kunyit. Mesej dgn awek dia ja. (Aku tak baca la kali ni) just nak tahu je.

Namun, ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengah hari, awek kepada member baik aku ni tinggalkan dia dan kahwin dengan orang lain. Sekarang ni kami di tahun akhir pengajian, aku risau balik dekat member aku ni. Sebab seolah-olah dia tak percayakan perempuan dah. Adalah perempuan yang minat dia nak usha dia. Tapi dia tak layan. Asyik keluar rumah je malam-malam sekarang ni. Kadang-kadang tidur rumah “member”. Yang duk angkut beliau pulak, laki pulak hari-hari. Mana ada besfren duk angkut hari-hari berjam lamanya kan. Adoi. Dah macam anak ikan dah.

Aku pernah la berkias slow talk dengan dia bergurau cakap “ko jangan kunyit dengan member ko tu, asyik keluar bersama je”. Dia cakap “eh mana ada kunyit, aku faham agama lagi la”. Memang aku tak nafikan dia solat tak tinggal budi bahasa baik. Takde tanda kunyit pun. Aku pun tak nampak kecuali sebab aku terbaca ws dia ja aku jadi tahu. So guys, apa yang aku boleh buat ya untuk bantu? Aku nak terus terang, memang aku pun salah sebab ceroboh privasi dia. Aku nak cakap dekat orang lain, aku rasa itu aib dia.

– Lelaki Sejati Selamanya

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit