Membesar Dalam Keluarga Toksik

Assalamualaikum… Saya Aikiku, pertengahan 30-an. Ayah saya seorang cikgu, mak pula suri rumah. Saya anak perempuan sulung dengan tiga orang adik lelaki.

Hari family shopping, hanya anak lelaki boleh beli pakaian. Kata ayah, kalau beli kepada saya, kalau tak muat nanti tiada adik akan sambung pakai. Baik beli untuk anak lelaki. Masa saya darjah 6, ayah poligami. Isteri muda berumur 24 tahun, berijazah. Ayah pula sudah 40-an.

Satu kebanggaan buat kaum lelaki, jadikan ayah saya idola. Jadual giliran hari dibuat tapi tak adil, lebih kepada isteri muda. Maka mak dan ayah bercerai. Saya pilih duduk dengan mak sebab tak nak kena buli dengan mak tiri.

Adik-adik lelaki mula-mula mak yang dapat hak jagaan. Lepas tu mereka pilih stay dengan ayah sebab ayah kerja tetap. Bila balik lawat mak, mesti nak tayang tablet, iPhone kepada saya yang tiada apa-apa. Mereka dapat motor tanpa lesen. Mak tak suka mereka datang, lebih kepada jadi spy ayah untuk tengok keadaan kami.

Saya tolong mak meniaga air, 1 cup customer RM1. Jadi tak rasa nak minta duit atau duit gaji dari mak. Saya tak dapat nafkah dari ayah sejak tingkatan 1 kerana ayah takut mak yang guna duit tu.

Pernah ditinggal seorang diri di rumah, saya ambil belacan dan garam untuk alas perut. Saya jarang pergi sekolah sebab bantu mak meniaga. Ada subjek berat seperti Fizik, Kimia baru saya pergi. Kalau petang, saya masuk selepas masa rehat.

SPM okay. Saya dapat UiTM dalam negeri yang sama. Tapi mak tak bagi pergi, katanya apa guna IPTS dekat rumah ni. Sebenarnya nak gunakan saya untuk bantu niaganya, jimat tak perlu bayar pekerja.

Saya masuk IPTS, ambil pula subjek akaun sebab yuran paling murah. Bukan bidang saya semasa SPM maka tak boleh catch up. Duit pendahuluan RM1.5k PTPTN mak sudah ambil untuk beli kereta. Katanya lagi penting untuk buat hantar pelajar intern ke hospital. Maka saya masuk IPTS tanpa wang…

Tak lama, saya dapat tawaran ke kolej KKM. Mak lepaskan sebab ditaja belajar, tapi lapor diri kena naik teksi sendirian dari utara Malaysia ke selatan. Mak saudara tahu berita saya sambung belajar, maka makcik dan pakcik yang hantarkan.

Selepas 3 tahun, grad saya dapat kerja di selatan, makcik juga yang hantar lapor diri. Saya beli satu rumah lelong dengan pinjaman peribadi (belum sah khidmat) untuk mak duduk.

Selepas itu dapat pindah sebelah negeri saya. Masa ini makcik bagi sebuah kereta Kancil untuk mak urus cari rumah sewa untuk saya. Dua, tiga hari dia naik ke sana sini, lepas gian stereng, sampai Ahad petang baru balik.

Mak sampai rumah dengan muka tak boleh blah, cakap, “Pergilah cari rumah sendiri, nanti carikan tak berkenan pula,” terus mak baring tidur tak hiraukan saya. Esok Isnin kena mula kerja, rumah belum dapat.

Masa itu FB baru nak mula bertapak. Harap walk-in je. Tanpa kata apa, saya ambil beg baju, start kereta makcik menuju ke rumah makcik. Pintu rumah tak dikunci. Makcik tengah tidur. Saya ke penjuru katilnya menangis. Makcik terjaga, terkejut dengar tangisan. Makcik yang urus dan hantar saya.

Pernah mak saya nak tendang perut saya depan makcik (adik mak) sebab saya tak basuh pinggan mangkuk sesi ke-2. Sepanjang duduk dengan mak, tak pernah mak ajar masak. Kalau saya curi tengok dari belakang, dia siku saya. Jiran yang ajar saya siang ketam. Saya tak dibenarkan tinggalkan rumah, nanti siapa nak kemas rumah?

Makteh bawa saya balik kampung dan pulangkan saya. Mak marah makteh, katanya “Kau datang rumah aku kerja nak selongkar fridge aku.”

Sedangkan makteh dan makcik lagi kaya dari mak. Sombong yang amat. Ajak naik bas balik kampung, mak kata dia tak pernah naik bas. Berlagak. Tak pernah suruh solat. Tak pernah peluk saya. Bila saya luah pelajaran susah pun dia kondem sampai saya lagi down. “Orang lain boleh buat.”

Pertama kali mak senyum kepada saya dan pegang kepala saya adalah hari saya dapat result ke kolej tajaan.

Adik-adik balik setahun sekali sebab ayah raya belah isteri muda. Takkan nak bawa anak-anak isteri pertama, kan? Setiap kali raya, saya yang carikan duit raya, sampul, kuih raya, rendang raya, ketupat. Sebab style raya mak, lepas solat raya terus tutup pintu.

Jadi saya bawa adik-adik beraya rumah saudara, kenal saudara. Mak marah, dia kata beraya macam tu macam paria. Adik-adik tak berani ajak kawan-kawan datang beraya sebab air muka mak tajam, matanya menyinga.

Pernah dia marah adik sebab makan ketupat pagi raya. Katanya, “Hampa tau nak kedarah jaaaa…” Saya pandang mak, apalagi tak kena… Rendang saya yang beli, tak menyusahkan dia pun. Ada satu kali raya, dia lari ke tempat lain. Adik-adik balik, mak takde di rumah.

Saya kan sudah sediakan rumah untuk mak. Mak minta duit bulanan. Kalau lambat bayar, macam-macam ceramah agama mak forward. “Sedekah terbaik untuk keluarga terdekat.” Kalau bagi RM350, mak kata sikit, ugut nak keluar kerja atau minta duit insurans dari adik yang lepas accident.

Saya kasihan, adik saya bagi sampai tahap RM1k bulanan mak minta. Saya cakap saya nak beli rumah, sudah 10 tahun menyewa. Perlu kumpul duit. Kereta pun pakai Kancil sahaja. Mak kata, “Tak beli lagi kan? Jadi bagi mak RM1k.”

Dekat 10 tahun saya bagi bulanan yang banyak untuk mak. Makcik dan makteh tak boleh rapat dengan saya. Kata mak, rapat untuk nak duit saya ka? Adakah saya jadi anak kesayangan mak?

Tak… Sekadar ATM. Adik dan makcik pernah cakap, “Bagi je RM150/RM250 sudahlah, sebab rumah dah bagi.” Saya bagi lebih sebab kesian mak pernah kena scam duit savingnya. Saya niat nak bayar balik duit hilang tu dan dapatkan pahala bagi apa yang mak suka. Adakah berbaloi saya buat baik kat mak? Tak…

Adik bongsu saya dapat panggilan askar. Rekrut beberapa bulan, pukul 3 pagi pinjam telefon kawan untuk call kami supaya datang hari kawadnya. Saya taja homestay untuk family. Berhari-hari adik berlatih.

Bila sampai tempat tu di Port Dickson, manusia ramai, tiada parking kereta. Nampaklah family berjalan kaki jauh bawa bekal, hamparan demi anak, ada yang datang dari Sabah.

Mak cakap, “Hantarlah mak ke homestay nak jaga cucu, korang jelah pergi.” Lepas tu, driver (adik ke-3) jalan terus. Pastu nak makan kedai mamak sebab mak lapar. Aik? Tadi sebelum bertolak dah makan.

Adik ke-3 guna mak sebagai alasan untuk tak pergi kawad. Adik tentera lama tunggu, tak datang-datang sampai kawannya ajak gathering dengan family Sabah kawannya. Mereka kata, “Bukan nak mai sangat. Adik bongsu yang paksa datang.”

Saya kecewa sangat tak dapat tengok dia kawad seperti dia nak, macam family lain. Malam tu, muka tak malu semua tidur homestay aircond. Adik ke-3 bilik master bedroom dengan isteri dan anaknya. Esok tu patut perjalanan balik sebab Isnin masuk kerja. Mereka nak ke pantai.

Saya minta hantar saya ke stesen bas. Adik-adik tak salam saya, terus tinggal saya situ. Saya naik bas, cari KTM, turun Selangor rumah adik ke-3 ambil beg dan kunci, dan ambil Grab RM100 ke stesen bas KL.

Semasa datang arah pergi, adik ke-3 tak ambil, suruh datang Grab sedangkan dia di rumah. Dia kahwin, saya yang taja. Dulang hantaran saya yang buat. Dah bagi hadiah air fryer, minta pula fridge. Katanya, adik-beradik kena bantu. Yang kaya kena tolong susah.

Saya tak sempat isi SPA8 untuk adik ke-3, dia left group dan tag di FB “anak tak kenang budi, tak tolong yang susah.” Adik no. 2 pun tak hormat saya. Saya kena isi borang kerja seperti mak saudara isi kerja untuk ayah. Saya pun kena buat macam tu.

Kalau raya saya tak boleh buat OT sebab VIP mereka nak balik. Suruh saya jadi penjamin kereta adik ke-3… Semua ni mesti ayah mastermindnya. Dah lah tak bagi nafkah. Saya dah kerja dulu dari adik-adik, kena taja adik lelaki yang pilih stay dengan ayah, tak nak susah dengan mak.

Saya menangis sepanjang perjalanan teksi ke TBS. Saya berjaya dapat tiket bas atau tak pun mereka tak mesej tanya. Dah sampai belum pun tak tanya. Baik mak pun sama naik. Dia buat macam saya ni tiada jasa untuk family. Seribu tiap bulan saya bagi dia, ini saya dapat?

Saya ada kerja, mereka layan macam ni. Kalau saya kerja tak tinggi, macam mana layanan mereka terhadap saya? Lepas peristiwa saya gaduh dengan mak dan adik-adik, saya sudah berhenti bagi duit bulanan. Biar anak lelaki pula ambil alih.

Mak ugut saya, nanti kalau dua adik saya dah kahwin, mereka akan bagitahu isteri adik-adik saya supaya isteri adik tahu siapa saya sebenar. Mak kata, “Akan hantar adik-adik lelaki untuk jumpa makcik kamu untuk nyata cerita belah kami.”

Makcik bekap saya sebab sudah kenal kakaknya (mak saya) dan tahu kisah sebenar. Setiap hari makcik call saya, tanya keadaan saya dah okay ke. Dalam call saya menangis tak berhenti sebab terkejut mak dan adik sekejam ini boleh biar saya, anak perempuan, balik sorang.

Mak kata, “Patut biar adik lelaki pukul, pecah muka kamu, baru padan muka.” Kenapa saya cakap kat mak bukan adik yang drive? Sebab awak mak. Mereka dengar cakap mak! Mak cakap saya berani dengan mak je. Dengan adik-adik takut, tak kata apa, kecut perut. Macam-macam mak kata saya.

Hari kawad tu mak bawa anak saudara sulung yang ada masalah curi duit dan mulut bising. Sampai adik tentera saya malu, dia cakap kuat-kuat suruh sambung degree. Yang bermasalah, mak saya buat baiklah. Lepas tu dia kata saya yang bermasalah, orang tu okay je.

Masa ni saya dah nak dekat kahwin. Mereka cuba jual mahal. Cuti kena ambil cuti adik ke-3. Adik ke-3 minta bayaran kalau nak dia jadi jurucakap tunang, wakil family. Mak nak buat di dewan mahal RM10k untuk 300 orang sahaja, sedangkan rumah yang saya beli depannya surau, tepinya tanah lapang dan padang bola.

Alasan, “No parking,” sedangkan jalan tak sesak, banyak parking, tiada rumah jiran depan rumah. Mak nak sangat dewan mahal. Mak suruh saya kahwin tajaan masjid sahajalah kalau nak sangat murah. “Koboi kahwin ramai-ramai.”

Saya cakap saya bukan susah, bukan kaya. Saya sederhana! Dia tersilap hantar mesej ke kawan, terhantar ke saya. Mak tulis, “Saya terpaksa setuju. Tunang nak minta buat di rumah homestay, tak nak rumah sendiri,” sedangkan pihak lelaki minta, “Tak apa, kenal rumah sendiri.”

Masih bermusuh dengan ayah. Wali nikah, mak suruh guna wali hakim sahaja. Mak tak nak ayah datang. Saya google cara wali nikah, kena iklan di FB. Oh no, macam rumit.

Makcik saya kesian dengan nasib saya. Jadi makcik cadangkan buat di rumahnya sahaja. Pakcik makcik turun padang bantu saya.

Mak marah, impian dewan mahalnya tak kesampaian, nak tayang ke kawannya. Mak ambil nombor telefon kawan-kawan makcik dan mesej buruk tentang adiknya. Katanya rumah ladang babi… dan macam-macam sampai makcik menggigil panas badan.

– Aikiku (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. sedih saya baca kisah ini. semoga awak dipermudahkan segala urusan. diberi kebahagian dan kesenangan bagi setiap kesusahan yang awak alami. Alhamdulillah mak cik & pak cik awak baik hati. semoga rezeki awak sentiasa mencurah-curah tak putus macam air zam-zam.

  2. Lepas awak berkahwin, tak wajib lg tanggung atau tunduk dgn arahan yg tak logik dr ibu . Awak sekrg di bawah tgjwb suami dn hormat suami. Anak perempuan yg tlh berkahwin tak wajib lg tanggung kewangan ibu sbb dia ada anak lelaki yg lebih kuat kuasanya. Lps kahwin pergi atau duduk jauh dr keluarga awak yg toksik ni. Bukan putuskn hubungan ttp jarakkn diri dn kurangkn berhubung. Jgn layan sgt permintaan ibu dan kena telus kisah hidup awak dgn suami. Apa2 minta nasihat pak cik dan mk cik awak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *