Membesar Tanpa Ayah

Assalamualaikum.

Hujan2 ni terdetik di hati kecil aku ni nak berkongsi. Nak confess kat korang. Hujan ni kan rezeki dari Allah. Sebab tu antara waktu doa yang makbul adalah sewaktu hujan. Aku percaya setiap yang aku terima atau kehilangan adalah rezeki dari Allah.

Aku ditakdirkan Allah utk membesar tanpa ayah. Ayah aku meninggal masa umur aku setahun. Aku ni anak bongsu. Abang ngn kakak aku masa tu dh sekolah. Lepas tu dalam aku darjah 4 mak aku disahkan menghidap penyakit saraf. Penyakit ni menyebabkan pergerakan mak aku terbatas. Penyakit mak aku ni x der ubat utk merawat. Ubat yang ada hanyalah untuk membantu rutin sehariannya shaja. Masa mak aku sakit abang ngan kakak aku dh berhijrah ke bandar utk blajar dan juga bekerja. Sejak itu bermulalah kisah aku dan mak aku sehingga ke hari ini.

Tawaran ke asrama penuh aku tolak masa darjah 6. Alasannya.. mak aku x izinkan. Kekangan dari segi kewangan dan kesihatan mak.aku sendiri. Aku terima sb masa tu aku pun x ready nk berenggang ngan mak aku. Sekolah menengah aku hanyalah di sekolah kampung. Pmr aku skor agak cemerlang. Tapi aku putuskan utk tidak memohon ke mana2 sekolah lain. Aku kesian kt mak. Lagipun masa tu aku fikir SPM kan ada.

Malangnya masa SPM aku x perfom cemerlang. Aku tak tau di mana silapnya. Mungkin usaha aku x cukup kuat. Masa ni penyakit mak aku dh makin serius. Tapi rutin harian mak aku bleh lakukan lagi. Tapi mak aku makin cepat stress. Aku membesar tanpa boleh bercerita pada mak aku. Tanpa boleh berkongsi masalah dengan mak. Sebab aku x boleh menambah beban pada dia. Aku biasa selesaikan masalah aku sendiri. Tekanan jiwa remaja aku masa tu aku hadap sendiri. Abang ngan kakak aku sibuk ngn life die orang. Tapi disebabkan result spm aku x cemerlang teruk aku kena bambu ngan mak aku. Aku dituduhkan hanya memalukan dia. Terlukanya aku saat itu.

Aku memilih utk ke tingkatan 6 bila semua twaran diploma, universiti aku x diterima. Aku heran. Kawan2 aku yang result hancur dari aku ada jer yang jejak diploma tak pun ker kursus para medik spa. Tapi aku x dapat. Terkontang kanting lah aku strugle utk stpm. Mtak mohon utk tukar dari aliran sains ke ekonomi pun x lepas sb subjek sains masa spm kredit semuanya. Masa tu aku rasa aku dh x mampu nk bawak subjek sains. Tapi aku gagahkan jugak. No choice.

Beberapa hari menjelang stpm. Masa ni aku duk hostel kakak aku datang jumpa aku kt hostel. Kakak kabarkan mak aku jadi meracau sorang2, x tidur malam, mengamuk tanpa sebab. Aku terkejut. Kakak aku bagi duit kat aku masa tu dan cakap aku x payah balik sehingga exam habis. Hati dan perasaan aku masa tu kacau bilau. Aku sebelum tu duk ngan mak cuma beberapa bulan sebelum stpm aku duk hostel utk fokus exam.

Aku teruskan jgak stpm tanpa bercerita pada kawan2 luahkan pada siapa2 perasaan aku. Aku lalui exam tu dengan perasaan kosong. Habis stpm aku balik rumah tgok mak. Menitis air mata aku. Aku x sangka mak aku bleh jadi macam tue. X terurus emosinya. Agresif.. meracau mengamuk x berhenti. Masa tu akak dan abang aku gilir2 jaga. Mak aku di sahkah mengalami psikosis. Aku amik alih jaga mak aku. Macam cara2 sejak dari itu tertekan pun aku air mata aku tidak pernah jatuh di depan mak dan org lain. Aku pendam semuanya.

Aku amik alih tugas jaga mak aku sepenuhnya di kampung. Hanya aku dan mak aku. Aku tahu aku terlalu tegas menjaga mak aku. Bukan mudah untuk tidak bertegas menjaga pesakit psikosis. Aku paksa dia makan ubat, paksa mandi, semuanya aku paksa. Aku x nak dia terlalu terikut dengan emosi dia. Syukur beberapa bulan kemudian mak aku makin stabil dan kurang agresif. Aku pulak sibuk mengisi borang utk sambung blaja. Sekali lagi mak aku di serang psikosis. Dia stress. Dia takut aku tinggalkan dia. Demi ibu aku koyak surat tawaran ke sebuah ipta. Tanpa siapa2 tahu. Hingga kini tiada siapa tahu aku tolak tawaran ijazah. Aku menangis dalam diam. Aku letakkan rezeki ku pada Allah.

Masa aku pada usia 20tahun. Hanyalah menjaga mak aku sepenuhnya. Kakak dan abangku hanya dtg melawat. Pahit manis, tekanan, keperluan jiwa remaja saat ku melihat rakan2 ku di universiti ku pendam. Ku menangis sendiri. Hanya itu yang aku mampu.

Namun kalau dah rezeki x ke mana. Hujung tahun itu satu permohonan aku utk kursus sijil diterima. Aku bersyukur. Paling tidak aku x nak hidup tidak bekerja sampai ke tua. Aku perlu sesuatu utk masa depan ku. Abang aku suruh aku terima dan dia amik alih tugas jaga mak aku.

Tamat latihan sijil. Rezeki aku untuk balik bekerja di kampung. Tugas menjaga ibu aku amik alih kembali. Menginjak usia dewasa saat rakan berkeluarga aku juga teringin. Malah penyakit psikosis mak aku dh stabil cuma penyakit neuronya sahaja yang makin kritikal. Pergerakannya semakin terhad. Aku tidak pernah bercinta..kerana aku tahu bertemu jodoh dengan lelaki yang mampu memikul tanggungjawab ini dengan aku sangat sukar. Mak aku sendiri menolak jodoh yang dtng pada aku bila ada sedara aku yang nk jodohkan sb dia takut aku tinggalkan dia. Mak memang x pernah berterus terang pada aku. Namun bnyak kali penolakan mak sampai ke telinga aku. Aku hanya mampu membisu. X der kata yang mampu aku luahkan. Berkecil hati itu pasti saat itu. Namun ku pujuk hati. Hidup aku hanya kerja dan mak. Saat rakan bersuka ria. Aku taat setia di rumah.

Namun kalau dah jodoh x kemana. Usia 29 tahun aku berkahwin dengan lelaki pilihan ku sendiri. Banyak ranjau aku perlu lalui ngan mak aku sehingga aku berkahwin. Tapi dh jodoh aku dengan suami kuat. Kami kahwin jgak.

Demi Allah aku bersyukur ditemukan dengan suami sebaik ini. Saat memandang wajah suamiku air mata ku menitis besyukur. Suamiku ini adalah rezeki dan anugerah dri Allah utk ku. Dialah suami yang bleh duduk bersama aku menjaga ibuku yang semakin uzur. Menerima segala kekurangan aku dan keganjilan sikap psikosis mak aku. Menjadi tempat aku meluahkan perasaan yang selama bertahun2 ku pendam sendiri. Aku di rumah ini bukan hanya menjaga ibuku malah nenek ku yang keduanya semakin uzur. Aku kini punya tempat bermanja, tempat mengadu. Aku tringat pesanan abang aku pada suamiku saat aku bertunang. Abang aku pinta dijaga aku dengan penuh kasih sayang, jangan di lukai hati dan tubuh badanku, di bimbingnya aku ke jalan allah keranaaku banyak melalui kehilangan dan pengorbanan dalam hidupku.

Meniti hidup berumah tangga aku tahu tidak mudah. Apatah lagi rumah tangga ku ini bru setahun jagung. Aku tahu rezeki itu tidak jatuh bergolek utk membina harta mahupun rezeki anak. Namun jauh di sudut hati aku takut andai aku di duga lagi dengan dugaan2 ini. Aku takut keinginan aku dan suami utk punya anak di duga. Keiginan kami utk membina rumah juga di duga. Aku takut masin mulut teman2 ku. Ku belum direzekikan anak dan rumah kerana di beri lebih waktu utk berbakti pada ibu ku. Aku sudah tidak cukup kuat utk menerima dugaan yang hebat lagi. Setiap dlam doaku aku pohon dari Allah jangan lah di duga aku dengan dugaan yang aku tidak mampu. Hidup aku dan suamiku sebelum berkahwin dh bermcam dugaan kami tempuhi. Aku berdoa agar di permudahkan perjalanan rezeki rumah tangga kami. Agar kami di anugerahkan rezeki anak2 yang soleh dan solehah.

Sesungguhnya. Aku ini hanyalah manusia lemah. Namun dengan sedaya upaya ku didik hati ku. Setiap yang erlaku adalah rezeki dari Allah. Sekian.

– Sizuka

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit